True love stands by each other's side on good days and stands closer on bad days
Harold datang menjemputku seperti yang dijanjikannya semalam. Aku menutup pintu Hanna's Beauty Saloon dan melambaikan tangan kepada dua orang pembantuku sebelum melangkah menuju ke kereta Harold. Ketika aku menghampiri keretanya, Harold menurunkan cermin tingkap keretanya dan tangannya mengarahkan aku agar membuka pintu tempat duduk belakang. Mulanya aku tidak mengerti maksudnya hingga kata-katanya menjelaskan maksudnya.
"Duduk di belakang, Hanna,"katanya. Aku malas membantah kerana aku tahu siapa orang yang berhak duduk di sebelahnya. Aku perasan beberapa kali Harold memandangku melalui cermin di hadapannya. Tetapi aku pura-pura sibuk dengan telefon bimbitku.
" Fokus pada jalan di hadapan, babe," suara Hellena memecah kesunyian. Aku mengangkat wajah dan sialnya itu bersamaan dengan Hellena mengecup pipi Harold. Harold tidak berkata apa-apa tetapi ketika tidak sengaja aku memandang ke arah cermin di hadapan Harold, pandangan mata kami bertemu. Dia mengenyitkan matanya sambil tersenyum menggodaku. Cepat-cepat aku mengalihkan pandanganku.
Rasa rindu dan cinta sekali datang bertamu. Tetapi sedetik kemudian perasaan itu berganti dengan rasa sakit hati, kecewa dan cemburu yang berbaur menjadi satu. Air mataku terasa sudah menghampiri pelupuk mata, tetapi tetap aku tahan. Aku mencuba untuk tidak memikirkan kesakitan yang diberikannya kepadaku dengan memikirkan hal-hal yang manis yang aku lalui bersama sahabatnya, Max.
Tiga puluh minit bersama Harold dan Hellena di dalam kereta, aku terasa sesak. Ketika Harold memberhentikan kereta di hadapan rumah ibunya, aku cepat-cepat turun dan terus melangkah masuk ke dalam rumah.
"Hanna.." Julies, ibu Harold memelukku dan mencium pipiku kiri dan kanan.
"Mama rindukan Hanna. Lama sekali kita tidak berjumpa," katanya sedangkan seingatku baru dua minggu yang lalu dia ada datang ke salun milikku dan menghabiskan masa yang agak lama berbual denganku.
"Hanna juga rindu mama. Happy birthday, ma," kataku. Kini aku pula yang mencium pipinya.
"Mana hadiah mama?" dia bertanya. Aku menepuk dahi kerana aku terlupa membawa turun hadiah yang kubawa.
"Tertinggal dalam kereta Harold, ma." Baru aku berniat untuk berpaling mengambilnya, Harold sudah menghulurkan paper bag itu kepadaku.
"Mama mengharapkan hadiah yang lain, Hanna." Mukaku terasa panas. Malunya tidak terkata. Apakah hadiah yang aku bawa ini tidak memadai, padahal dia belum membukanya.
"Jadi menantu mama secepatnya, Hanna. Dan kamu, Harold. Segerakan menikahi Hanna. Itu hadiah yang mama tunggu dari kamu berdua, " Julies memandangku dan Harold bergantian sambil senyuman terukir di wajahnya yang sudah dipenuhi garis-garis penuaan. Tetapi mendadak senyumnya memudar ketika dia memandang Hellena yang mengganding tangan Harold.
" Tetapkan hatimu, Harold. Kalau kamu tidak mahu memilikinya, lepaskan dia. Biar dia bersama orang lain. Mama sayangkan Hanna. Jadi mama tidak mahu dia disakiti." Julies menarik tanganku menuju ke dapur. Aku sempat menoleh pada Harold. Wajahnya kelihatan sedih. Tetapi aku tidak dapat meneka sebabnya.
" Mama benar-benar berharap Hanna jadi menantu mama. Tetapi mama lebih rela Hanna tidak jadi menantu mama daripada hati Hanna disakiti," kata-kata itu meluncur dari mulut Julies.
"Jangan dipaksa hati Harold, ma. Hanna rasa dia mencintai Hellena," kataku. Jujur, aku mencintai Harold kerana dia cinta pertamaku. Tetapi jika dia mencintai gadis lain, aku tidak akan menahannya untuk terus bersamaku. Bukankah mencintai tidak bererti harus memiliki. Memiliki seseorang tidak bererti kita sudah memiliki cintanya. Jika cinta dan hati Harold untuk Hellena, aku sanggup mengundur diri kerana aku mahu dia bahagia. Soal hatiku, soal kecewaku, aku akan mencari cara merawatnya.
