Rose menuju ke arah Iris yang sedang leka membelek beg. Mukanya masam mencuka. Rasanya cuka pun tak semasam muka dia.
Iris yang perasan wajah masam adiknya menegur. "Ni dah kenapa muka macam asam kecut ni? Bukan akak dah bagi apa yang kau nak ke?"
"Ni bukan pasal akak." Perlahan saja suara Rose. Moodnya sudah melayang kerana lelaki keparat tu.
Berkerut dahi Iris. "Habis tu?" Dah kenapa adik aku ni? Rose memeluk tubuh. Malas nak bercakap.
Iris membiarkan sahaja. Biarlah, nanti dia cerita sendiri. Kalau paksa juga, mahu meletup butik LV ni. Si Rose ni biasanya jadi miss happy go lucky tapi sekali angin kus-kus dia datang, mambang tanah pun lari.
Korus Kill This Love dari Blackpink berkumandang. Rose memeriksa telefonnya. Tertulis 'Ris Senget' di skrin IPhone itu. Dia melangkah keluar dari butik itu.
"Hello?"
"Beb, kau kat mana?"
"KLCC."
"Aduh, aku tau lah bengap! KLCC ni luas! Cakaplah kat mana!"
"Butik LV."
"Okey, cun!"
Tut... Rose memandang skrin telefonnya. Cepat betul letak? Dia menggeleng. Telefon diletak ke dalam poket semula. Rose menanti kedatangan sahabat merangkap sepupunya.
5 minit kemudian, seorang gadis bershawl coklat meluru ke arahnya. Tercungap-cungap keletihan gadis itu selepas tiba di sisi Rose.
"Awalnya kau sampai, makcik? Kata 15 minit." Rose menjongket kening. Tengku Arissa Hani menjeling sepupunya.
"Aku sampai awal, membebel. Aku sampai lambat, lagilah kau membebel. Karang aku tak datang baru tahu." Geram Arissa dibuatnya.
Rose mengukir sengih. Arissa mengurut kakinya. "Aduh, lenguh kaki aku berlari dari lobi." Pinggangnya yang sengal dibrtul-betulkan.
"Siapa suruh kau lari? Kau ingat ni Amazing Race ke?" Jawab Rose, selamba. Sengaja nak memancing kemarahan Arissa.
"Kawan, sebelum kau kena simbah dengan air tu, baik kau zip mulut." Ugut Arissa. Rose tergelak. Dia menghirup lagi bubble milk di tangannya.
"Weh, lama aku tak gi KFC. Jom?" Rose terus merangkul lengan Arissa. Tetapi gadis itu menunduk. "Jap, aku ikat tali kasut aku."
Rose membiarkan. Matanya melilau, melihat orang ramai. Tanpa dijangka, kelihatan Hairul berjalan ke arahnya sambil melambai.
Hai, mamat ni. Dah bagi penampar aku tak cukup ke? Ke nak lagi? Desis hati Rose yang mula menggelegak. Bahu Arissa yang masih tekun mengikat tali kasutnya dicuit.
"Cepat sikit weh, ada orang gila datang ni." Pelik Arissa. Dia menoleh. Oh, orang gila tu rupanya.
"Palau je dia." Balas Arissa, acuh tak acuh. Berasap rasa kepala Rose. "Tadi aku dah bagi penampar kat dia sebab dia berani sentuh tangan aku. Bikin panas betullah mamat ni."
Tangannya digempal kuat. Rasanya, ada yang makan penumbuk ni kang. Tak memasal ada paramedik datang.
Hairul semakin dekat. Dia mula menjerit. "Rose! Rose!" Haish, aku taulah nama aku sedap, tapi perlu ke dia popularkan nama aku?
Ada mata mula memandang ke arahnya kerana laungan Hairul. Akhirnya sampai juga Hairul di hadapan Rose.
"Rose, sorrylah pasal tadi." Hairul memaniskan muka. Rose buat tak tau je. Arissa pula dari muka separuh tunduk, terus tunduk terus.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ego Seorang Tengku
Romansa*Daily updated. Tengku Daniel Alexander, pewaris harta berbilion ringgit. Rupa paras yang sangat kacak menyebabkan ramai wanita tergila-gilakannya. Tetapi dia sangat angkuh. Terlampau angkuh dengan darah kacukan yang mengalir di tubuhnya dan kekaya...