24 | Pengiring

2.8K 71 58
                                    


Luqman dan Rahimah dibawa ke sebuah bangunan tiga tingkat di pinggir bandar. Luqman melihat keadaan sekeliling yang lenggang dan sunyi, hatinya gusar. Rahimah pula tidak melepaskan pelukan dari lengan Luqman. Dia benar-benar takut. 

Mereka mengikut sekumpulan lelaki tadi dan masuk ke sebuah bilik besar yang di dalamnya terdapat seorang lelaki cina berusia lingkungan empat puluhan duduk di meja kayu yang cantik. Luqman dapat mengagak bahawa itulah bos yang mereka sebut-sebutkan dari tadi. 

Pasangan suami-isteri itu dipaksa duduk di hadapan ketua mereka. Peluh dingin mula mengalir dan Luqman mula membayangkan perkara buruk yang bakal berlaku. Bukannya dia tidak kenal kumpulan sindiket ah long yang cukup terkenal dengan sikap agresif mereka. 

"Sekarang macam mana mau selesaikan?" soal lelaki cina itu

Luqman memandang wajah isterinya yang ketakutan. Dia kemudian mengeluh berat kerana buntu. 

"Kami perlukan sedikit masa untuk kumpul duit" balas Luqman

"Masa? itulah yang isteri kamu kata sebelum dia larikan diri" tegas si ketua

"Sekarang kami tidak ada wang. Bagi kami sikit masa kemudian saya akan bayar separuh dulu" Luqman cuba berunding

"Ha ha ha.. Bayar separuh? kamu boleh kumpul RM5000 dalam masa terdekat?" soal si ketua dengan nada sinis

Bulat mata Luqman mendengar kutukan itu.

"Apa dia? RM5000? isteri saya kata dia berhutang dengan encik RM 4500 saja. Sepatutnya kalau separuh, Lebih kurang RM2500 saya perlu bayar bukannya dua kali ganda" tegas Luqman

"Bunga" balas si ketua 

"Kenapa banyak sangat bunga hutang tu?" soal Luqman yang tidak puas hati

"Kamu tahu tak isteri kamu hutang dengan saya sudah lama. Jadi wajarlah bunganya meningkat" jelas si ketua

Rahimah yang duduk di sebelah hanya tertunduk malu. 

Tiba-tiba pintu ditolak kuat dan si ketua terkejut dengan kemunculan seorang lelaki memakai kemeja dan bertubuh besar. 

"Dato'?!" kata si ketua yang sedikit takut

"Maaf bos. Saya minta Dato' tunggu tapi dia tetap nak masuk juga" kata salah seorang anak buah si ketua

"Sudah berapa kali aku kata. AKU TIDAK SUKA MENUNGGU!" tegas lelaki bergelar Dato' itu.

"Maaf Dato'. Maafkan saya" kata si ketua

"Orang yang kau hantar semalam tidak berbaloi. Kuat menangis dan menjerit macam anjing saja" marah Dato' itu

Si ketua seperti tidak selesa dengan kehadiran Dato' itu di hadapan Luqman dan Rahimah yang menjadi penonton.

"Siapa mereka berdua ni?" soal Dato' pada si ketua setelah melihat Rahimah dari atas ke bawah

Pandangannya mengerikan dan Rahimah semakin takut. 

"Oh mereka berdua ada hutang sama saya. Erm Dato', maaf tapi lebih baik kita bincang di sini" pujuk si ketua yang kemudian membawa Dato' tadi ke satu sudut yang jauh sedikit dari Luqman dan Rahimah.

"Abang macam mana ni?" soal Rahimah pada Luqman

"Abang pun tak tahulah sayang. Kita mana ada duit sebanyak itu" kata Luqman

Mereka berdua terdiam seketika

"Oh ya. Hari tu kamu kata kamu sudah jual motorsikal abang. Duitnya masih ada? boleh kita guna untuk bayar hutang" soal Luqman yang mendapat satu idea

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now