38 | Buang

3.8K 56 16
                                    

"Hai pembaca budiman

Masih ingat aku? Seperti yang kalian baca, aku menjadi tempat untuk para usahawan (dan isteri usahawan) untuk melempias nafsu secara percuma. Jangan tanya kenapa aku tidak melawan atau menolak kerana aku cukup penat hendak jelaskan. Bukan mudah pabila nyawa keluarga menjadi taruhan tapi masyarakat tidak memandang semua itu. Mereka hanya lihat aku sebagai insan yang tidak punya kekuatan. Mungkin mereka benar.

Berbalik pada cerita, Hampir sebulan lamanya aku menjadi pelacur dan hamba seks. Sehinggalah Dato' Razali memutuskan untuk tidak memerlukan aku lagi. Hari di mana Luqman dibuang"

***

Luqman melutut di hadapan Dato' Razali dan merayu agar tidak menghalaunya keluar dari rumah itu. 

"Tolonglah Dato'. Saya betul-betul tak ada duit inikan pula kembali ke Sarawak" Luqman hampir menangis mendengar arahan Dato' Razali agar dia segera berkemas dan keluar dari apartmen itu.

"Itu bukan masalah aku. Aku cuma perlukan kau untuk dapatkan projek saja atas permintaan Dato' Rina. Dia bersetuju untuk jadi rakan kongsi dengan syarat kau ada sekali. Tapi lepas dapat projek ni aku tak nak kau dah. Jadi kau boleh berambus" arah Dato' Razali tanpa belas kasihan

"Dato' saya merayu pada Dato' jangan buang saya. Saya ada anak dan isteri untuk ditanggung. Saya mohon sangat" kali ini air mata mengalir di pipi dan Luqman sudah tidak mampu menahan sebak.

Hatinya benar-benar kecewa dan sakit. Dia diperdaya dan diperbodohkan oleh lelaki kaya itu. Dia juga buntu dan tidak tahu hendak berbuat apa. Tapi Dato' Razali tidak menghiraukan rayuan Luqman dan terus bangun keluar.

"Petang ni aku datang balik pastikan kau sudah blah" tambahnya sebelum menghilang

Luqman menekup wajahnya dengan kedua tangan dan menjerit kecewa. 

***

Dato' Razali kembali ke pejabat selepas bertemu Luqman. Sepanjang dalam kereta dia termenung melihat jalan raya sambil imej wajah Luqman merayu melekat di minda. Dia memang ada rasa kasihan tapi separuh jiwanya tidak mempercayai lakonan Luqman. Dia menganggap Luqman hanya menangis untuk meraih simpati dan bila tiba masanya Luqman akan ambil kesempatan untuk balas dendam. Dia bukannya bodoh kerana dapat melihat Luqman tidak suka padanya. 

Manusia mana yang tidak berdendam kalau dilayan teruk seperti itu dan untuk mengelak perkara buruk terjadi dia perlu membuang Luqman secepat mungkin. Lamunannya terhenti pabila salah seorang ahli lembaga pengarah bertanya sesuatu padanya. Dia keliru dan kembali sedar bahawa sekarang dia berada di bilik mesyuarat. Mujurlah dia seorang yang bijak menyembunyikan kelemahan diri dan pandai berlakon. 

Selesai mesyuarat, dia memberitahu setiausahanya agar menolak sebarang panggilan mahupun mesyuarat akan datang kerana ada urusan penting sedangkan dia hanya mahu bersendirian. Dia duduk dikerusi sambil memejam mata. Nafas ditarik dengan tenang dan fikirannya semakin jelas. Suasana sunyi itu membawa dia mengingat kembali kejadian malam-malam sebelum ini. Permainan kasarnya terhadap Luqman. Senyuman sinis terukir di bibir dan dia mulai sangap. 

Telefon bimbitnya berbunyi dan Dato' Razali mendengus geram kerana fantasinya diganggu. Tapi selepas melihat nama yang tertera, dia kembali senyum.

"Kau nak apa bodoh?! call aku masa tengah kerja!" makinya

"Maafkan saya Dato' tapi saya minta sedikit belas kasihan dari Dato' untuk benarkan saya mencari kerja lain sebelum keluar dari rumah ini. Tolonglah" rayu Luqman di hujung talian

Dato' Razali lantas mematikan panggilan dan menutup telefonnya agar Luqman tidak dapat menghubunginya lagi. Dia kemudian kembali menutup mata dan berehat seketika dengan perasaan lega. Sementara itu Luqman yang terkejut dengan tindakan Dato' Razali tidak mengalah dan cuba menghubunginya lagi namun gagal. 

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now