Bab 9

254 5 0
                                        

"Mummy pun tak tahu apa salah mummy. Mummy dah besarkan diorang dengan penuh kasih sayang dan didikan agama. Daniel dengan Dahlia elok sahaja perangainya. Ariff tu, entah mana silapnya pun mummy tak tahu." Luah Puan Kamelia kepada menantunya.

Rose hanya mengangguk simpati sambil menyuapkan yogurt ke mulutnya. Banyak betul makanan dalam peti ais mertuanya, macam pasar raya!

Jadi, Rose dengan gembiranya mengambil kesempatan untuk mengaut makanan keluar dan melantak sepuas hati. Walaupun terpaksa cover sikit (yelah takkan dia nak tunjuk perangai dia yang makan macam kebulur seminggu tu kat mertua dia?).

Daniel pula hilang entah ke mana. Jumpa kawan katanya. Yelah tu, entah kawan lelaki ke perempuan. Kalau perempuan pastu cuba nak menggatal, memang mereka sekeluarga makan sup dengan biji mata!

"Mummy sedih sangat Rose, tengok perangai Ariff. Sejak dua menjak ni, perangai dia makin menjadi-jadi! Dah pandai tak balik rumah. Mummy pun dah mula rasa lagi bagus kalau dia tak balik rumah. Kalau balik pun, mabuk. Meracau tak tentu hala.

Entah berapa banyak perempuan yang dah dia rosakkan. Mummy malu, Rose. Mana mummy nak letak muka kalau kawan-kawan mummy tau pasal Ariff? Mesti dia orang ingat mummy tak pandai jaga anak." Rintih Puan Kamelia lagi.

Tangan wanita itu digenggam erat. Diramas lembut tangan itu sebelum Rose menyusun kata.

"Sabar ya, mummy. Mummy dah buat yang terbaik untuk didik dia. Insha Allah, dengan izin-Nya, lama lama terbukalah pintu hati dia untuk berubah." Senyuman manis dikuntum di hujung ayat.

Lega hati Puan Kamelia selepas meluahkan segalanya. Senyuman manis diukir khas buat menantu barunya itu. Tangan Rose digenggam.

"Rose, terima kasih." Ucap Puan Kamelia, perlahan. Pelik Rose dibuatnya. "Kenapa mummy cakap macam tu?" Makin lebar senyuman Puan Kamelia.

"Sebab Rose sudi kahwin dengan Daniel. Sebab Rose sudi jadi menantu mummy. Terima kasih sangat-sangat." Air mata mula berlinangan semula. Cekap jari runcing Rose menyapu air mata yang mencemari pipi mummynya.

"Ish, mummy... Janganlah nangis. Nanti tak lawalah. Nanti Daniel ingat Rose dera mummy pula." Seloroh Rose. Puan Kamelia tersenyum lagi.

Wajah Rose yang sedang menyuap yogurt ke mulutnya ditenung. "Rose, mummy nak tanya satu soalan boleh?" Terjongket kening Rose.

"Tu dah tanya satu soalan?" Rose berloyar buruk. Puan Kamelia tertawa kecil sambil menggeleng. Usikan Rose diabaikan.

"Rose betul-betul rela kahwin dengan Daniel?" Tangan Rose yang dari tadi ligat menyuap yogurt terhenti. Ditelan yogurt berperisa strawberi dalam mulutnya sebelum menjawab.

"Bab jodoh ni, Rose serahkan je dekat mama dengan papa. Rose yakin, pilihan diorang yang terbaik untuk Rose. Diorang lagi banyak pengalaman dari Rose." Bibir mengoyak senyum. Tetapi hanya segaris.

Puan Kamelia mengangguk, akur dengan jawapan Rose. Buat seketika, suasana menjadi senyap. Masing-masing tertumpu pada televisyen.

Hampir 15 minit berdiam diri, tiba-tiba pintu rumah terbuka. Menderu-deru angin masuk. Daniel menapak masuk dengan basah kuyup.

Terbuntang mata Rose dan Puan Kamelia. Pantas Puan Kamelia mendapatkan anak lelakinya. Dibelek tubuh Daniel yang basah lencun.

"Ya Allah, Danny. Yang kamu pergi main hujan buat apa? Haish, kamu nilah. Rose, tolong ambilkan tuala untuk suami kamu ni ha!" Rose mengangguk sebelum berlari naik ke atas.

Daniel hanya mengukir senyum lemah. Sebab kereta dia rosak tengah jalan, tak memasal basah lencun! Terkocoh-kocoh Rose turun bersama tuala.

Tuala kering dihulur dan segera Daniel membalut tubuhnya dengan tuala itu. Sejuknya Tuhan saja yang tahu! Sampai ke tulang sum-sum!

