18 | Perpisahan

4.1K 73 89
                                    

Luqman menghembus asap rokok dari mulutnya. Berkepul-kepul memenuhi ruang udara. Fikiran tenang dan jiwanya mula melayang. Nikmat yang buat dia ketagih. Duduk dilantai bersandarkan dinding bangunan tempat dia selalu melepak. Tapi dia tidak bersendirian, Lapui dan Rick ada bersama. Tiba-tiba Rick bangun dan menepuk debu dari punggungnya.

"Kau nak ke mana?" soal Lapui sementara Luqman hanya memerhati

"Nak melawat King kejap" balas Rick sambil tersengih

"Bukan pagi tadi kau sudah bantai dia ke? tak puas lagi?" soal Luqman pula

Cuaca pada tengah hari itu cukup panas sehingga peluh mengalir di pipi Luqman.

"Bagilah aku peluang, sebab aku dengar Tuan Kamarul nak pakai dia puas-puas sebelum dibebaskan esok" balas RIck

Bulat mata Luqman mendengar perkhabaran itu. Bebas? King akan bebas esok? Biar betul. Tak semena-mena hatinya berasa cemburu dan dengki. Selepas ini King tidak akan jadi pelacur percuma di sini dan hanya Luqman yang tinggal. Selepas ini tiada lagi jeritan dan rayuan King yang buat Luqman puas hati. Ini tidak adil!

***

Luqman mengucup pipi tembam Fayyad yang kian membesar. Budak itu sihat dan sudah mula merangkak. Hati Luqman sebak kerana tidak dapat melihat anaknya membesar. Fayyad juga seperti terasa asing dengan Luqman kerana jarang bertemu, Rahimah hanya melawat sebulan sekali dan itu menyukarkan lagi hubungan si ayah dengan si anak. 

"Macam mana dengan kerja? semua okey?" soal Luqman pada Rahimah yang duduk dihadapannya

"Sayang sudah berhenti kerja minggu lepas" luah Rahimah dengan perlahan

"Eh? kenapa sayang?" soal Luqman yang mulai risau

"Sayang tak tahanlah kena ejek dengan rakan sekerja. Sayang dipulaukan dan rasa tertekan sangat" keluh Rahimah

"Sabarlah sayang, tak lama lagi abang akan bebas dan kita akan hidup sama macam dulu" pujuk Luqman

"Senang je abang cakap. Siapa yang nak ambil bekas banduan bekerja? kalau ada pun jawatan tak sama macam kerja abang dahulu" bantah Rahimah

"Sayang janganlah begini. Bagi abang masa dan peluang untuk berusaha. Pasti ada rezeki untuk kita" kata Luqman

Pada masa sama Luqman terdiam sejenak. Cuba menghadam semula kata-katanya sebentar tadi. Bunyinya macam hipokrit, kerana berbicara soal rezeki, maksudnya Luqman percaya bahawa akan ada rezeki yang tuhan sediakan untuk dia bila bebas dari penjara nanti tapi layakkah Luqman menerima rezeki itu sedangkan dia tidak menjalankan kewajipannya sebagai hamba? Terasa jahil.

"Sayang pindah balik ke rumah Mak sebab ingin kurangkan kos" sambung Rahimah yang menyedarkan Luqman dari lamunan

"Oh? Hurm, apa rancangan sayang lepas ni?" soal Luqman lagi

"Sayang ingat nak berehat dulu, mungkin buat kerja sambilan jual kuih buat sementara. Sayang tak boleh bekerja kalau sering tertekan" balas Rahimah yang hampir menangis

"Baiklah, abang faham. Lagipun sayang sudah berhenti kerja, tak banyak yang abang boleh buat. Cuma duit simpanan abang tu sayang gunakan sebaik mungkin ya" balas Luqman

"Hurm..duit tu sudah habis" tambah Rahimah yang menjawab dengan ragu-ragu

"Ha?! habis? Semua!?" balas Luqman dengan suara sedikit tinggi

Terkejut Rahimah dan Fayyad mula menangis. Luqman terus menyedari bahawa dia telah menakutkan isteri dan anaknya. Sikap buruknya selama di penjara mula menonjol dan ini satu petanda buruk. 

"Maaf, abang terkasar bahasa" segera Luqman membetulkan kesalahannya sambil memujuk Fayyad yang teresak-esak dalam pelukannya.

"Jangan menangis Fayyad, Ayah tak sengaja" pujuk Luqman lagi

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now