Bab 4

107 4 0
                                    

Tengku Daniel Alexander sedang bersiap di hadapan cermin. Dia mahu keluar bersama rakannya. T Shirt putih dan seluar jeans biru menjadi pilihannya.

Rambut perang kehitamannya disikat rapi. Biar nampak lagi hensem, lagi banyak awek terpikat.

Sekali pandang macam Henry Cavill, dua kali pandang macam Chris Hemsworth, tiga kali pandang nampak macam model kat majalah. Alah, pendek kata, dia memang semula jadi hensem lah! Daniel tersenyum. Memang kerek nak mati mamat ni.

Benda betul kot? Badan katang, muka hensem, rambut perang, hidung mancung, kulit putih, tinggi lampai. Ha, apa lagi?

Selesai dengan rambut, Daniel mula beraksi seperti model di hadapan cermin. Bajet-bajet model je. Posing sana, posing sini. Botol Hugo Boss dicapai. Disembur pada leher dan pergelangan tangannya.

Ha, siap! Telefon dan dompet dicapai. Beg? Tak payah. Apa function poket kalau tak pakai? Baik tak payah letak poket maa... Lelaki very simple, perempuan very complicated. Itu yang kita boleh rumuskan kat sini.

Sewaktu Daniel menuruni tangga, Puan Kamelia menegurnya. "Haa, Danny? Nak pergi mana tu?"

"Nak jumpa Hariz." Pendek saja jawapan Daniel. Puan Kamelia mengangguk sebelum berpesan lagi, "Jangan balik lambat sangat! Mummy ada benda nak cakap!"

Daniel hanya mengangguk sebelum dia hilang di sebalik pintu. Tidak sampai seminit, Porsche Macan milik Daniel hilang dari halaman rumah.

"La.. La.. La.." Sukanya si Daniel ni dapat jumpa kawan dia! Maklumlah, lama sangat tak jumpa kot. Tu yang excited semacam.

Sampai sahaja di Mid Valley, terus Daniel memandu keretanya ke arah tempat letak kereta. Keluhan meluncur dari bibirnya.

Aduh, full pulak! Lumrah bila pergi shopping mall, benda paling dibenci adalah cari parking. Boleh kebas weh punggung duduk lama-lama!

Bosan betul dia menanti parking. Hampir 10 minit menanti, akhirnya ada satu parking kosong. Fuh, Alhamdulillah! Baru sahaja dia memberi signal mahu membelok, sebuah BMW putih masuk dahulu ke dalam parkir itu.

Bengang betul Daniel dibuatnya. Dia terus keluar dari keretanya dan mengetuk pintu pemandu kereta BMW itu.

"Woi keluar!" Diketuk ganas cermin itu. Dia tidak nampak siapa di dalam kerana cermin itu bertinted gelap. Hampir pecah tingkap itu diketuknya, baru tingkap diturunkan.

"Kenapa encik?" Soal wanita seksi yang memandu kereta itu. Kaca mata hitam diturunkan. Mata coklatnya merenung Daniel yang sedang berasap.

"Saya nampak parking ni dulu. Kenapa awak pulak masuk?" Daniel cuba berlembut, yelah, perempuan. Baginya, perempuan wajib dilindungi kerana mereka makhluk yang lemah. Secara fizikal bukan mental hokei ladies sekalian...

"Oh, yeke? Erm, maaflah. Tapi saya masuk dulu kan? So, encik bolehlah cari parking lain ye? Hehe! Bai!" Dengan selamba, perempuan itu keluar dari kereta dan membiarkan Daniel terpinga-pinga di situ.

Merah padam muka Daniel menahan amarah. Ei, kalau aku tahu perempuan tu perangai punya teruk, baik aku kerat je 12 dia tu! Rungut Daniel dalam hatinya.

Takpe, takpe... What comes around goes around... Daniel mengukir senyuman jahat sebelum kembali ke keretanya. Idea jahat ni memang boek.

Di Nando's...
"Haish, mana pulak pakcik Daniel ni?" Bebel Hariz Ryan. Hampir sejam dia menunggu di situ, bayang batang hidung Daniel pun takde!

Dari jauh, kelihatan Daniel sedang berjalan ke arahnya. Bengang sungguh Hariz melihat Daniel berlenggang kangkung je jalan. Ada yang tercekik gelas karang...

Daniel dengan selamba menarik kerusi dan melabuhkan punggung. "Lama tunggu?" Soal Daniel, sengaja mahu memanaskan hati Hariz. "Eh, taklah. Baru dua bulan. Tak lama pun."

