"Danny, sini kejap." Panggil Puan Kamelia. Sebagai anak yang patuh, Daniel menghampiri mummynya.
"Danny single lagi kan?" Soalan itu dibalas dengan anggukan. Dah kenapa mummu dia tanya benda ni? Berkerut kening Daniel melihat senyuman penuh misteri Puan Kamelia.
Telefonnya dicapai. Jari wanita berusia dalam lingkungan 45 tahun ke atas itu menari-nari di atas skrin Iphone. Kemudian skrin telefon ditunjukkan kepada anak bujangnya.
"Cantik tak?" Gambar seorang gadis bertudung yang manis tersenyum terpapar di skrin telefon mummynya. Daniel merenung lama gambar itu sebelum mengangguk perlahan.
Makin lebar senyuman Puan Kamelia. "Nama dia Rose. Dia anak Aunty Tina. Danny kenalkan? Yang kita pergi kenduri kahwin anak sulung dia hari tu." Untuk kesekian kalinya, Daniel mengangguk.
"Um, mummy dengan daddy dah berbincang. Kitorang nak satukan Danny dengan Rose!" Terus ternganga mulut Daniel.
"Eh, mana boleh! Danny tak kenal dia pun, takkan tiba-tiba nak kahwin?" Bantah Daniel. Kepalanya digeleng laju. Reaksi itu memang sudah dijangka Puan Kamelia.
Sudah pasti Daniel akan mengatakan tidak. Tetapi dia akan memastikan anaknya bersatu juga dengan anak kawan baiknya itu.
"Takpe, Danny kenal-kenal dulu, baru kahwin. Bercinta selepas kahwin itu lebih indah, sebab halal. Tell me, Danny. Bila Danny nak kahwin kalau Danny tolak cadangan mummy ni?" Lembut tetapi tegas tutur kata Puan Kamelia.
"Mummy, I'm only 24. Dia tu berapa?" Alasan baru meluncur dari mulut Daniel. "Same as you." Tenang sahaja Puan Kamelia menjawabnya.
Daniel menggigit bibir. Sudah tentu Puan Kamelia sudah bersedia dengan jawapan-jawapan yang mampu membuatkannya kehabisan idea.
Senyuman kemenangan terukir di bibir Puan Kamelia. Dia tahu, Daniel sudah ketandusan idea untuk melawan hujahnya.
"By hook or by crook, Danny tetap akan kahwin dengan Rose! Dan esok, kita akan pergi ke rumah dia! Titik, noktah, end of discussion!" Menggunakan kuasa vetonya sebagai ibu, Puan Kamelia memberi kata muktamad.
Terus wanita itu bangun dan naik ke atas. Meninggalkan Daniel yang terkebil-kebil. Aduh, serabut betul kepalanya!
Keesokkan malamnya..
"Assalamualaikum." Ucap Puan Kamelia di pintu masuk mahligai indah keluarga Rose. Melilau sana sini mata Daniel. Boleh tahan mewah juga hiasan luaran rumah ni."Waalaikumsalam. Eh, Lia! Lama tak jumpa..." Tengku Qistina dan Puan Kamelia terus berpelukan. Habis sesi berpelukan, seorang gadis bertudung menghampiri mummynya.
"Apa khabar, aunty?" Soal gadis itu, sopan. Makin tertariklah Puan Kamelia dengan kesopanan Rose. Tersenyum lebar dia sambil menjawab pertanyaan Rose.
Daniel kaku. Wajah putih mulus itu direnung. Jauh lebih cantik dari dalam gambar. Satu perasaan halus mula menjalar masuk ke dalam hatinya.
Rose melemparkan senyuman manis yang bisa menggetarkan jantung Daniel. Padahal senyuman itu bukan untuknya, tetapi untuk ibunya.
Puan Kamelia yang perasan Daniel sudah terkaku di situ terus menyikunya, "Dah kenapa?"
Tersentak Daniel dari lamunannya. Rose sudah mula berpeluh. Dah kenapa mamat ni tenung aku macam nak telan? Korek biji mata tu kang!
"Dah, jom masuk. Boleh kita sembang kat dalam." Ajak Tengku Qistina. Bukan dia tak perasan renungan Daniel pada anak daranya itu lain macam. Takpe, Rose kan pemegang tali pinggang hitam taekwondo?
Masuk sahaja ke dalam rumah itu, pergh... Lampu chandelier bertatahkan kristal tergantung cantik, karpet tebal terbentang, perabot luar negara. Pendek kata, memang mewah gila lah hiasan dalaman dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ego Seorang Tengku
Romance*Daily updated. Tengku Daniel Alexander, pewaris harta berbilion ringgit. Rupa paras yang sangat kacak menyebabkan ramai wanita tergila-gilakannya. Tetapi dia sangat angkuh. Terlampau angkuh dengan darah kacukan yang mengalir di tubuhnya dan kekaya...