49 | Kolaborasi (18SX)

4K 72 8
                                    

Selepas membersihkan diri, Luqman baring di tilam dan berehat seketika lebih kurang setengah jam sebelum bangkit dan berlalu ke sauna yang disediakan di pusat kesihatan itu. Luqman memilih untuk berehat di steam room sebelum disertai oleh Dato' Razali dan beberapa orang lelaki lain yang juga pengunjung di situ.

"Sempat pancut?" bisik Dato' Razali ke telinga Luqman

Luqman mengangguk perlahan. Dato' Razali juga sempat klimaks sebelum diserbu oleh pihak berkuasa. Nasib baik, jika tidak rugilah RM600 dia. Mereka kemudian beralih pada jakuzi.

"Macam mana dengan projek bersama Huda?" soal Dato' Razali memecah kesunyian

"Banyak yang perlu dia perbaiki" balas Luqman

Dato' Razali berpuas hati dengan sikap terbuka dan jujur Luqman. Dia tak salah pilih calon kerana inilah sikap yang dia mahukan.

"Apa yang perlu dia perbaiki?" soal Dato' Razali lagi

"Dia perlu bersikap terbuka dan mendengar pendapat pekerja bawahan" balas Luqman

Dato' Razali bersetuju kerana dia menerima banyak aduan mengenai sikap Huda. 

"Jadi kau rasa projek tu boleh siap dalam masa yang diminta?" tambah Dato' Razali

"Sejujurnya tidak. Mustahil untuk disiapkan dalam masa yang diberi. Kami perlukan lebih masa" balas Luqman

"Masa telah ditetapkan oleh klien. Macam mana kau nak minta mereka tangguhkan dan apa kata Huda tentang ini?" soal Dato' Razali

Air dalam jakuzi mula mendidih dan berbuih. Kulitnya bertemu dengan didihan air dan terasa seperti diurut lembut. 

"Huda kata kami perlu siapkan tak kira apa yang terjadi. Dia tidak boleh terima kegagalan dan tak teragak-agak untuk memberhentikan orang yang gagal" kata Luqman

"Tapi bagi saya. Ini adalah satu cabaran dan kami boleh explore pelbagai teknik dan cara yang boleh jimatkan kos dan siap pada masa yang ditetapkan. Dengan syarat, semua perkeja perlu beri kerjasama dan kerja sebagai satu pasukan" tambah Luqman lagi

Sekali lagi Dato' Razali tersenyum puas. Perlahan-lahan Luqman sudah mula berfikir sepertinya, dari segi sikap dan perangai juga Luqman sudah sebati dengan Dato' Razali. Sejak dipindahkan ke jabatan lain di bawah seliaan Huda, Luqman semakin menonjol dengan sikap dan cara kerja hampir sama dengan Dato' Razali. Dingin dan jarang senyum tapi kekal profesional dan berfikiran terbuka. Walaupun pekerja dalam jabatan itu jarang meluangkan masa dengan Luqman tapi mereka dapat lihat bertapa seriusnya Luqman bekerja. Dalam serius ada kemesraan, mereka masih boleh menegur dan memberi pandangan pada Luqman dan dia akan menerimanya dengan baik cuma masalahnya Luqman jarang senyum. 

Luqman juga sangat prihatin dengan mereka dan ini terbukti pabila Huda hampir memecat seorang pekerja wanita yang selalu datang lewat ke tempat kerja. Setelah disiasat, wanita itu mempunyai masalah keluarga yang mana dia perlu menghantar ibunya yang sedang sakit untuk pemeriksaan doktor dan rawatan hampir setiap hari sebelum ke tempat kerja. Luqman masuk campur dan berjaya menghalang niat Huda dengan membantah pemecatan tersebut kerana wanita itu tidak gagal dalam menunaikan kerjanya dan sering pulang lewat untuk 'membayar' semula kedatangan lewatnya.

Cara Luqman menyelesaikan masalah dan berdepan dengan isu menarik perhatian Dato' Razali. Lelaki ini sudah berkembang dengan baik dan mengikut acuannya. Sekarang dia ingin lihat bagaimana pula Luqman berdepan dengan tugasan mustahil dan apakah Luqman akan menyerah? ini penting kerana dia mahu ukur kebolehan Luqman. Mereka kemudian menyambung berbual lebih lanjut tentang masa depan bisnes sebelum masing-masing membersihkan diri dan pulang ke rumah. Badan Luqman terasa segar dan sengal-sengal di badan hilang selepas berehat di pusat kesihatan itu. Pihak berkuasa juga sudah pergi dari tadi dan Luqman mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menyimpan nombor Azuan. 

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now