Kecil besar kecil besar je dia tengok kawan baiknya ni. Dahlah lambat, tak minta maaf, pastu tanya pulak lama ke tunggu? Nanti kau Daniel...

"Lek lah bro. Ada awek cari pasal dengan aku tadi. Angin betul aku." Hilang terus plan jahat Hariz tadi. Kini minatnya tertarik pada cerita Daniel.

"Cari pasal? Kenapa? Dia buat apa?" Soal Hariz bertubi-tubi. Daniel menjeling Hariz. Tadi muka macam nak makan orang, sekarang macam makcik bawang! Ha, kan dah berpantun.

"Aku nak masuk parking, dah bagi signal semua dah. Tiba-tiba kereta perempuan tu sup! Masuk dulu." Cerita Daniel dengan gaya sekali. Ceh, lelaki kalau menbawang kalah perempuan!

"Lepas tu, aku pun benganglah. Dah nak kebas punggung aku tunggu parking, sesedap ayam goreng je dia masuk! Terus aku keluar, pastu suruh dia turunkan tingkap.

Dengan penuh berhemah, aku kata, 'Saya nampak parking ni dulu. Kenapa awak masuk?'. Lepas tu dia kata, 'Saya masukkan dulu kan? So, awak boleh cari parking lain lah!' Pastu dia terus blah macam tu je weh!" Hambek kau! Penuh perasaan si Daniel bercerita.

"Habis? Kau buat apa lepas tu? Cari parking lain?" Rasa membuak-buak ingin tahu Hariz. Sebelum menyambung cerita, seorang waiter datang.

Daniel order makanan sebelum menyambung ceritanya. "Nak balas dendam, aku block kereta dia! Brek pun aku kunci, hehehe!"

Pecah ketawa Hariz mendengarnya. Ketawanya langsung tidak dikawal sehingga pelanggan sebelah meja mereka turut melihat dengan rasa pelik.

Daniel menyiku Hariz. "Gelak control lah sengal. Orang tengok." Hariz meredakan tawanya. Dia mengelap air mata yang meleleh akibat terlalu banyak ketawa.

"Aduh, cerita kau ni memang lawak lah. Kesian awek tu, tak boleh keluar." Ulas Hariz. "Nak kesian apa bendanya? Padanlah muka dia!" Daniel membuat rolling eyes.

Tiba-tiba pesanan mummynya terlintas di fikirannya. Lantas Hariz dicuit. "Dah, makan cepat! Mummy aku nak aku balik cepat. Ada benda nak cakap katanya..."

"Ha, yelah, yelah." Ayam panggang bersama sos Peri Peri Nandos disuap ke mulutnya. Sedapnya...

"Eh, adik kau macam mana ha? Lama aku tak dengar khabar dia." Soal Hariz tiba-tiba. Daniel tergamam. Fikirannya melayang kepada siakp adik lelakinya yang semakin liar dari hari ke hari.

"Ariff, Ariff... Apa nak jadi dengan kau?" Detik hati kecil Daniel.

Malam itu...
Tengku Ariff Alexander meneguk rakus air kencing syaitan di dalam gelas kaca itu. Dilepaskan geram dengan menghentak kuat gelas itu.

Kepalanya mula terasa pening-pening lalat. Alkohol yang diteguk mula meracuni setiap pembuluh darahnya. Menjadikan dia khayal.

Kemudian, Ariff bangun dan mula berdansa bersama teman wanitanya, Suzan. Dihayun tubuhnya ke kiri dan kanan seperti orang yang tidak siuman.

Sesekali bibirnya dikucup Suzan yang turut mabuk. Biasanya, dia yang menjadi 'mangsa' perempuan itu. Dibiarkan sahaja tangan Suzan merayap ke segelinap tubuhnya.

Nafas Suzan mula tidak teratur menandakan nafsunya mula membuak-buak. Akhirnya, dia sendiri mengheret Ariff keluar dari kelab malam itu menuju ke hotel bersebelahan.

Selepas check in, Suzan memapah Ariff ke bilik. Setibanya mereka di bilik yang dimaksudkan, pintu bilik terus tertutup.

Tubuh Ariff dihempas ke atas katil. Dia sangat rindukan tubuh lelaki itu. Ariff membiarkan sahaja apa mahu dilakukan oleh Suzan. Apa nak jadi, jadilah.

Malam merangkak pergi dengan menyaksikan dua makhluk ini sekali lagi tersasar jalan. Ini realiti dunia zaman sekarang. Apa boleh buat? Dosa yang menimbun dicari lagi. Semoga mereka diterangi cahaya hidayah Allah dan kembali ke pangkal jalan.

Ego Seorang TengkuWhere stories live. Discover now