"Rose! Bangun cepat!" Iris mengejutkan adiknya yang masih lena dibuai mimpi. Lengan Rose digoncang. Rose menggeliat sedikit.
"Apa ni kak... Orang nak tidur pun tak senang lah..." Mengantuknya rasa! Tu lah, main PUBG sampai 1 - 2 pagi lagi. Bukan chicken pun.
Iris menggeleng sebelum mengejutkan Rose lagi. "Bangunlah! Mama suruh siap, kejap lagi Daniel sampai." Berkerut dahi Rose mendengar nama Daniel.
"Hah? Nak buat apa?" Soal Rose yang cuba melawan rasa mengantuknya. "Buat bodoh. Pergi tengok gaun pengantin kau lah.." Iris berloyar buruk.
Bahu Rose dicengkam kuat. "Aduh!! Sakitlah gilaaa!!!" Rose menjerit kesakitan. Gila tak sakit? Otot-otot kena picit, pergh, sakit woo.
"Hah, bangun! Akak masuk lagi sekali, kau tak bangun lagi, akak simbah kau dengan air." Ugut Iris. Bengang sungguh Rose dipaksa begitu.
Sebaik sahaja Iris keluar, Rose membebel sendiri. "Simbah, simbah. Orang cepuk dia kang..."
Tiba-tiba pintu terbuka semula. Iris menjengukkan kepalanya. "Apa? Akak tak dengar lah. Boleh ulang?" Dengan nada yang menakutkan, dia merenung tajam Rose.
"Eh, eh. Takde pape, takde pape." Laju tangan Rose digoyang. Diam dulu, karang kalau dia 'berterus-terang', mahu dia kena humban dari tingkat 2 ni!
Iris mengecilkan matanya sebelum menutup pintu. Rose kaku untuk seketika. Hanya telinganya yang berfungsi.
Hampir 1 minit, akhirnya kedengaran bunyi derapan tapak kaki Iris berlalu pergi. Rose menghela nafas lega. Dah agak, mesti kakaknya akan menunggu dulu. Tak sabar nak sekeh Rose kot.
Kelopak mata terpaksa dibuka. Nanti kalau singa betina tu betul-betul simbah air, mahu tak basah katil kesayangan dia?
Lemah longlai Rose melangkah ke bilik air. Tuala disangkut ke bahunya. Malas betul dia nak bangun pagi.
Hampir setengah jam kemudian, dia siap. Pintu biliknya dibuka, dan dia mendengar satu suara asing ketawa dari bawah.
Laju kepalanya menjenguk. Kelihatan seorang wanita bershawl bersama Daniel sedang berborak bersama ibunya. Berkerut kening Rose.
Sape pulak perempuan tu? Kakak dia kot. Teka hati Rose. Tanpa membuang masa, dia terus berlari turun ke bawah.
Sampai sahaja di anak tangga terakhir, entah bagaimana, kakinya tersadung kaki sendiri. "Aahhh!!!" Belum sempat tubuhnya menghempas tanah, satu tangan memegang tali begnya.
Terawang-awang seketika tubuh Rose. Matanya mula berbalam-balam. Ha, ini adalah satu penyakit Rose. Terkejut je mulalah nak pitam lah, pening-pening lalat lah.
Daniel melepaskan genggaman pada beg Rose. Terhuyung-hayang seketika tubuh gadis itu. Cepat-cepat Adeena memaut tubuh kakaknya.
"Ish, ish, ish! Tu lah, turun tangga berlari lagi! Kan dah tersadung? Nasib baik ada si Daniel. Kalau tak, tidur hospital lah kau Rose!" Bebel Iris.
Farah menggeleng sahaja. Perutnya diusap-usap lembut. Rutin hariannya. Dia tidak mahu anaknya lahir dan merasakan kurang kasih sayang.
Rose memegang kepalanya sendiri. Selepas beberapa saat, barulah kepalanya terasa okey.
Tengku Qistina menggeleng. "Maaflah Dahlia, Rose ni memang budak-budak sikit perangai dia." Wanita bernama Dahlia itu menggeleng sambil tersenyum.
"Eh, takpelah aunty. Comel je saya tengok Rose ni." Mujurlah sekarang Rose baru sahaja hampir terjatuh tangga. Rasa trauma masih ada. Kalau tak, kembang semangkuk jugalah dia!

ANDA SEDANG MEMBACA
Ego Seorang Tengku
Romance*Daily updated. Tengku Daniel Alexander, pewaris harta berbilion ringgit. Rupa paras yang sangat kacak menyebabkan ramai wanita tergila-gilakannya. Tetapi dia sangat angkuh. Terlampau angkuh dengan darah kacukan yang mengalir di tubuhnya dan kekaya...