Bab 12

188 6 0
                                        

Mata Rose terbuka sedikit. Dia mula sedar dari lena. Benda pertama yang dia pelik adalah tempatnya. Rasanya waktu dia terlelap, dia kat bawah. Sekarang atas katil pulak?

Belakang kepalanya digaru. Hm, Daniel kot angkat dia naik atas? Ah, lantaklah. Jam digital yang terletak elok di atas meja dilirik. Hah? Dah pukul 6 petang?

Cepat-cepat dia mencuci muka dan membetulkan rambut. Kakinya laju menuruni tangga. Sanggulnya juga dah bergoyang goyang.

Sebaik sahaja dia sampai di bawah, ada satu bau hangit menusuk hidungnya. Dari... Dapur? Mummy masak kot? Ish, takkan mummy masak hangit? Kakinya dihayun menuju ke dapur pula.

Kedengaran satu suara merungut. Bunyi macam... Daniel? Pakcik ni reti masak ke? Kepala dijenguk, hampir terburai tawanya melihat Daniel memakai apron bunga-bunga milik mummy!

Dahlah pakai apron yang sangat girly, pastu tangan dia pula melentok pegang senduk. Dah macam nyah belajar masak! Mahu saja Rose ketawa guling-guling.

Terjingkit-jingkit Rose mendekati Daniel. Dia mahu mengejutkan Daniel yang masih setia membebel marah. Jarinya mencucuk pinggang Daniel. Melatah terus pakcik tu.

"Makcik kau kambing!" Bergema tawa Rose di setiap penjuru dapur. Merah muka Daniel akibat malu. Hilang macho! Hilang maruah sebagai lelaki! Eh, hiperbola sungguh ayat kau Daniel!

Rose mengetuk-ngetuk kaunter dapur. Mukanya juga dari putih melepak jadi merah padam akibat ketawa dengan terlalu bersemangat.

Geram sungguh Daniel melihat isterinya itu. Aku lekuk kang kepala budak ni pakai senduk, desis hatinya. Dengan nada geram, dia bertanya soalan cepu cemas, "Dah puas gelak?"

Rose menggeleng. Perutnya ditekan, terasa senak akibat ketawa. Hampir seminit berlalu dengan tawa yang menyakitkan telinga, Rose akhirnya berhenti.

Tawanya hampir terburai lagi melihat Daniel memakai apron bunga-bunga. Tapi ditahan. Kepala dijenguk ke dalam kuali. Berkerut dahinya.

"Apa awak masak ni?" Diperhati betul-betul benda di dalam kuali itu. Daniel tersengih-sengih. "Erm, telur dadar."

Makin berlapis dahi Rose. Rasanya kek lapis pun tak macam dahi dia. "Telur dadar?" Soalnya pada Daniel semula. Lelaki itu mengangguk.

Senduk diambil dari tangan Daniel dan dia mencedok sedikit 'telur dadar' dari kuali. Ditunjuk tepat di batang hidung Daniel. Sikit je lagi konpem masuk lubanh hidung dia.

"Ni telur dadar ke kulit telur masin? Hangus!" Komen Rose. Padanlah ada bau hangit! Rupanya, ada orang masak telur tak menjadi!

Ceh, bagi komen macam dia pandai sangat! Bentak hati Daniel. Nak membentak betul-betul, lagilah hilang macho. Cakap orang, dia yang masak telur tu.

Rose menggeleng sebelum menyuruh Daniel ke tepi. Telur hangit itu terus dibuang ke dalam tong sampah. Perasan akan kehadiran Daniel di situ, terus arahan dikeluarkan.

"Pergi, shuh! Tengok TV ke, bagi makan ikan ke." Tangannya bergoyang, memberi isyarat pergi. Amboi, dia ingat aku ni kucing kurap ke nak syuh syuh? Dengan muka ketat, Daniel berlalu juga ke ruang tamu.

Baru kakinya melangkah ke ruang tamu, Rose menjerit dari dapur. "Daniel! Takkan nak pakai apron tu sampai ke depan? Kot ye pun suka bunga, janganlah sampai curi mummy punya! Hahahaha!"

Merah muka Daniel apabila menyedari apron bunga-bunga masih terikat kemas di tubuhnya. Laju ikatan dileraikan dan apron dicampak ke dapur.

Rose pula tak habis-habis dengan ketawanya. Dalam ketawa-ketawa tu, tangannya mula ligat mengeluarkan bahan-bahan untuk makan malam.

Ego Seorang TengkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang