Part 27- Sinar kebahagiaan
Hisham sedang membuat kerjanya seperti biasa di bilik office nya, dah berberapa hari dia tak nampak kawannya Azman di ofis kebelakangan ini, dia dengan Azman jarang berjumpa, pelik juga dengan apa yang sebenarnya berlaku pada kawannya ketika ini. Tiba-tiba text whatsapps nya berbunyi, dia lihatnya siapa yang menghantar text padanya,' Azman?'..aku baru terfikir pasal dia ni..dah dia msg aku ni,' berkata dia dalam hatinya.Text itu kemudiannya di bacanya
'Sham, aku nak jumpa ko dengan Anne sekali malam ni dinner bersama aku kat Ampang waterfront, aku harap sangat ko berdua datang, aku ada benda nak bagitahu ko berdua. Please bro..make sure ko orang berdua datang tu, aku akan tunggu kat situ kul 8 malam'. text Azman pada skrin telifonnya
Hisham tertanya-tanya kenapa tiba-tiba lak Azman nak jumpa dia dengan Anne, adakah dia masih nak menuntut haknya untuk mendapatkan balik bekas isterinya ? Bukan dia dah tahu Anne telah berubah hati pada aku tu,aku rasa mungkin dia dalam masalah lagi, tapi walau macam mana pun dia masih kawan baik aku walau apapun terjadi, semua yang telah terjadi hari ini pun berpunca daripadanya, fikirannya sedikit kusut memikirkan kenapa Azman beria-ria nak berjumpa denganya, dia kemudian menghantar text kepada isterinya memberitahunya Azman mahu berjumpa mereka berdua malam nanti.
Malam tu, Anne dan Hisham keluar berjumpa dengan Azman untuk makan malam dengannya seperti yang di janjikan, anaknya Akifa, Anne minta adiknya Aishah datang ke rumahnya tadi untuk untuk menjaganya sekejap. Kereta mereka membelok ke arah salah sebuah restoren di tepi jalan yang sibuk di jalan Ampang tu, Mereka kemudian berjalan masuk ke dalam restoren tersebut,masih banyak meja kosong di dalam restoren tersebut tetapi di atas mejanya terletak kertas nama yang meja itu sudah di tempah, kemungkinan pengunjungnya belum sampai lagi, kelihatan Azman bersama seorang wanita menunggu mereka dengan muka tersenyum di suatu sudut dalam restoren tersebut, Hisham sedikit terkejut melihat perempuan bersamanya tu adalah Suraya, langkahnya hampir terhenti sekejap melihat Suraya tadi, Anne kemudian memegang tangan suaminya lalu menarik tangannya bersama-sama menghampiri ke meja makan itu. Azman kemudian bangun menyambut mereka sambil bersalaman dengan Hisham, dia sempat tersenyum melihat Anne di sisi Hisham.
YOU ARE READING
Duda Cina buta ( Completed Nov 2019)
RomanceMengisahkan hisham duda anak satu yang menjalani hidupnya selepas kematian isterinya Suhaila...Azman dan Anne pasangan pengantin baru khawin tunjang utama kepada cerita ini..two different story..tertapi satu tujuan..Suraya wanita lain meminati lelak...