Hujung minggu buat Hisham tiada bezanya sangat, ia terasa seperti hari-hari lain buatnya.Hari ini sampai ke hari hujung minggu lagi yang tiada luar biasa hari ni berbanding hari lain. Dia kelihatan mundar mandir kedepan dan ke belakang di dalam biliknya mencari sesuatu dan dia tiba-tiba berhenti depan pintu almari baju besarnya. Hisham membuka pintu almari tersebut dia tersenyum sendirian. Dia mengambil beg pakaiannya dalam almarinya lalu dimasukkan dua tiga helai pakaian yang dah berlipat kemas ke dalam beg itu,selesai dia menarik butang zip beg tu dan dia bangun sambil meletakan beg tadi di atas katil di dalam biliknya. Dari tadi dia mencari beg pakaianya itu sebenarnya. Plan nya tengahari ni dia bercadang hendak balik menjenguk anaknya dan juga kedua orang tua nya di kampung, dah hampir 3 minggu dia tak balik kampung di sebabkan dia sibuk menyaiapkan tender baru di ofis dan presentation untuk client luar tempohari.
Rumah besar 2 tingkat yang terletak di kawasan Taman Tar Ampang itu di rasakan sunyi dan kosong setelah isterinya meninggal 3 tahun lepas, pada waktu itu rumah ini masih lagi dalam pembinaan dan isterinya pula sarat mengandung anak pertama,dia sampai sekarang merasa sedikit terkilan kerana isterinya Suhaila tidak sempat merasai duduk rumah yang di bina untuk menyambut orang baru itu dan suhaila pula meninggal dahulu. Selain itu Hisham juga tak sempat memberikan kemewahan kepada isteri atas pengorbanan isterinya yang pernah hidup susah semasa di awal perkhawinan mereka dahulu. Teringat balik krpada isterinyayang membuatkan dia termenung dan duduk di sofa empuk tepi katilnya, dia sebenarnya teringin hendak dengar bunyi kanak-kanak bermain dan berlari-lari didalam rumahnya itu dan bau masakan gulai lemak cili api yang dimasak oleh isterinya di dapur rumah nya ini, hanya hujung minggu sahaja kelihatan ada orang lain selain darinya di dalam rumah besar ini apabila berberapa orang pembantu rumah nya datang membersihkan rumah dan pakaian kotornya itu. Ummi dan abah nya pula jarang datang kesini, diorang lebih selesa dengan rumah mereka di kampung dan seronok melayan ternakan ayam itik nya di sana. Anak perempuannya Akifa nayla juga lebih rapat dengan atuk dan neneknya daripada nya, semenjak isterinya meninggal dioranglah menjaga Akifa dari kecil, ibubapa mertuanya juga sudah meninggal sebelum dia berkhawin dengan isterinya itu,oleh sebab itu juga dia lebih banyak dan selesa menghabiskan waktu di pejabatnya berbanding rumahnya.
Hisham kemudian mencapai telefon bimbit nya yang berada di tepi meja katilnya dan jarinya laju untuk scroll down screen touch handphone mencari no umminya untuk menelifonnya,dia ingin memberitahu ummi nya dia akan sampai di sana tengahari nanti.
Hisham :"Assalamulaikum ummi...hmm
..tengahari nanti sham nak balik kampung rasanya ..sham balik sekali nak tengok Akifa tu,ummi ngan abah apa khabar sihat ke, Akifa lak buat ape ummi?'Ummi: 'Walaikumussalam ..oo yer ke baguslah ko balik sham..ummi ngan abah macam itu lah, banyak sakit orang tua-tua, Akifa ada depan ummi nie,tengah leka duk main mainan dia, nanti mak masak untuk sham tengahari tu kita makan bersama, jangan lak sham singgah makan mana-mana lak tu".
Hisham: "Abah mana ummi?"..tanya Hisham pada ummi nya berkenaan bapanya.
Ummi: 'Abah ko keluar pergi ke pekan tadi dengan motor buruknya..jap lagi baliklah tu..dari awal pagi tadi lagi keluar tu...tahlah..dia cakap nak pergi bank tekan duit tu tadi.'
Hisham: 'Hmm okay baiklah ummi..sham gerak balik kejap lagi..petang nanti sham pinjam motor abah jap bawa Akifa jalan-jalan atas motor abah round kampung itu..mesti dia suka kan ummi..okaylah...assalamualaikum ummi'
Ummi : "Walaikumussalam..baik-baik bawa kereta tu sham'.Pesan umminya sebelum.dia matikan taliannya.
Hisham: 'Baik insyAllah ummi'.
YOU ARE READING
Duda Cina buta ( Completed Nov 2019)
Storie d'amoreMengisahkan hisham duda anak satu yang menjalani hidupnya selepas kematian isterinya Suhaila...Azman dan Anne pasangan pengantin baru khawin tunjang utama kepada cerita ini..two different story..tertapi satu tujuan..Suraya wanita lain meminati lelak...