"Jantan tak guna! Bini dah nak beranak, kau boleh berzina dengan perempuan lain??!!" Herdik Rose. Merah menyala mukanya menghadap abang iparnya.
Tengku Farahani Qasha ditenangkan oleh Tengku Qistina dan Adeena. Iris, Rose dan Arissa sedang berhadapan dengan Haslan dan teman wanita gelapnya.
Haslan hanya mampu mendiamkan diri. Tembelangnya pecah. Dia hanya menunduk dan menadah telinga mendengar caci makian Rose.
"Apa punya lelaki lah kau ni?!! Konon-konon nak bahagiakan kakak aku! Pastu berzina dengan perempuan lain! Eh, boleh pergi mampus lah!" Rose terus-terusan menengking abang iparnya.
Bengang sungguh dia apabila mendapat berita itu dari Arissa. Memang sudah lama dia mengesyaki ada yang tak kena dengan abang iparnya itu. Jadi sebab itu dia suruh Arissa untuk mengupah seseorang untuk mengintip Haslan. Tak sangka pula sampai macam ni jadinya.
"Rose, janganlah macam ni. Dia tu still abang ipar kamu." Tegur Tengku Qistina walaupun dia sendiri mula membenci lelaki di hadapannya itu.
"Abang ipar? Dia tak layak langsung jadi keluarga ni, ma." Suara Rose sedikit kendur apabila bercakap dengan mamanya. Mak tu woi, tak bau syurga dia kalau derhaka.
Pandangan mata tajam Rose kembali terarah kepada Haslan. "Kau ceraikan kakak aku sekarang!" Haslan terus menunduk.
"Cepatlah! Ceraikan dia!" Iris mula membuka mulut. Dia hanya berdiam diri, takut ada hilang gigi.
"Ceraikan saya, Haslan. Saya tak nak hidup dengan awak lagi." Bergetar suara Farah menahan sebak. Hatinya hancur kerana perbuatan suaminya itu.
"Tak nak!" Haslan mula bersuara. Makin membahang Rose jadinya. "Apasal pulak??? Kau nak siksa kakak aku lagi ke?!!"
Haslan bangun. "Rose, jangan masuk campur hal urusan rumah tangga abang. Farah, jom balik." Teman wanitanya terus ditinggalkan. Tangan isterinya digapai.
"Wei, wei, wei. Kau ingat kau boleh terlepas macam tu je ke?!! Jangan harap! Ceraikan kakak aku sekarang!" Tangan Haslan terus ditepis dari memegang Farah.
"Jom baliklah!" Suara Haslan semakin tinggi. Rose langsung tidak dipedulikan. Semakin menyirap Rose jadinya.
"Tak nak!" Farah sudah berdiri. Perutnya yang memboyot diusap perlahan. Mata coklatnya tajam menikam ke dalam mata hitam Haslan.
"Dah pandai kurang ajar! Nak makan penampar lagi ke?" Bagaikan terlupa dia di rumah mertuanya, dan disaksikan oleh keluarga Farah, Haslan menaikkan tangannya.
Baru sahaja tangan kasarnya mahu hinggap di pipi Farah, Rose terlebih dahulu mencekik kolarnya dan satu penumbuk singgah di pipinya.
"Ambik kau! Berani kau nak pukul kakak aku?!!" Rose meletup juga akhirnya. Satu tendangan dilepaskan ke tubuh Haslan. Baru dia nak menerpa ke arah abang iparnya itu, Arissa menahannya.
"Sabar, Rose! Sabar!" Pujuk Arissa. Berombak sungguh dada Rose ketika ini. "Kalau ikutkan hati aku, memang mampus kau harini, Tengku Haslan!"
Iris sudah memandang Haslan seperti mahu makan saja. Kecil je dia tengok jejaka di hadapannya ni.
"Kau ceraikan kakak aku! Sekarang!" Sekali lagi suara Rose memetir. Haslan melepas nafas. Dia perlu.
