12 | Rumah Baru

3.2K 69 30
                                    

"Terima kasih Luqman sebab anjurkan sesi makan-makan ni" kata Encik Joseph sambil menepuk bahu Luqman

"Eh bukanlah. Ini semua idea Shazwani" balas Luqman

"Bagus juga kita adakan makan-makan begini. Boleh merapatkan hubungan" tambah Joseph lagi

Luqman tersenyum mendengar kata-kata Encik Joseph. Memang benar dia jarang berkumpul bersama rakan sekerja kerana sibuk dengan tugasan masing-masing. Ketika makan tengah hari juga Luqman lebih gemar bersendirian. Sesi makan bersama begini secara tak langsung memberi ruang untuk Luqman mengenali yang lain. 

Antara hidangan yang menjadi pilihan adalah Laksa Penang, Kek Batik and Kek Lapis Sarawak, Pulut Kuning dan Rendang serta beberapa jenis kuih-muih yang menyelerakan. Luqman memerhati sekeliling dan semua rakan sekerjanya berbual mesra. Benar kata Encik Joseph, sesi makan bersama ini memang bagus. Ketika sedang menikmati Pulut Kuning, Shazwani menghampiri Luqman.

"Man, akak nak minta tolong sikit boleh?" soal Shazwani

"Apa dia kak?" soal Luqman pula

"Akses akak telah dibatalkanlah. Akak lupa nak scanned MC akak minggu lepas nak masuk dalam sistem. Hari ni kan last day akak, mereka batalkan akses terlalu awal" jelas Shazwani

"Oh yeke? Akak nak saya tolong apa?" soal Luqman

"Pinjam login Luqman sekejap" pinta Shazwani

Itulah perkara yang Luqman teringat selepas pihak polis menjemputnya di rumah. Urusan pecah amanah yang dilakukan menggunakan akses Luqman merupakan satu fitnah kerana dia tidak pernah terlibat dalam hal itu. Pabila Luqman cuba mempertahankan diri dengan mengatakan bahawa bukan dia sahaja yang mengunakan akses miliknya dan pernah berkongsi akses itu dengan pekerja lain, dia telah melanggar etika kerja dan tuduhan ke atasnya semakin berat. 

Pihak mahkamah menolak pembelaan Luqman dengan alasan Luqman bukan individu yang boleh dipercayai kerana dia bukan sahaja memberi maklumat peribadi seperti akses pada orang lain untuk digunakan malah dia juga telah melakukan urusan pecah amanah. Luqman tidak cukup bukti untuk menyalahkan Shazwani kerana dia sendiri tidak tahu sama ada wanita yang dia anggap sebagai kakak itu tergamak menggunakan dirinya sebagai kambing hitam. 

Tapi bila difikirkan semula tiada siapa lagi tahu tentang kata laluan dan nama pengguna Luqman melainkan Luqman dan Shazwani. Tanpa bukti kukuh, mahkamah memutuskan Shazwani tidak terlibat dan Luqman bersalah sepenuhnya atas kes ini. Sungguh Luqman tidak menyangka hidupnya berputar begini. Dari kehidupan yang gembira dan stabil, dia dilanda musibah berat di saat isteri sedang sarat mengandung.

Luqman juga sempat merayu agar hukumannya diringankan kerana ini kes pertamanya dan dia perlu menjaga isteri yang bakal bersalin. Namun Hakim dengan sinisnya menolak permintaan Luqman dan memberi 'nasihat' pada Luqman yang hukuman ini adalah pengajaran agar dia tidak mengulangi jenayah sama. Sungguh Luqman terkilan dengan kata-kata Hakim sebentar tadi namun tidak ada apa yang dia mampu lakukan.

Dalam perjalanan ke penjara, Luqman hanya termenung melihat jalan raya sambil mengenang nasib dirinya dan terlalu malang. Fikirannya kusut kerana terfikir tentang Rahimah dan anak dalam kandungan. Ikutkan hati ingin saja dia melarikan diri dan pergi membawa Rahimah jauh dari bumi kenyalang ini. Tapi mampukah dia? bagaimana dengan Rahimah? setujukah dia? bolehkah mereka hidup dalam pelarian dan ketakutan? Semua itu bermain di minda.

***

"Kak minumlah susu ni" pujuk Salina pada Rahimah yang dari tadi juga asyik termenung dalam bilik tidur

"Terima kasih Salina, tapi akak tak dahaga pun" balas Rahimah dengan senyuman pahit

"Janganlah begini kak, dari tadi akak tak mahu makan apa-apa. Minum pun tidak, kasihan bayi dalam perut tu" tambah Salina

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now