Part 10

4.3K 116 12
                                    

I love you. Only you, now and forever. So, please stay by my side with your love

Maximillan Daniel's POV

Betapa sakit hatiku melihat kekecewaan yang tergambar pada wajah isteriku. Aku tahu dia terluka dan mungkin saat ini kepercayaannya terhadapku sudah tiada.

Aku menikahinya bukan kerana terpaksa, bukan juga demi ibunya semata. Aku menikahinya kerana aku amat mencintainya. Perasaan itu telah lama tumbuh, mungkin pada kali pertama Harold memperkenalkannya kepadaku.

Sebagai lelaki yang mencintainya, aku benci melihat Harold melukainya dengan sentiasa berkepit dengan Hellena. Gadis seperti Hanna berhak dibahagiakan dan bukan dikecewakan. Dan setelah aku menikahinya, aku benci memikirkan Harold akan mendekatinya seperti dulu. Dia milikku. Aku yang pertama baginya dan hanya aku yang berhak memilikinya buat selamanya.

Aku memakirkan keretaku di hadapan rumah sewa Hanna. Pagarnya tidak berkunci, malah pintunya masih terbuka luas meski jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam.

Tika aku menjenguk di muka pintu, aku melihat wajah sendu Hanna. Di sisinya duduk Harold yang merenung tajam ke arahku. Melihat aku masuk mendekat ke arah Hanna, Harold bangun. Sebelah tangannya mencengkam leher kemeja yang kupakai dan sebelah tangan lagi dihayunkannya tepat ke mukaku.

"Kau sudah merampas apa yang seharusnya menjadi milikku. Setelah kau mendapatnya, kau buang Hanna," katanya diikuti pukulan yang kedua dan ketiga. Dua pukulan terakhir mengena perutku.

"Sudah cukup?" aku bertanya. Aku menepis tangannya yang mencengkam kemejaku. Aku melayangkan lima tumbukan tanpa henti yang semuanya mengena mukanya.

" Semua pukulan yang kau terima kerana kesakitan yang kau berikan pada Hanna selama ini," kataku.

"Dan ini..." Dua lagi mengena perutnya. "kerana kau berduaan dengan isteriku." Harold tersungkur ke lantai dan mengerang kesakitan.

"Kau pernah menjadi kekasihnya, Harold. Tetapi kau sering mengabaikannya. Saat ini dia sudah menjadi isteriku, aku berhak ke atasnya," kataku membuat Harold terdiam. Hanna memandangku dengan mata berkaca-kaca.


"Sayang," aku mendekatinya dan cuba memeluknya. Tetapi dia berundur.

"Jangan sentuh aku, Max," katanya. Aku terus melangkah menghampirinya. Aku ingin memeluknya, melempiaskan rasa rindu yang telah kutahan selama beberapa hari ini.

" Ceraikan aku, Max," katanya dengan suara bergetar menahan isakannya.

"Hanna, let me hold you," pujukku. Dia menggeleng.

"Kamu menipuku, Max. Ceraikan aku," dia mengulangi kata-katanya. Di lantai, Harold sudah tersenyum bangga. Mungkin dia terfikir aku akan setuju dengan permintaan Hanna. Shit, no!  Hanna akan menjadi isteriku sampai bila-bila.

"Tenangkan diri, Hanna. Aku akan menjelaskan semuanya," kataku masih cuba meraih tubuhnya.

"Aku tidak akan tenang selagi ada kalian berdua di sini," dia kini sudah berada hampir dengan pintu bilik tidurnya. Aku tersengih. Masuk, Hanna. Sedikit lagi. Masuk! Dan, dia benar-benar sudah masuk ke bilik tidurnya.

Married To My Boyfriend's Best Friend ✔️Where stories live. Discover now