3 | Baru

4.5K 76 21
                                    

"Tiga bulan lagi" kata Luqman sendirian

"Apa yang tiga bulan tu?" tegur Kak Timah yang tiba-tiba muncul di belakang Luqman

"Uish! kak. Terkejut saya" Balas Luqman

"Mana tidaknya, kamu tu mengelamun kuat sangat" balas Ka Timah

"Eh tak adalah. Saya tengah kira stok ni" tipu Luqman

"Adik, orang kira stok dalam stor. Kamu ni tengah susun keropok. Nak menipu pun biarlah bijak sikit" sembur kak Timah

Luqman hanya tertawa mendengar teguran itu

"Ha! kamu belum jawab lagi" soal Kak Timah

"Jawab apa kak?" soal Luqman pula

"Ish budak ni, muda-muda lagi sudah pelupa. Kan akak tanya apa yang tiga bulan tu" bebel Kak Timah

Luqman ketawa lagi.

"Tengok tu, gelak je" kata Kak Timah yang mulai geram

"Tak ada apalah kak" tipu Luqman

"Lantak kamulah Luqman. Akak nak ke kedai beli nasi bungkus. Kamu nak apa-apa?" kata Kak Timah

"Eh tak apalah kak, Terima kasih tapi saya bawa bekal dari rumah" tipu Luqman

Kak Timah berlalu pergi membeli makanan untuk tengah hari. Sekali lagi Luqman terpaksa menipu dan berlakon seolah-olah dia membawa bekal. Hakikatnya dia akan menjamah biskut yang dibawa dari rumah beberapa keping. Semestinya pilihan Luqman adalah surau berdekatan kerana makan di tandas tidak bersih.

***

Sekembalinya Luqman di tempat kerja dia terlihat seorang gadis dari belakang. Yang anehnya Luqman belum pernah melihat gadis itu sebelum ini. Sekali gadis itu berpaling, hati Luqman terjentik. Keindahan ciptaan tuhan dapat dilihat dari wajah bersih gadis itu. Kulitnya tidaklah terlalu cerah dan bukanlah licin seperti kulit bayi, namun wajah gadis itu tenang dan ada sifat keibuan yang terpancar membuat Luqman tergamam.

"Ha sampai pun kamu. Ni kenalkan Rahimah, pekerja baru di pasaraya ni" ujar Kak Timah yang mematahkan lamunan si teruna berangan.

"Err..err aku..eh saya Luqman" kata Luqman gugup

Gadis itu tertawa sedikit melihat Luqman yang gugup.

"Rahimah. Juruwang sambilan" kata gadis itu memperkenalkan dirinya sambil melempar senyuman ikhlas.

"Luqman ni kerja dekat stor tu" sampuk Kak Timah.

"Sa..saya minta diri dululah" kata Luqman yang merona merah.

Entah kenapa dia segan pabila Rahimah merenungnya lama. Hatinya tidak keruan bagai ada sesuatu yang tidak kena tapi pada masa sama dia kagum dan ingin berkenalan lebih dalam tentang gadis bernama Rahimah itu.

Waktu berlalu pantas dan Luqman sibuk menyusun keropok di rak keropok yang ada, beberapa kali juga pelanggan meminta bantuan Luqman untuk menunjuk di mana terletaknya barang yang mereka hendak beli. Seperti biasa Luqman sentiasa membantu disulami senyuman lebar. Dia gembira dapat membantu orang lain, satu perasaan yang tidak pernah gagal membuatnya tenang.

"Eh Luqman, nanti jangan lupa tambah bekalan coklat dekat kaunter sana ya" tegur Stella yang juga Juruwang tetap di situ

Luqman berpaling ke arah suara Stella dan melihat Rahimah juga turut berada disitu. Dia tergamam.

"Aik? bisu dah?" soal Stella yang pelik

"Err..aaa..err okey" balas Luqman yang semakin malu dengan kegugupannya

Stella dan Rahimah tertawa melihat sikap Luqman.

"Jangan buang masa dengan dia ni. Kadang-kadang bodoh sikit" kata Stella yang terkenal dengan mulut lancangnya

Stella berjalan meninggalkan Luqman yang tersinggung sementara Rahimah masih disitu

"Saya rasa awak tak bodoh cuma malu saja" kata Rahimah dengan nada perlahan sebelum membontoti si mulut murai yang melenggang.

Kata-kata Rahimah membuat Luqman kembali ceria. Satu senyuman kecil terukir di bibir remaja lelaki muda itu. 

"Sudahlah cantik, baik hati pula. Bertuah siapa yang memilikinya" kata Luqman sendirian.



Bersambung..



MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now