Part 28 kembali Berbahagia
Azman segak dengan baju melayu putihnya di hari akad nikahnya bersama Suraya, agak ramai juga sanak saudara kedua pihak terdekat datang semasa upacara akad nikah ni yang berlangsung di dewan besar Masjid Negeri Pulau Pinang , Hisham dari semalam dah sampai di sini dari kuala lumpur bersama isteri dan anaknya. Dia dah berjanji dengan Azman untuk jadi pengapitnya lagi hari ini. Kelihatan juga bosnya En Taufik juga datang bersalaman dengan Azman mengucapkan tahniah padanya semasa di perkarangan Masjid tadi.
Majlis akad nikah bermula tepat pukul 10 pagi, Suraya kelihatan anggun duduk tidak jauh di belakang Azman, dia kelihatan cantik dengan gaun labuh pengantin yang di tempah khas dari pereka terkenal di sini yang pernah menguruskan perkawinan pertamanya dan kedua buat Azman, Anne pula kelihatan meriba Akifa duduk di belakang kawasan di khaskan bagi kaum perempuan di dalam Masjid itu, Hatinya sayu sedikit melihat kedua lelaki yang di cintai berada di depannya, satu bekas suaminya akan menjadi suami kepada Suraya sekejap lagi dan satu lagi lelaki yang baru menjadi buah hati, dan suami yang sah baginya sekarang.
Majlis akad nikah kemudian berjalan dengan lancar sekali, dengan sekali lafas, Suraya sah menjadi isteri pada Azman di depan tok kadi masjid tadi. Kelihatan Suraya mengesat airmata gembiranya selepas selesai tadi, dia juga merasa sayu di hatinya, setelah segaladugaan dan rintangan yang terjadi pada dia dan Azman akhirnya dia kini telah menjadi isteri sah pada Azman. Azman kemudian bangun untuk sembahyang di penjuru dewan sembahyang dalam Masjid itu.
Selepas selesai mengerjakan sembahyang sunat , dia kemudian bangun ke arah isterinya, Hisham juga bangun mengekori di belakangnya, dia membuka kotak cincin yang di pegangnya dan memberikan cincin tersebut pada Azman untuk dia pakaikan di jari manis isterinya Suraya, Azman kemudian mencium dahi isterinya. Mereka bersalam dengan hadirin yang datang meraikan majlis perkhawinan mereka,jamuan juga telah di sediakan untuk tetamu yang hadir di perkarangan Masjid, , Suraya dan Azman kelihatan gembira sekali bersanding di pelamin di hari penikahan mereka, lusa mereka akan terus berangkat ke Filipina untuk mula berkerja di sana.
************************************************************************************
Sementara itu di rumah Hisham ...
Berberapa hari selepas balik dari penikahan Azman dan Suraya tu, di dalam bilik tidur Hisham, Anne sedang menirap sambil memeluk badan suaminya yang leka membaca di atas katil mereka, dia tiba-tiba bersuara ke arah suaminya.
YOU ARE READING
Duda Cina buta ( Completed Nov 2019)
RomanceMengisahkan hisham duda anak satu yang menjalani hidupnya selepas kematian isterinya Suhaila...Azman dan Anne pasangan pengantin baru khawin tunjang utama kepada cerita ini..two different story..tertapi satu tujuan..Suraya wanita lain meminati lelak...