39 | Anjing

3K 64 15
                                    

"Luqman kan?" soal seorang wanita berumur 30an berbaju kurung menegur Luqman yang sedang duduk menunggu di sofa lobi.

"Ye saya" balas Luqman membalas senyuman wanita itu

"Mari ikut saya" kata wanita tadi.

Mereka kemudian berjalan menuju ke lif dan butang nombor 36 ditekan sebelum lif itu bergerak ke atas. 

"Hari tu temuduga dengan siapa ya?" soal wanita itu yang sengaja berbual untuk menghilangkan rasa kekok antara mereka

"Dengan Dato' Razali" balas Luqman

Bulat mata wanita itu.

"Dato'? biar betul. Tapi kamu cuma pekerja biasa je kan?" sambung wanita itu lagi

Luqman hanya membalas dengan senyuman. Dia masih teringat lagi kata-kata Dato' Razali semalam ketika dia tidur di lantai tanpa seurat benang. Dato' Razali duduk di sebelahnya sambil mengusap kepala Luqman ibarat mengusap kepala seekor anjing yang sedang tidur.

"Esok jangan lupa datang pejabat aku. Pakai baju yang aku sudah bawa dan kau boleh mulakan kerja seperti biasa. Tapi ingat, bila-bila masa aku panggil, kau mesti datang ke pejabat aku tak kira waktu. Faham?" ada nada tegas dalam arahannya dan Luqman akur.

Sudah genap satu minggu dia menjadi anjing peliharaan Dato' Razali. Hidupnya hanya menunggu lelaki itu pulang dan memakaikan kolar anjing sebelum melakukan aksi ranjang yang kasar. Luqman juga diarah untuk merangkak seperti anjing dan menurut perintah Dato' Razali setaat yang mungkin. Semuanya demi kelangsungan hidup.

Kini dia melangkah keluar dari lif dan menuju ke ruang pejabat tingkat 36 dan melihat pekerja-pekerja Dato' Razali yang melaksanakan tugas harian mereka. Kebanyakkannya sibuk dan mereka tidak terlalu ambil kisah dengan kehadiran Luqman dek kerana ketika itu akhir bulan. 

"Mari saya kenalkan dengan pengurus awak" kata wanita itu lagi

Luqman hanya menurut dan mereka berhenti di meja seorang wanita berbangsa India yang menyambut Luqman dengan senyuman dan menghulur tangan untuk berjabat.

"Thiviah. Kamu Luqman kan?' katanya

"Iya, selamat berkenalan" kata Luqman

Wanita tadi meninggalkan mereka kerana telah menyerahkan Luqman pada pengurusnya.

"Okey semua, minta perhatian sekejap" suara Thiviah sedikit kuat menarik perhatian pekerja dalam jabatannya

"Kenalkan ini Luqman dan dia pekerja baru di sini sebagai Admin" kata Thiviah

Dia kemudian memperkenalkan Luqman dengan semua yang berada di situ tapi Luqman tidak dapat mengingati semua nama mereka. Thiviah juga mengatakan bahawa mereka akan adakan mesyuarat secara dalam talian untuk memperkenalkan Luqman dengan pekerja di cawangan lain ketika mesyuarat bulanan nanti.

Luqman duduk menghadap komputer tapi dia belum ada akses untuk masuk apatah lagi memulakan kerja. Untuk hari ini dia perlu menjalani latihan bagaimana hendak menjalankan tugas harian dan terdapat sesi bersama jabatan HR keesokkan harinya. Beberapa dokumen latihan diberi sebagai rujukan untuk Luqman dan dia tekun membaca satu per satu helaian.

Menurut Thiviah, akses untuk sistem dan komputer memakan masa lebih kurang beberapa hari kerana memerlukan pengesahan dari pihak atasan. Mereka tidak dapat menyiapkan urusan kemasukan Luqman lebih awal kerana dia masuk secara mengejut atas permintaan Dato' Razali. Dalam erti kata lain, Luqman sudah dicop sebagai orang yang menggunakan orang dalam untuk diterima bekerja.

Tidak sampai empat puluh minit dia sudah menguap dan kebosanan. Fokusnya hilang dan huruf dalam dokumen itu kelihatan menari-nari. Luqman bangkit dan menuju ke tandas untuk membasuh muka. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan memeriksa kalau-kalau Dato' Razali ada menghubunginya. Menurut lelaki itu, dia akan memanggil Luqman bila dia mahu dan Luqman perlu sentiasa peka. Tiada panggilan mahupun mesej, Luqman kemudian kembali ke meja sebelum ditegur oleh pekerja lain. 

