Duda Cina Buta- Part 25

40.5K 285 30
                                    

Seminggu sebelum Anne dan Hisham balik ke kampung ibubapanya, di rumah Hisham, Anne membeli pregnant test di farmasi sebelum dia balik tadi, ada kerisauan di hatinya period nya dah lewat 2 minggu daripada biasa, adakah dia dah mengandung? macam maner penerimaan Hisham, adakah dia bersedia menjadi ayah sekali lagi? bagaimana pula dengan Azman, adakah dia kecewa mendengar dia dah mengandung anak Hisham ni? lama dia berfikir di fikirannya, 

Dia membuka plastik pregnant test tersebut dan dia membaca arahan untuk mengunakanya yang tertulis di situ, anda akan meletak bahagian penunjuk secara langsung di dalam aliran air kencing, yang sepatutnya mengambil masa kira-kira lima saat. Kit-kit lain memerlukan anda mengumpul air kencing dalam satu cawan dan kemudian merendam bahagian penunjuk ke dalam cawan untuk mengukur tahap hormon hCG, garis berwarna atau simbol tambah akan muncul untuk menunjukkan hasil positif. Ketiadaan garis berwarna atau tanda negatif biasanya menunjukkan hasil negatif. sambil memahaminya arahan tu, dia duduk di atas toilet bowl tu dan mengangkang sedikit, kemudian dia kencing sambil meletakan bahagian penunjuk ujian tu secara langsung ketika dia membuang air kecilnya.

Seketika kemudian, garisan dua berwarna merah  timbul di bahagian pertunjuk tu, dia sedikit terkejut bercampur risau, dia gembira di sebabkan cita-citanya mendapat anaknya sendiri selepas kahwin dengan Hisham tercapai, dia juga risau dengan peneri...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seketika kemudian, garisan dua berwarna merah  timbul di bahagian pertunjuk tu, dia sedikit terkejut bercampur risau, dia gembira di sebabkan cita-citanya mendapat anaknya sendiri selepas kahwin dengan Hisham tercapai, dia juga risau dengan penerimaan Hisham dan Azman berkenaan perkara ini, dia kemudian menyimpang kembali pregnant test tadi dalam locker di bilik air dan dia membersihkan dirinya lalu keluar dari biliknya. Dia mengambil keputusan untuk berdiam diri buat masa sekarang, perasaan dia bercampur baur, dia belum bersedia berkongsi kegembiraan ini walaupun dari Hisham sekali pun.

Sementara itu, sekarang......

Hisham tergaman seketika dengan pertanyaan isterinya tadi, dia melihat wajah isterinya sedikit muram disebabkan dia mengelak untuk tidak menjawab pertanyaannya dengan segera tadi.Dia kemudian bersuara.

Hisham : 'Suraya tu officemate  abang kat  office abang keje sekarang, yer kami kenal rapat disebabkan abang dengan dia biasa outstation bersama  sebab kerja. Jawab Hisham semacam bersalah kepada Anne tu.

Anne: 'Kenape abang tak bagi tahu Anne pasal ini bila kita khawin? abang masih ada hubungan apa-apa dengan dia lagi tak? tanya Anne lagi untuk kepastian.

Hisham: 'Abang nak bagitahu cuma masanya belum masa sesuai, abang dah agak Azman akan memberitahu sayang hal ini satu hari nanti, sejujurnya abang bagitahu sayang yang abang memang takda hubungan apa-apa dengannya dan abang juga takda hati sedikit pun pada Suraya tu'.

Anne: 'Abang ada buat hubungan intim dengan dia tak?'  tanya Anne balik dengan serius, Hisham semacam tidak mahu menjawab soalan tu, dia kemudian diam menyepi.

Anne: 'Kalau abang ada buat perkara tu dengan dia, Anne akan undur diri, dia sedikit mengugut, Anne tak sanggup berkongsi kasih tu bang', air matanya kelihatan berkumpul di  bawah matanya, dia kemudian memeluk Akifa di depannya.

Duda Cina buta ( Completed Nov 2019)Where stories live. Discover now