35 | Mesyuarat (18SX)

4.9K 73 15
                                    

Luqman makan dengan lahapnya kerana terlalu lapar. Nasi goreng berlauk ayam goreng dan telur dadar menjadi pilihan Luqman. Nasi penuh satu pinggan dan Luqman makan tanpa menghiraukan sesiapa. Perutnya perlu diisi kerana terlalu lapar. Dia ditemani Dato' Razali bersarapan pada pagi itu sebelum memulakan kerja. Walaupun layanan Dato' Razali dingin tapi Luqman bersyukur sekurang-kurangnya lelaki itu sudi membayar makanannya pagi ini. 

Rokok dibakar dan Dato' Razali menghisap dengan tenang. Kopi O panas di depannya juga masih belum diteguk tapi matanya asyik melihat Luqman dengan pandangan tajam. Seperti biasa, tiada reaksi dari lelaki tua itu. 

"Erm..jemput makan Dato'. Maaf saya gelojoh sebab lapar" kata Luqman memecah kesunyian antara mereka

Dato' Razali hanya mengangguk sekali dengan pandangan sombong

"Dato' tak makan?" soal Luqman lagi

Dato' Razali mengeleng sekali saja sebelum memandang ke arah lain

Tiba-tiba Luqman merasa kekok dengan Dato' Razali. Lelaki ini tidak banyak bicara dan hanya memberi pandangan dingin. Sudahnya, Luqman makan sendiri tanpa bercakap kerana dia dapat rasakan bahawa Dato' Razali enggan berbual pada pagi itu. Mungkin lelaki ini hanya akan bercakap perkara penting saja. 

"Sudah?" soal Dato' Razali yang akhirnya bersuara

Luqman yang sudah selesai makan dan mengelap tisu pada mulutnya mengiyakan. Dato' Razali segera bangun dan terus bergerak ke kereta yang sedang menunggu. Luqman terkejar-kejar dengan perut penuh. Sebaik saja masuk, kereta terus meluncur laju tanpa membuang masa. Nampak seperti mereka terkejar ke satu tempat.

***

Mesyuarat dengan beberapa orang penting sebentar tadi benar-benar buat Luqman rendah diri. Sepanjang mesyuarat, Luqman hanya berdiam diri dan membalas senyuman Dato' Rina yang beberapa mencuri pandang padanya. Selain Dato' Rina, beberapa usahawan lain turut serta dalam perbincangan projek baru ini. 

Tak banyak yang Luqman tahu kerana mereka bertutur dalam bahasa inggeris dan penguasaan Luqman terhadap bahasa itu sangat teruk dan dia tidak faham hampir separuh yang mereka bincangkan. Apa yang Luqman tahu ianya melibatkan pembinaan dan infastruktur yang mana bukan bidangnya dan dia hilang arah. 

Duduk disebelah Dato' Razali buat Luqman terasa seperti tunggul. Namun apa yang dia boleh lihat adalah Dato' Razali seorang yang tegas dalam berbicara dan berfikiran jauh. Seorang yang fokus dan ada ciri-ciri pemimpin. Tipulah kalau Luqman tidak kagum dengan aura Dato' Razali. Sebelum ini dia hanya melihat bertapa dominannya lelaki itu di atas katil tapi kali ini Luqman dapat melihat sendiri bagaimana lelaki ini mengurus kerjanya. Selesai mesyuarat, Luqman duduk di meja panjang itu bersama Dato' Rina dan Dato' Razali. 

"Apa khabar Luqman?" tegur Dato' Rina sambil menghulur tangan untuk bersalam

"Baik Dato'"

Luqman menyambut tangan Dato' Rina dan di belakangnya Dato' Razali datang mendekati. 

"Jadi bagaimana dengan cadangan saya?" soal Dato' Razali

"Saya kagum, seperti biasa Dato' sentiasa beri cadangan yang bernas" balas Dato' Rina

"Saya sudah kata, kamu tak akan menyesal kalau bekerjasama dengan saya" tambah Dato' Razali tersenyum bangga

Luqman tidak mengerti apa yang mereka katakan dan hanya berdiam diri. 

"Luqman bila sampai sini?" soal Dato' Rina pula

"Semalam" balas Luqman

"Kali pertama?" soalnya lagi

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now