Bab 8

135 4 0
                                        

Rose membuka kelopak matanya. Terbuntang luas matanya melihat wajahnya dan Daniel berada sangat dekat! Boleh dikatakan kurang satu inci!

Merah padam muka Rose. Matanya melilau ke tubuhnya yang dipeluk erat Daniel. Baju? Ada. Baju dalam? Ada. Fuh, kiranya takde apa-apa jadi kan?

Kejap. Kenapa dia peluk aku? Dah sewel ke mamat ni? Dia ingat aku ni bantal peluk? Anak patung? Suka-suka hati je main peluk-peluk. Bebel Rose dalam hati.

Yeke ni. Ke... Sebenarnya kau suka kan dia peluk kau camni kan kan kan? Usik otaknya yang sentiasa bercanggah dengan naluri tuannya.

Ish, mana ada! Merapu, merapu, merapu! Rose terus-terusan bergaduh dengan otaknya. Tanpa diduga, mata Daniel terbuka. Rose terus terbungkam.

Terkebil-kebil seketika Daniel memandang Rose. Merah padam muka Rose. Bibirnya diketap. Mata mereka bertembung.

Menyedari ketelanjurannya, Daniel cepat-cepat mengalih pandangan. Pelukan pada tubuh Rose dilepas. Laju gadis itu bangkit.

"Err..." Dua dua diam, tak tahu nak cakap apa. Rose mencapai getah rambut sebelum bermain-main dengannya.

"Sa... Saya turun bawah dulu!" Sekejap saja Rose sudah hilang di sebalik pintu. Daniel hanya memerhati dengan senyuman di bibir.

Di bawah...
Rose menghela nafas lega. Tetapi nampaknya nafas itu perlu ditarik semula. Melihat ruang tamu rumahnya penuh dengan saudara maranya, Rose tersengih kelat.

Kakinya dihayun menuju ke dapur. Sewaktu dia berjalan ke dapur, ada pula suara suara nakal mengusiknya. Siapa lagi kalau bukan sepupu-sepupu dia?

"Turun pun pengantin baru kita ni! Buat apa kat atas tu?" Usikan itu diiringi dengan gelak yang menyakitkan hati. Kotak tisu dicapai sebelum dibaling.

Tok! Tepat mengenai kepala sepupunya. Rose tersengih. "Ha, gelaklah puas-puas!" Yang lain hanya diam. Bimbang jadi mangsa kotak tisu Rose!

Sebaik sahaja kakinya menjejak lantai dapur, terbeliak mata Rose. Asal ramai sangat kat dapur ni?

Riuh rendahnya dapur sekarang ni boleh dikatakan melebihi pasar. Kaum Hawa sedang berbual rancak sambil tangan ligat membuat kerja.

Rose mengambil tempat di sisi Arissa yang sedang khusyuk menumbuk cili. Berpeluh-peluh sepupunya itu. Perasan akan kehadiran Rose, laju Arissa memberi arahan.

"Ha, Rose. Kau pergi ambil satu lagi lesung batu. Tolong aku sekali." Jari telunjuknya menunjuk lurus ke satu arah. Mata Rose turut melihat ke arah yang ditunjuk Arissa.

Berkerut dahi Rose. "Kenapa tak pakai blender?" Soalan Rose memang memanaskan hati Arissa. Dia meletakkan batu lesung sebelum merenung tajam Rose.

"Kau macam tak tahu perangai nenek macam mana. Teknologi-teknologi canggih ni mana boleh pakai bawah kawalan dia? Kononnya anak dara sekarang terlebih manjalah, apalah. Dulu pakai lesung batu boleh je siap semua. Tak payah nak blender blender." Bebel Arissa.

Rose mengangguk. Terlupa pula perangai kuku besi nenek mereka, Hajah Liza! Wanita tua itu memang sangat garang. Semua benda kena perfect.

Tapi semua tahu, walaupun muka garang macam harimau tak makan 10 hari, hatinya sangat lembut kalau diberikan cucu mahupun cicit.

"Rose! " Satu suara yang amat dikenali memetir. Terhinggut sedikit bahu Rose. Ha, sudah. Namanya dah diseru oleh harimau betina!

Arissa pula apa lagi? Cepat-cepat tunduk, konon-konon tengah khusyuk dan tawadhuk buat kerja. Lantak kau lah, Rose.

Ego Seorang TengkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang