Bab 7

103 4 0
                                        

Jantung Rose berdegup kencang saat dia dibawa ke pelamin. Nafas dihela perlahan. Hari ini adalah harinya. Hari di mana dia bakal menamatkan zaman anak dara.

Daniel yang sedang bersila atas tilam segi empat sesekali mengerling ke arah Rose. Cantik sungguh gadis itu hari ini.

Hari ini, pertama kali Daniel melihat wajah Rose dengan solekan. Tampak begitu menawan sekali. Terfikir juga dia, betapa bertuahnya dia dapat isteri secantik Rose.

"Okey, semua dah ada? Baik. Boleh kita mulakan majlis?" Suara tok kadi menyentakkan Daniel dari lamunannya. Laju dia mengangguk.

Tangannya digenggam. Berpeluh juga dia dibuatnya. Nervous! Bibir diketap perlahan.

"Tengku Daniel Alexander bin Dato Sri Tengku Khalif Alexander?"

"Ya, saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Tengku Roseanne Adelea binti Tan Sri Tengku Fariez dengan mas kahwinnya 5000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Tengku Roseanne Adelea binri Tan Sri Tengku Fariez dengan mas kahwinnya 5000 ringgit tunai."

Tangannya digoncang dan saksi berkata sah. Terasa mahu pitam Rose mendengarnya. Dia dan Daniel kini bergelar suami isteri yang sah!

Doa dibacakan. Habis sahaja doa, tiba-tiba Hairul datang menjerit-jerit. "Rose! Rose! Rose!"

Rose menepuk dahinya. Diurut perlahan dahi licinnya. Aduh, apahal dia datang buat kecoh kat sini ni? Takpe, palau je dia Rose.

Hairul mendekati Rose yang berada di atas pelamin. "Rose, kenapa awak buat macam ni kat saya? Sampai hati awak ye, tinggalkan saya?"

Ah, drama air mata dah start dah! Iris mahu bangun, tetapi ditahan oleh Farah. Dia tahu, kalau Iris ada, keadaan boleh jadi lagi buruk.

Rose mendiamkan diri. Matanya melilau ke tempat lain sementara semua tetamu mula berbisik-bisik. Suasana menjadi kecoh seketika.

Hairul mendekati Rose lagi dan cuba meraih tangan gadis itu. Sekali lagi, pipinya menerima tamparan kuat Rose. Semua orang terkejut.

Wajah Rose bertukar merah, menahan marah. "Kau jangan buat drama kat sinilah! Siapa yang buang siapa? Kau ke aku?! Jawablah!" Ikutkan hati Rose, memang dah kena maki teruk jantan depan dia ni.

Daniel hanya memerhati. Dia masih duduk di atas tilam segi empat.

Hairul terdiam. Dia diperangkap oleh kata-kata palsunya sendiri. Rose tersenyum sinis.

"Kenapa diam? Sebab kau memang guna perempuan sebagai lombong emas kan? Baru sekolah menengah dah pandai jadi gigolo!" Rose terus mengatakan apa yang terbuku di hatinya.

"Kau jangan kurang ajar!!!" Tangan Hairul sudah dinaikkan. Meluap-luap rasa marahnya. Baru sahaja dia mahu melempang pipi mulus Rose, satu tangan menghalangnya.

Daniel? Rose menghela nafas lega. Ada juga penyelamat dia dari meletup kat sini.

"Woo, woo, woo, brother. Kau apahal nak pukul perempuan ni? Dayus sangat apahal?" Pedas sahaja Daniel mengkritik Hairul.

"Kau apahal hah? Kau siapa??! Nak menyemak dalam hal orang pulak." Tengking Hairul. Langsung dia tak perasan siapa yang melafazkan akad nikah tadi.

"Aku? Aku suami dia. Asal?" Tenang sahaja Daniel menekankan perkataan 'suami'. Rose hanya memandang tempat lain.

Hairul memandang Rose dengan rasa tak percaya. "Betul Rose? Betul apa dia kata?" Soal Hairul, membuak-buak rasa ingin tahunya.

Rose menjeling sebelum berkata, "Kalau ye, kenapa? Ada kena mengena dengan kau ke?"

Ego Seorang TengkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang