'Sayang ...,' seru Hisham memecahkan keheningan malam itu di antara mereka. Suaminya itu belum lagi merebahkan diri atas katil mereka. Hanya duduk menyandarkan dirinya di kepala katil setelah menyiapkan kerjanya pada laptop dia tadi, di lihat mata isterinya dah hampir terlelap di tepinya sambil tangannya memeluk perut Hisham.
Anne : 'Emmm....,' jawab Anne dalam keadaan separuh mamai.
Hisham : 'Abang ada hadiah nak bagi kat sayang sebenarnya .... tapi abang tak tau sayang suka ke tak...," katanya perlahan. Dalam terpinga-pinga Anne memandang ke arah suaminya itu. Matanya menggambarkan satu persoalan. Dia bangkit dari perbaringannya dan duduk menghadap suaminya dalam keadaan masoh lagi mamai. Perlahan-lahan Hisham mengambil sesuatu dari drawer meja tepi katil lalu menghulurkankan sesuatu kepada Anne. Makin bertambahlah lagi persoalan di hati Anne namun dia menyambut pemberian suaminya yang berupa satu kotak kecil yang di isi dalam beg plastik itu.
Hisham: 'Bukalah... emmm... abang minta maaf abang tak sempat nak balut cantik untuk sayang tu, abang pakai letak dalam beg plastik je sambil dia tersengih...," kata Hisham apabila melihat Anne hanya diam di hadapannya. Ada tanya-tanya di hatinya samada pemberiannya nanti akan diterima ataupun tidak oleh isterinya.
Anne membuka beg plastik dan kotak kecil dalamnya itu perlahan-lahan. Dari pengamatannya dia dapat rasakan bahawa ianya adalah kotak cincin. Lantas perlahan dia mengeluarkan benda itu untuk menjawab persoalan di hatinya. Ternyata telahannya benar, ada sebentuk cincin di dalam kotak tu. 'cantiknya cincin ni', berkata dalam hatinya. Matanya terus menatap wajah Hisham dalam perasaan yang cukup terharu. Tak semana-mena datang satu perasaan yang sungguh tidak dimengertikannya. Cukup terharu dengan pemberian ini. inilah kali pertama Hisham memberikannya sesuatu. Dan ianya sesuatu yang amat bermakna baginya.
Hisham : 'Abang tak tau Anne suka ke tak... emm... cincin tu sebenarnya abang beli untuk isteri pertama abang dulu masa perkahwinan kami dulu...," ucap Hisham dalam tanpa melihat kepadanya. Untuk pertama kalinya Anne melihat Hisham berada dalam keadaan yang serba salah.
Hisham : 'Abang beli cincin ni masa abang hidup susah dulu, abang simpan tiap-tiap bulan duit tu untuk beli cincin semata-mata nak bagi isteri abang dulu gembira masa penikahan tu... Abang nak bagi sayang masa kita kahwin tu... tapi abang takut sayang tak suka. Kalau sayang tak suka cincin abang bagi ni, abang harap sayang simpan yer... tapi kalau boleh, abang nak minta sayang pakai, abang nak tengok ...,' ucap Hisham perlahan-lahan. Hatinya terus tertanya-tanya apa persepsi isterinya dengan pemberiannya itu. Sukakah, bencikah, meluatkah, atau bagaimana?
Anne kemudian terus mengambil cincin tersebut dalam kotaknya dan dia menyarungnya ke jari manisnya ,di lihat-lihat cincin tu dijarinya sambil dia tersenyum gembira, kemudian dia memeluk Hisham dengan erat sekali. Hisham tersenyum melihat Anne memeluknya, dia tidak menjangkakan isterinya memeluk erat macam tu, Ada tangis di matanya, ada sendu di hatinya, ada sayu merantai jiwanya saat itu. Hadiah itu menunjukkan makna sesuatu kepadanya. Sesuatu yang selama ini dia tahu tetapi tidak mampu untuk dia lakukan di sebabkan dia berpegang pada perjanjiannya.
Hisham :' Abang harap kasih sayang kita tak kan berubah tu seperti mana sayang abang pada isteri abang yang lepas Suhaila, cincin tu nampak muat dan cantik di jari sayang tu, sekarang sayang penganti dirinya dalam hidup abang dengan Akifa tu.
Anne menelan air liurnya, sedikit sebak hatinya mendengar kata-kata Hisham tadi. Dia meleraikan pelukannya lalu menatap wajah Hisham. Hisham kemudian memegang tangan Anne dan menarik pelahan tangan Anne dan kemudian dia mendekatkan badannya tu ke badan Anne seperti hendak memeluknya, dia kemudian mengucup bibir Anne , mata Anne separuh tertutup dia merasaikan hidupnya indah menerima kucupan suaminya yang di cintai.
YOU ARE READING
Duda Cina buta ( Completed Nov 2019)
RomanceMengisahkan hisham duda anak satu yang menjalani hidupnya selepas kematian isterinya Suhaila...Azman dan Anne pasangan pengantin baru khawin tunjang utama kepada cerita ini..two different story..tertapi satu tujuan..Suraya wanita lain meminati lelak...