"Tengku Farahani Qasha, aku..." Air mata Farah mula bertakung. Akhirnya, waktu yang dia takuti tiba juga.
"Ceraikan kau dengan talak satu." Hampir putus nafas Farah mendengar lafaz cerai itu. Dia mengetap bibir. Dia mesti kuat untuk anaknya.
"Baiklah. Kita jumpa di mahkamah." Tutur Farah, tenang. Air matanya mengalir deras. Haslan hanya mengerling sekilas bekas isterinya sebelum membawa teman wanitanya keluar.
Sebaik sahaja kelibat Haslan hilang di sebalik pintu, Farah terus terduduk sambil menangis teresak-esak. Tengku Qistina terus memeluk anak sulungnya.
"Mama, kenapa dia buat Farah macam ni?? Apa salah Farah? Farah cintakan dia ma..." Farah merintih sayu dalam dakapan ibunya. Mata Tengku Qistina mulai panas.
"Sabar nak... Sabar... Mama ada, Iris ada, Rose ada, Dee ada, Ris pun ada jugak untuk Farah. Sabar ye, nak?" Bahu anaknya diusap.
"Akak kena kuat untuk anak akak yang nak lahir tu. Biarlah diorang takde bapak, dari dapat bapak perangai..." Sempat lagi Rose mengkritik Haslan. Dia memeluk tubuh.
Farah terus menangis dalam dakapan Tengku Qistina. Moga Farah terus tabah dengan dugaan hidupnya.
Malam itu...
Ketika melalui ruang tamu atas untuk menuju ke biliknya, Rose ternampak Farah sedang duduk di balkoni sambil termenung jauh.Rose mendekati Farah. Wanita itu sedang termenung sehingga tidak perasan kehadiran Rose di sebelahnya. Tangan Rose hinggap di bahu Farah.
Terhinggut sedikit bahu Farah. Senyuman kelat dilempar kepada adiknya. "Rose. Akak ingat siapa tadi."
Gadis itu membalas senyumannya. Pipinya dicubit perlahan oleh Rose. "Kenapa ni, termenung sampai benua Afrika sana..."
Farah tersenyum lagi tetapi senyumannya kelihatan sangat palsu. Hanya sekadar untuk menutup luka di hatinya.
Rose menepuk bahu kakaknya. "Nangislah. Jangan nak poyo sangat." Bahu Farah ditepuk. Akhirnya, Farah tidak mampu bertahan lagi.
Mukanya disembam ke bahu Rose. Dia terus menangis teresak-esak lagi. Sungguh, dia berasa sangat kecewa dan sedih dengan bekas suaminya.
Adiknya tersenyum. Belakang badan Farah dielus lembut. Persis ibu yang memujuk anaknya. "Dah, dah. Tak payah nak menangis sebab jantan tak guna tu. Membazir je air mata mahal akak."
Dia membiarkan Farah teresak-esak di bahunya selama beberapa minit. Iris dan Adeena yang kebetulan lalu ternampak mereka.
"Eh, buat group hug tak ajak!" Terkedek-kedek Adeena mendapatkan kakak-kakaknya. Rose menyekeh kepalanya. "Boleh bla lah!"
Adeena mencebik. Bibirnya memuncung gaya tapir. Rose tersengih senget. "Ek eleh, nak muncung pula. Ikat reben kang jadi bini Donald Duck."
Pecah tawa mereka semua. Dalam suasana ceria itu, hanya Iris yang gelak kecil. Wajah Rose yang ceria dipandang lama.
Kesian kau, dik. Dalam senyuman kau yang ceria, ada seribu kedukaan. Iris mengeluh dengan simpati melimpah ruah.
YOU ARE READING
Ego Seorang Tengku
Romansa*Daily updated. Tengku Daniel Alexander, pewaris harta berbilion ringgit. Rupa paras yang sangat kacak menyebabkan ramai wanita tergila-gilakannya. Tetapi dia sangat angkuh. Terlampau angkuh dengan darah kacukan yang mengalir di tubuhnya dan kekaya...