I wanna be at your side forever. But you choose her and not me. What should I do? Should I stay or should I say goodbye?
Benar sangkaanku. Max tidak mengajakku tinggal bersamanya. Sebaik tiba di Miri, Max terus menghantarku ke rumah sewaku.
"Maaf, Hanna. Buat masa ini aku belum dapat membawamu tinggal bersamaku. Aku perlu masa untuk memberitahu keluargaku tentang kita," katanya ketika duduk di ruang tamu rumahku.
"Tidak mengapa, Max. Aku sudah terbiasa tinggal sendiri," kataku sambil sibuk mengangkat beg pakaianku masuk ke dalam bilik. Sedih rasanya bila mendengarnya mengucapkan kata-kata itu. Aku sudah sah menjadi isterinya, tetapi dia belum bersedia untuk memperkenalkan aku kepada keluarganya.
" Bukan maksudku ingin mengabaikanmu, Hanna. Tiba saatnya nanti, aku akan membawamu bertemu keluargaku," katanya.
" Pulanglah, Max," kataku selembut mungkin. Tunggu tiba saatnya, tapi bila?
"Hanna, I love you," katanya sambil mencium dahiku, cuma ciuman di dahi. Aku cuma menggangguk dengan mengukir senyuman yang terpaksa. Aku sudah sering mendengar ucapan I love you. Itu cuma kata yang diucapkan untuk menyedapkan perasaan.
Aku merenung pantulan diriku pada cermin rias. Aku wanita bersuami, tetapi lihatlah aku, berbaring sendirian di atas katil king size ini. Seminggu usia perkahwinanku tetapi hanya satu malam aku tidur dalam dakapan suamiku. Malam ini aku sendiri. Esok dan hari-hari seterusnya aku tidak tahu bagaimana.
" Sabar, Hanna. Max belum tentu tulus mencintaimu. Kalaupun dia memang mencintaimu, jangan dulu bermimpi keluarganya dapat menerimamu sebagai menantu," aku memujuk diri.
Aku bukan wanita yang tidak sedar diri. Aku tidak kenal Max secara keseluruhannya. Aku belum pernah bertemu keluarganya. Aku hanya perempuan lancang yang berani-berani menikahi Max.
♥️♥️♥️♥️♥️
Tika aku membuka pintu untuk pergi ke Hanna's Beauty Saloon, aku hampir menjerit kerana terkejut.
"Harold?" Aku mengurut dadaku yang terasa kencang. Dia tidak tersengih seperti selalu. Dan yang membuat aku tertanya-tanya dalam hati, tiada Hellena datang bersamanya.
"Aku sudah menunggu di sini sejak tengah malam tadi, Hanna," katanya. Kedua tangannya memeluk tubuhnya. Mungkin benar dia berada di luar rumahku hampir semalaman kerana wajahnya kelihatan seperti tidak tidur.
"Izinkan aku masuk, Hanna. Tolong buatkan aku minuman panas," dia masuk ke dalam bilik tidurku dan kembali dengan selimut yang biasa kupakai. Harold membalut tubuhnya dengan selimut lalu berbaring di atas sofa.
Aku memandangnya sejenak sebelum berlalu ke dapur untuk membuatkannya segelas teh panas.
" Har, " dia membuka matanya. Tatapannya sayu memandangku.
" Minum, Har. Teh panas dan roti mungkin akan membuatmu lebih segar," kataku. Harold duduk dengan tidak melepaskan selimut dari tubuhnya. Hanya tangannya yang dikeluarkan untuk mencapai gelas teh yang kuhidangkan.
"Aku benar-benar minta maaf, Hanna. Semalam Max memberitahuku kamu dan dia sudah berkahwin secara sah," katanya dengan nada cukup perlahan.
YOU ARE READING
Married To My Boyfriend's Best Friend ✔️
RomanceLove is not about how many days, months or years you've been together. Love is about how much you love each other everyday. Never love anybody who treats you like you're ordinary. Start : 27 August 2019 End : 05 Disember 2019