Sepanjang di rumah Julies, Harold asyik berkepit dengan Hellena. Jelingan tajam Julies tidak mampu merenggangkan mereka. Aku? Teka siapa disampingku. Mestilah si tampan Maximillan James. Mahu tahu bahagian yang paling aku suka tentang lelaki ini? Hmm, aku paling suka matanya. Matanya sering menatapku seperti Salman Khan menatap Kajol Mukerjee dalam filem Kuch-kuch Hota Hei.
"Awak tidak cemburu melihat mereka?" Maxi menyinggul bahuku dengan bahunya.
"They're in love." Aku menjawab dengan pahit.
"I'm in love too," dia berbisik di telingaku. Aku mengerutkan dahi sambil memukul tangannya.
" Seriouly, Hanna. I'm in love.. with you." Aku tertawa lucu sambil menunggu dia tertawa bersama. Tetapi dia tidak ketawa. Dia memandang tepat ke mataku dan mengundang debaran
"Kamu memang selalu menganggap perasaan orang lucu, Hanna?" tanyanya. Aku terkejut juga dia mula memanggilku 'kamu' sedangkan selama ini dia memanggilku 'awak'.
"Maaf, Max, " kataku perlahan.
"Salahkah kalau aku benar mencintaimu, Hanna?" Dia menarik tanganku ke dalam genggamannya. Pertanyaan dan tindakannya membuat aku gugup. Lebih-lebih lagi kerana kini dia menatapku dengan tatapannya yang paling aku suka. Aku gugup dan wajahku terasa merona.
"Maaf, Max. Aku mahu ke dapur," kataku akhirnya dan bangun meninggalkannya. Aku mengambil segelas air sejuk dan berdiri di tepi singki sambil menghirupnya. Tetapi ternyata air sejuk yang kuteguk tidak mampu mengusir debaran jantungku.
"I love you, Hanna," sepasang tangan melingkari pinggangku. Dagunya disandarkan pada bahuku. Aku dapat merasa hembusan nafasnya yang panas menyapu tengkukku. Aku memejamkan mata.
"Kamu benar mencintai aku, Max? " tanyaku tanpa menoleh ke arahnya. Suaraku kedengaran berat kerana sarat dengan rasa malu.
"Max? Aku bukan Maxi, Hanna. Look, I'm your sweetheart," dia memutar tubuhku agar menghadapnya.
"Aku mencintaimu, Hanna. Aku tidak akan melepaskanmu untuk sesiapapun. Kamu akan menjadi isteriku dan menjadi menantu ibuku." Dia menarikku ke dalam pelukannya dan memelukku dengan erat. Di hujung sana, tepat di pintu masuk ruang dapur, berdiri Maxi. Dia memandangku sebentar, sebelum berlalu semula menuju ke ruang tamu.
Aku dan Harold kembali ke ruang tamu dengan Harold menggenggam tanganku.
"Duduk di sampingku, Hanna," kata Harold. Aku mengangguk, mengabaikan jelingan tajam Hellena padaku. Tetapi belum sempat aku duduk, Hellena pun bangun dan menarik tangan Harold.
"Aku mahu pulang, babe," dia merengek manja sambil terus menyeret tangan Harold. Harold tidak melawan, tetapi sebelah tangannya masih menggenggam tanganku.
"Kita pulang, Hanna," katanya. Aku menggelengkan kepalaku sambil berusaha melepaskan tanganku dari genggamannya.
"Ibumu meminta aku bermalam di sini," aku membohonginya. Aku sanggup berbohong kerana aku tidak mahu pulang satu kereta dengan Hellena. Mahu tidak mahu, Harold terpaksa mengalah.
"Tunggu di sini, Hanna. Esok pagi aku akan menjemputmu," katanya. Aku memandang dia pergi dengan Hellena. Luka, luka dan luka. Aku terisak kecil hingga tanpa sedar Julies dan Max telah berdiri di sisiku.
"Mama telah meminta Maxi menghantar Hanna pulang," kata Julies. Dia memelukku seraya berbisik di telingaku.
"Jika Maxi menyukaimu, terima dia. Dia akan lebih menghargai Hanna berbanding anak mama," katanya.
Vote dan komen.
Selamat membaca.Tbc....
YOU ARE READING
Married To My Boyfriend's Best Friend ✔️
RomanceLove is not about how many days, months or years you've been together. Love is about how much you love each other everyday. Never love anybody who treats you like you're ordinary. Start : 27 August 2019 End : 05 Disember 2019