Puan Kamelia menggeleng. Mulalah sesi leterannya. Kenapa main hujan lah, macam mana kereta boleh rosaklah, kenapa takde payunglah...

Rose pula mengambil inisiatif yang lebih bijak. Lari ke dapur! Nasib kau lah Daniel, aku tak rela nak tadah telinga dengan bebelan mummy! Hehehe!

Hampir 10 minit dileteri di hadapan pintu, akhirnya Daniel dibenarkan naik ke atas. Menggeletar satu tubuh Daniel sambil mendaki tangga. Baju dia yang basah pun dah nak kering dengar mummy dia membebel!

Entah mengapa, sebaik sahaja dia memasuki biliknya, lantai terasa lembik. Dunia terasa berpusing-pusing. Tangannya menggagau mencari sesuatu untuk berpaut. Tetapi gagal. Akhirnya, Daniel rebah di situ juga.

...

Puan Kamelia menuju ke dapur. Di situ, Rose sedang meratah coklat Cadbury yang dicairkan bersama marshmallows dan strawberi.

Macam mana Rose tak kata peti ais mummynya macam pasar raya? Kalau dah satu bar besar coklat ada dalam tu, tak terusik langsung.

Wanita berusia 45 ke atas itu duduk di hadapan Rose. Mangkuk berisi strawberi segae ditolak ke depan sedikit. "Mummy nak?" Soalnya sebelum mencicah strawberi dan menyuanya pada mulut Puan Kamelia.

Lambat-lambat, Puan Kamelia menggeleng. Rose mengangguk sebelum menyuap buah itu ke mulutnya.

"Erm!!! Sedapnya!" Puji Rose, keanak-anakan. Senyuman di bibir tidak mampu disorok lagi. Ada saja teletah Rose mencuit hatinya.

Tiba-tiba, gelagat Rose yang masih mengunyah bersungguh-sungguh mengingatkan dia kepada anak bongsunya.

Masih terbayang jelas di mindanya, sewaktu Ariff masih kecil, anaknya itu sangat manja dengannya. Selalu dibuli manja dengan Daniel. Penyelamatnya pula Dahlia.

Tapi sekarang, hendak bertegur sapa pun susah. Apatah lagi berbual mesra. Hubungannya dengan Ariff semakin hari semakin renggang.

Hanya kerana Ariff kalah kepada godaan dunia.

Perasan akan perubahan wajah mertuanya, laju Rose menegur. "Kenapa mummy?" Tersentak Puan Kamelia dari lamunannya.

"Takde apa-apa lah Rose. Ni, pergi tengok Danny kat atas tu. Mummy takut dia demam la. Takpe, pinggan mangkuk ni tinggal je. Lagipun mesti nanti Rose nak makan lagi?" Bohong Puan Kamelia.

Rose hanya mengangguk sebelum berlalu ke atas. Tombol pintu bilik Daniel dipulas dan kelihatan Daniel terbaring di atas lantai.

Terkejut sungguh Rose dibuatnya. Tubuh Daniel digoncang. "Daniel, Daniel! Bangun! Weh, bangun! Jangan buat lawak antarabangsa kat sinilah!"

Tiada respons. Jantung Rose berdetak laju. Jarinya pantas diletakkan di pergelangan tangan Daniel. Masih berdenyut. Sekurang-kurangnya dia boleh memastikan yang Daniel masih bernyawa.

Nafas lega dihela. Nak panggil ambulans tak? Kalau panggil, buat membazir minyak ambulans tu je nak datang sini. Fikir fikir, akhirnya Rose memilih untuk tidak menelefon ambulans.

Kalau ye pun tak panggil ambulans, takkan kau nak biar dia kat sini? Tak berperikemanusiaan lah pula. Daniel yang masih terbaring kaku dijeling sekilas.

Angkat jelah, Rose! Nasib kaulah. Lengan Daniel dicapai sebelum dia memegang bawah lengan Daniel. Diheret tubuh itu sehingga ke katil.

Dah sampai katil, kena pula angkat mamat ni letak atas katil! Tenaganya dikerah sepenuhnya untuk mengangkat tubuh Daniel ke atas katil.

Tercungap-cungap keletihan Rose dibuatnya. Oksigen, oksigen! Mukanya dikipas. Choih! Berpeluh ketiak angkat mamat ni.

Tangan diletakkan di dahi dan leher Daniel. Panas. Laju Rose menarik tangannya semula. Nak melecur rasa tangan!

Rose turun ke bawah untuk mengambil besen dan kain. Dah angkut semua, dia berlari naik ke atas. Kain dibasahkan dan dia meletakkan satu kain di atas dahi Daniel.

Suhu badan Daniel diukur. 39.6 darjah Celsius. Agak tinggi. Rose menghembus nafas sebelum memerhati Daniel. Tanpa sedar, dia tertidur di samping suaminya.

Ego Seorang TengkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang