Hujung minggu tu Anne berjanji akan berjumpa dengan Azman di sebuah restoren berhampiran dengan rumahnya di Sg Penchala tu, restoren yang sedikit terselindung dari pandangan orang ramai tu memberi privasi kepada Anne dan Azman untuk duduk berbincang lebih serius tentang mereka. Azman asyik memandang Anne dengan matanya tidak berkelip tu,dia melihat bekas isterinya sungguh cantik pada malam ini.Anne pula agak kurang selesa Azman asyik memandangnya sebegitu,dia kerap tertunduk ke memandang ketempat lain dari bertentang mata dengan Azman yang berada didepan tu.Azman kemudian menegur Anne.
Azman: 'Awak kelihatan cantik malam ni,Abang teringat abang pernah tengok Anne macam ni seperti kita kali pertama bertemu masa minggu orentasi di Universiti dulu'. Azman memuji Anne yang berada dihadapanya.
Anne: 'Abang kita jumpa malam ni sebab kita nak bincang pasal lain kan,perkara tu dah lepas bang,Anne cuba untuk tidak mengingati kisah silam mereka lagi, kejadian kita bercerai hari tu belum mengubat parut luka hati Anne ni bang, Perasaan Anne banyak terseksa di sebabkan tindakan Abang tu.' muka Anne sesikit serius lepas dia bercakap dengan Azman tadi.
Azman terdiam dan dia sedikit tergaman,kata-kata Anne itu ibarat seperti tamparan kepadanya,dia cuba berlagak di depan Anne seperti tiada apa-apa berlaku.
Azman: 'Okay......,Abang paham Anne masih marah Abang tu,macam ni abang nak tanya Anne betul-betul ni,Anne sanggup tak khawin dengan cina buta tu untuk khawin dengan Abang balik?Tanya Azman kepada Anne yang tunduk menjamah makanannya tu,dia mengambil masa untuk menjawab tu.
Anne: 'Abang dah baca ke Anne hantar text kat Abang hari tu pasal syarat-syarat Anne tu, kalau Abang dah baca dan setuju ,Anne akan setuju juga untuk ikut idea gila abang ini, Jika perkara ini berlaku Anne minta satu lagi syarat dari Abang, jangan persiakan pengorbanan Anne kepada Abang ini,cukuplah Abang dah persia-siakan peluang yang Allah berikan pada abang dulu tu',kelopak mata Anne mula berkaca sedikit dengan airmatanya yang mahu mengalir keluar tu,dia kemudian menahannya jarinya airmata tu tidak mengalir kepipinya,dia tak mahu kelihatan lemah di depan Azman lagi , Anne mencapai gelas minuman di hadapannya ,minum sambil memandang arah lain, tak sanggup memandang muka Azman ketika ini.
Azman: 'Abang dah baca Anne,abang setuju dengan syarat-syarat Anne nak tu,cuma Abang tak jumpa lagi pak sanggup yang nak jadi cina buta tu untuk kita, bagi masa kat abang sikit boleh,kalau abang dah jumpa abang akan bawa dia berjumpa dengan Anne seperti Anne nak tu.'jawap Azman dengan pelahan tu.
Mereka terus makan dengan hidangan makanan didepan mereka tu,isu cina buta tu tidak lagi di bincangkan dan hanya perbualan biasa di bualkan sekali sekala.
Pagi tu di office Hisham pula...........................
Azman mengetuk masuk pintu bilik Hisham,Hisham kelihatan sedang menyusun document contract yang sedikit berterabur di atas mejanya ,dokumen-dokumen tu akan di serahkan kepada client nya sebelah petang nanti,dia tengah menyusun dokumen mendongak melihat Azman tercegat di pintu office nya tu.
Hisham :' Haa Man ..masuklah..nak suruh aku jemput ko masuk ke Man?'aku ada kerja sikit pagi ni Man ko nak apa?'tanya Hisham sambil dia menyambung balik kerjanya,Azman kemudian berjalan masuk dan duduk di kerusi depan meja Azman tu.
Azman: 'Sham pasal perkara minggu lepas tu aku ada minta ko tolong tu,ko dah pikirkan ke pasal tu?',Hisham hanya diam dan membuat kerjanya, dia buat Azman macam tak wujud didepannya. Azman memerhatikan Hisham menyusun document contract yang tebal-tebal di atas meje tu sehingga dia siap,selepas semua dah cantik tersusun Hisham kembali duduk di kerusinya.Hisham menarik nafasnya yang mengah sedikit selepas selesai menyusun dokumen tadi dan dia memandang ke arah Azman.
YOU ARE READING
Duda Cina buta ( Completed Nov 2019)
RomanceMengisahkan hisham duda anak satu yang menjalani hidupnya selepas kematian isterinya Suhaila...Azman dan Anne pasangan pengantin baru khawin tunjang utama kepada cerita ini..two different story..tertapi satu tujuan..Suraya wanita lain meminati lelak...