Bab 10

193 5 0
                                        

Kelopak mata Rose terbuka tiba-tiba. Dia terus bangun dari sisi Daniel yang masih tidak sedarkan diri. Rose menggeliat sebelum memerhati Daniel seketika.

Termometer dicapai dan suhu Daniel diukur lagi. Masih sama. Berkerut dahi Rose. Ish, tak boleh jadi ni, fikirnya.

Kain yang terletak elok di atas dahi Daniel dicapai dan dibasahkan semula. Selepas itu, satu lagi kain turut dibasahkan. Dilap perlahan muka dan leher Daniel.

Diletak semula kain yang baru dibasahkan. Rose berfikir sejenak. Alah, suami kau juga Rose, bukan orang lain. Tapi...

Setelah beberapa minit berfikir, akhirnya Rose tekad. Butang kemeja Daniel yang lembap dibuka lambat-lambat. Terkenyit-kenyit mata Rose ketika membuka baju Daniel.

Dibuka separuh baju itu. Menampakkan dada bidang milik Daniel. Fuh, mantap! Astaghfirullah, iman kuatlah kau! Janganlah sampai aku yang terkam dia!

Bibir diketap sebelum perlahan-lahan dilap tubuh Daniel. Aduh, terseksanya mata! Debaran di dada semakin rancak. Nafas pula tertahan-tahan.

Tapi... Kau suka tengok dada dia yang sado kan Rose? Bisik hati Rose. Hati dia memang layak dinamakan Si Tanggang! Asyik menderhaka kat tuan dia.

Sedang dia leka mengelap tubuh Daniel, tiba-tiba lelaki itu terjaga. Terkejut dia melihat bajunya sudah separuh terbuka. Tangan Rose yang masih mengelap tubuhnya dipegang.

"Awak buat apa ni?" Kelu terus lidah Rose dibuatnya. Bibirnya sedikit terbuka, mahu mengatakan sesuatu tetapi tidak keluar suara.

"Err, erm... Awak demam." Ringkas sahaja ayat Rose. Aduh, bangun pulak pakcik ni! Berkerut dahi Daniel mendengar jawapan Rose.

Tiba-tiba kepalanya terasa sangat pening. Terus Daniel mengerang kesakitan. "Ergh..." Kelam kabut Rose dibuatnya.

"Awak belum makan ubat lagi ni! Nah, makan!" Segelas air kosong dan beberapa ketul ubat diletakkan dalam genggaman Daniel.

Habis makan ubat, Daniel terus pejam mata. Sakit kepalanya masih belum hilang. Rose membiarkan sahaja. Lambat-lambat, tangannya mula merasa dahi dan leher Daniel.

Terkejut Daniel apabila tangan mulus itu menyentuh kulitnya. Tetapi dia terlalu lemah untuk memberi respons. Hm yela lemah sangat.

"Awak demam lagi ni!" Ujar Rose dalam nada kerisauan. "Saya pergi panggil mummy." Baru dia mahu berdiri, tangannya dipegang Daniel. Rose terpempan.

"Don't go... Please..." Lemah sahaja suara Daniel meminta. Rose pula tidak sampai hati hendak menolaknya. Punggungnya kembali dilabuhkan di sisi Daniel.

Tangan Rose masih dalam genggaman Daniel. Dibiarkan sahaja begitu. Rose malas nak main tarik-tarik.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Rose menguap. Mulutnya terbuka besar seperti gua! Daniel pula sudah lama terlelap.

Rose tidak boleh menahan kantuknya lagi. Lambat-lambat, dia sendiri terlelap di sisi Daniel.

Keesokkan harinya...
Daniel terjaga dari tidur. Terasa cahaya matahari yang menerobos masuk melalui tingkap terlalu cerah. Berlapis dahinya.

Bila dia toleh ke kiri, kelihatan Rose sedang lena tidur di sisinya. Mereka begitu rapat sehingga bahunya berlaga dengan pipi Rose.

Hendak bangun, bimbang mengejutkan Rose. Sudah pasti Rose berjaga malam untuk menjaganya. Tuala lembap diletak di atas meja kecil tepi katil.

Lenguh rasa lehernya akibat terlalu lama berbaring. Wajah Rose yang masih lena direnung. Tanpa disangka, jarinya naik dan menyentuh lembut pipi putih Rose.

Ego Seorang TengkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang