Daniel tersandar kekenyangan di kerusinya. Dua pinggan nasi sudah pun licin dikerjakannya. Ish, ish, ish makan macam ular sawa!
Hampir seminit bersandar, Daniel bangun dan membawa pinggan dan cawannya ke singki. Dibiarkan begitu sahaja tanpa bercuci kerana dia sangat kenyang sekarang.
Kakinya melangkah ke ruang tamu, di mana Rose sedang bersendirian sambil menonton TV. Dia mengambil tempat di sofa bertentangan dengan sofa yang Rose duduk.
Mata isterinya itu begitu fokus pada TV. "Mummy mana?" Soalnya. Rose tersentak dan terus menjawab, "Keluar." Sepatah sahaja perkataan keluar dari mulutnya.
Daniel mengangguk saja. Matanya sesekali mengerling pada Rose. Biasa saja riak wajahnya. Mungkinkah Rose sudah terlupa hal tadi?
Fokusnya beralih kepada TV. Cerita apa isteri aku tengok ni? Sepatah haram pun aku tak faham.
Rose pula tersengih-sengih melihat gelagat manusia-manusia di TV. Satu soalan lagi meluncur keluar dari mulut Daniel.
"Cerita apa ni?" Kepala Rose tertoleh kepada Daniel. Kemudian beralih kepada TV pula. "Running Man."
Ha? Running Man? Ni mesti cerita Korea. Sebab bahasa diorang cakap pun macam Korea. Tapi, takkan takde subtitles? Remote control TV yang berada di atas meja dicapai.
"Ish, janganlah tukar!" Bentak Rose. Tangannya laju mencapai semula remote di tangan Daniel. Terus diletak alat itu di atas ribanya.
"Takkan takde subtitles? Macam mana awak boleh faham diorang cakap kalau takde subtitles?" Soal Daniel bertalu-talu.
Rose menjeling sebelum menekan remote. Keluarlah subtitles Bahasa Melayu. Daniel sudah tersengih. Kemenangan miliknya!
"Tapi, seriuslah, macam mana awak boleh faham diorang cakap kalau takde subtitles?" Soal Daniel semula. Eh, pakcik ni banyak tanya pula!
"Saya pernah duduk kat kampung sampai umur 4 tahun. Kat sana saya belajar bahasa Korea dengan nenek saya." Jelas Rose.
"Fulamak! Terer gila, kampung awak guna bahasa Korea? Dekat mana tu? Perak? Kedah? Kelantan?" Daniel cuba berseloroh memandangkan dia sudah sakitkan hati Rose secara tidak sengaja tadi.
"Seoul, Korea Selatan." Eh? Padanlah! Daniel jadi malu sendiri. Mana ada kampung kat Malaysia ni pakai bahasa Korea? Otak kau memang terputus fius ke Daniel?
Akhirnya, mereka berdua menikmati rancangan itu dalam keadaan yang senyap sepi. Hanya sesekali tawa kecil Rose kedengaran.
Habis sahaja rancangan itu, guruh mula berdentum. Rose meneguk air liur. Adoi, ni memang kelemahan aku ni! Guruh!
Tangannya mula terketar-ketar. Laju butang off ditekan. Daniel yang masih melayan TV terkejut. Apasal tiba-tiba off ni?
Kepalanya spontan menoleh. Hampir terburai tawanya melihat Rose sudah memeluk lutut sambil terketar-ketar. Hai? Takut guruh ke kak... Heheh!
Mentol idea jahat menyala. Anggur yang berada di atas meja dicapai sebelum dilontar ke arah Rose. Menjerit terus makcik tu.
"Arrrrghhhh!!!!" Nak runtuh jugalah ruang tamu rumah dia. Berkerut dahi Daniel, menahan nyaringnya jeritan Rose. Lepas tu, dia boleh bantai gelak.
Kecil besar je Rose tengok si Daniel. Aku cepuk kang. Bantal dicapai dan dipukul Daniel menggunakan bantal itu. "Eii! Bencilaahh!"
Daniel masih ketawa. Wajah masam Rose dipandang. Muncung tapir sudah keluar! Sudah pasti Rose takut dengan jenakanya tadi.
Bum! Secara tiba-tiba guruh berdentum kuat lagi. Rose pun secara refleks meloncat ke sofa Daniel. Terkejut Daniel apabila tiba-tiba Rose di sebelahnya.
Makin lebar senyumannya. Penakut! Sengaja dicuit sedikit lengan Rose yang terdedah. Terus ditarik lengan itu dengan raut wajah Rose yang cuak.
Bum!! Untuk kesekian kalinya, guruh berdentum. Rose tak berfikir panjang, tubuh Daniel di sebelahnya laju dipeluk. Erat.
Mukanya disembam pada lengan kekar Daniel. Lelaki itu hanya diam. Diam sediam-diamnya. Padahal, dia sudah gugup. Wangian Salvatore Ferragamo yang dipakai Rose menusuk hidungnya.
Air liur diteguk berkali-kali. Ei, janganlah jadi apa-apa! Mummy pulak mana ni? Daddy still outstation kat Singapore. Adoi, manalah semua orang ni?
Rose masih setia menyembamkan muka ke lengannya. 10 minit berlalu, masih tiada tanda-tanda menyatakan hujan hampir berhenti.
Tiba-tiba satu mesej masuk ke telefonnya. Mummy? Laju mesej itu dibaca. Buntang mata Daniel membaca Whatsapp itu.
Mummy :
Danny, mummy tidur rumah kawan ye. Kitorang esok nak pergi rumah kebajikan pagi-pagi. Kalau nak makan apa-apa order delivery ye? Love ya!Pulak dah. Maknanya dia dengan Rose tinggal berdua je ke? Hah, sudah. Iman, tolong bertahan! Jangan roboh lagi please!
Dia kaku lagi selama 10 minit seterusnya. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Tetapi keadaan kat luar gelap macam 10 malam! Semuanya gara-gara awan yang terlebih gelap.
Entah macam mana, kepala Rose tiba-tiba melorot jatuh. Cepat-cepat Daniel memegang Rose. Lah, dah tidur rupanya makcik ni.
Ajaib, dalam takut-takut boleh dia tertidur? Penat sangat agaknya. Fikir Daniel. Kepala Rose dibetulkan, menyandar pada bahunya.
Rambut Rose boleh pula bergesel dengan pipinya. Haruman syampu yang dipakai isterinya dihirup lembut. Membuatkannya khayal. Seperti candu.
Wajah Daniel mendekati wajah Rose. Haih, tidur je kerja makcik ni. Makcik makcik pun, tetap isteri kau, Daniel. Kau kena jaga dia, lindung dia.
Hidung mancungnya bergesel dengan hidung Rose. Nafasnya mula tidak teratur. Lenanya Rose tidur, sampai bahaya di hadapan pun dia tak perasan.
Bibir Daniel mula mendekati bibir mungil Rose. Semakin dekat dan cup! Melekat! Lembutnya! Macam puding karamel!
Merah muka Daniel saat menarik bibirnya semula. First kiss akuu!! Pipinya dipegang. Ish, Daniel. Yang kau menggedik ni apahal? Yang kau gatal cium dia apahal?
Daniel tersentak. Eh yelah. Kenapa aku pergi kiss dia tadi ek? Eii! Apa dah jadi dengan kau ni Daniel oi! Kau dah gila keee! Pipinya ditampar berkali-kali.
Dia bangun dari sofa, mahu naik ke atas. Tapi bila kakinya baru saja mencecah anak tangga pertama, Rose yang terlentok di sofa direnung semula. Hish, tak boleh, tak boleh!
Takkan nak biar je makcik ni kat sini? Kotnya dia tidur sampai esok, tak ke mummy membebel kat aku? Daniel berpatah balik ke sofa.
Isterinya yang masih lena tidur direnung seketika. Lambat-lambat, dia mencempung tubuh Rose naik ke atas. Boleh tahan ringan juga si Rose ni ek? 50 kg lebih je kot?
Perlahan-lahan, tubuh Rose diletakkan di atas katil. Diusap perlahan rambut Rose sebelum dia berlalu pergi.
YOU ARE READING
Ego Seorang Tengku
Romansa*Daily updated. Tengku Daniel Alexander, pewaris harta berbilion ringgit. Rupa paras yang sangat kacak menyebabkan ramai wanita tergila-gilakannya. Tetapi dia sangat angkuh. Terlampau angkuh dengan darah kacukan yang mengalir di tubuhnya dan kekaya...