28 | Anak Sepupu

3.5K 68 136
                                    


"Kau tak ada baju yang elok sikit ke?" soal Dato' Razali 

Matanya mengimbas tubuh Luqman dari atas ke bawah. Terbit rasa tidak puas hati dari raut wajah Dato' Razali. 

"Ini sajalah baju paling bagus yang saya ada" balas Luqman yang keliru

'Kenapa dengan Dato' ni? siap suruh aku pakai bagus-bagus sedangkan nak ratah aku je malam ni. Kena pakai elok-elok ke?' kata hati Luqman.

"Bodohlah kau ni! Ini kau kata baju paling bagus! ini?!" tegas Dato' Razali yang mula mengamuk sambil mencengkam baju kemeja Luqman yang sudah lama dia tidak pakai.

Luqman terkejut namun berdiam diri. Dia benar-benar keliru kenapa pakaian menjadi perkara penting pada lelaki tua itu pada malam ini. Kenapa semalam okey?

"Sudahlah! malam ni kau pakai baju aku" balas Dato' Razali sambil membuka almari dan mencapai sepasang sut yang lengkap dan melemparnya pada Luqman yang terpinga-pinga.

"Dato', saiz baju ni besar" balas Luqman

"Pakai jelah! sudah cukup bagus aku sudi pinjamkan baju dekat kau. Memang tak la aku nak bawa kau dengan pakaian macam ni. Cepat tukar!" arahnya

***

Seorang wanita berbaju kurung moden dan bertudung terang tersenyum dan menyambut tangan Dato' Razali ketika lelaki itu menghulur tangan untuk berjabat.

"Datang pun Dato'. Ingatkan malam ni sibuk menghenjut betina" perli wanita itu selepas salam mereka terlerai

"Di mana ada peluang di situ saya datang" balas  Dato' Razali tersenyum kelat.

Luqman pula hanya berdiri di belakang Dato' Razali ibarat pengawal peribadi tapi dia sebenarnya kekok dan kurang selesa berada di situ, Hotel mewah yang mengadakan majlis makan malam untuk golongan berada. Luqman sedar ini bukan tempatnya pabila melihat setiap tetamu yang hadir dengan pakaian dan barang mewah mereka. Patutlah Dato' Razali tidak benarkan dia memakai pakaiannya sebentar tadi jika tidak dia pasti kelihatan seperti pekerja hotel dan bukannya tetamu. 

Sehingga kini dia juga tidak tahu kenapa Dato' Razali membawanya bersama. Pabila ditanya, Dato' Razali hanya menjawab dia perlukan teman untuk majlis makan malam. Yang anehnya kenapa Luqman dan bukan gadis cantik semalam. Sedangkan Dato' Razali lelaki, bukankah lebih baik jika dia membawa teman perempuan sebagai peneman bukannya lelaki. 

"Oh ya. Lupa hendak perkenalkan. Ini Luqman, anak sepupu saya" tipu Dato' Razali

Berkerut dahi Luqman mendengar kata-kata itu. Sejak bila pula Luqman jadi keluarga Dato' Razali sedangkan mereka baru kenal tak sampai seminggu. 

"Luqman ini Dato' Zaharina" kata Dato' Razali

Wanita tadi yang bernama Dato' Zaharina menghulur tangan pada Luqman untuk berjabat, Luqman menyambut dengan pantas dan menunduk kepala tanda hormat kerana dia baru sedar wanita itu lebih tua darinya namun masih bergetah. Dengan potongan tubuh yang ideal dan pakaian berjenama, Dato' Zaharina kelihatan sungguh menawan.

"Panggil I Dato' Rina je" kata  Dato' Rina menyedarkan Luqman dari lamunannya

"Ba..baiklah Dato' Rina. Saya Luqman, selamat berkenalan" balas Luqman sambil meneliti wajah wanita itu yang ditutup dengan solekan nipis dan gincu merah menyala.

Cukup mengoda dan satu penampilan yang luar biasa bagi wanita yang berumur sepertinya. 

"Ya, selamat berkenalan. Dato Razali, mana you jumpa budak ni? sopan sangat. Berbeza dengan anak sepupu you yang lain. Selalunya mereka berlagak bagus dan perasan kacak" soal Dato Rina pada Dato Razali

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now