Luqman bukanlah seorang yang mudah bergaul tapi dia bukan juga seorang yang sombong. Tidak sampai dua puluh empat jam berlalu mereka sudah mampu bergurau senda dengan Luqman. Walaupun dia tidak banyak bercakap tapi dia banyak tersenyum. Kebanyakkan mereka menganggp Luqman seorang yang pemalu. 

Seperti tadi, mereka juga terkejut mendengar Luqman ditemuduga oleh Dato' Razali untuk posisi ini, setahu mereka untuk posisi ini tidak perlu ditemuduga oleh orang atasan cukup sekadar Thiviah dan pengurus dari jabatan HR saja. Tapi Luqman sudah melangkah dua pengurus itu dan terus pada Dato' Razali yang juga merupakan pengerusi syarikat tersebut. 

Bermacam soalan mereka tanya tentang Dato' Razali namun Luqman hanya membalas seolah-olah mereka belum pernah kenal. Tujuan Dato' Razali membenarkan Luqman berkata demikian adalah untuk mengamburi mata pekerja di situ agar mereka tidak terlalu pelik sekiranya melihat Luqman bersama Dato' Razali.

***

Luqman naik ke tingkat 40 dan mengetuk pintu. Tanpa menunggu apa-apa arahan dia terus membuka pintu dan masuk ke dalan seperti yang diarahkan. Ketukan itu bukanlah tujuan meminta keizinan tapi lebih kepada isyarat kedatangannya. Luqman terpegun melihat keadaan bilik yang luas dan selesa. Kelihatan Dato' Razali sedang sibuk membelek telefon bimbitnya. Nampak seperti tidak menghiraukan kehadiran Luqman tapi dia sedar.

"Daddy nak jumpa saya?" soal Luqman yang menukar panggilannya sesuai dengan arahan lelaki itu.

Sejak bergelar anjing, Luqman wajib memanggil Dato' Razali Daddy.

"Kau dah makan?" soal Dato' Razali sambil menaip sesuatu di telefon bimbitnya.

"Belum" balas Luqman pendek

"Bagus sebab aku sudah belikan kau makanan" kata Dato' Razali

"Terima kasih Daddy" balas Luqman

Luqman kemudian mengambil salah satu bungkusan makanan yang mengandungi nasi campur itu.

"Makan di sini je" tegas Dato' Razali

Luqman akur dan meletak makanan itu di lantai. Dia kemudian merangkak seperti anjing dan membuka bungkusan itu. Perutnya sudah berbunyi dan dia kelaparan. Syukur kerana Dato' Razali tetap ambil kisah tentang makan minumnya cuma dia dilayan seperti haiwan. Sepanjang menjadi anjing peliharaan Dato' Razali, Luqman diajar untuk makan di lantai dalam bekas mangkuk anjing yang dibeli khas untuk Luqman. Dia juga diarah untuk makan tanpa menggunakan tangan dan tidur di lantai tanpa alas.

Kenapa Luqman tidak melawan? Bukan sekali bahkan banyak kali Luqman melawan dan enggan dilayan begitu namun setiap kali dia melawan, dia akan dipukul dan dilibas dengan cambuk sehingga luka. Luqman tidak boleh lari kerana Dato' Razali mengugut dengan video seksnya. Rupanya Dato' Razali sentiasa merakam adegan berahi Luqman ketika bersama dan ada juga ketika bersama Dato' Rina. Sekiranya Luqman lari ataupun melawan lagi, video tersebut akan dihantar pada Rahimah dan keluarga mertuanya. Perkahwinan Luqman akan hancur dan dia akan menghadapi masalah besar. Cukuplah tuduhan curang antara Luqman dan Shazwani sebelum ini yang hampir mencetus perpisahan. Luqman tidak mahu episod malang itu berulang.

Jika video ini sampai kepada Rahimah, peluang untuk dia berbahagia dengan keluarga akan musnah dan kesihatan kandungan Rahimah bakal terjejas. Luqman serik dan sebab itulah di sanggup menjadi seekor anjing pada seorang lelaki korporat. 

"Kejap" tahan Dato' Razali ketika Luqman ingin menjamu selera dengan gaya anjing

Dato' Razali membuka kasut dan stokinnya. Dia kemudian menekan dan melenyek-lenyekkan nasi tersebut menggunakan kaki sehingga makanan itu hancur dan rosak. Luqman menyembunyikan rasa terkejutnya dan tidak mampu berbuat apa-apa. Sedih hatinya melihat rezeki diperlakukan begitu. 

"Jilat" arah Dato' Razali sambil mengangkat kakinya yang penuh sisa makanan

Luqman menutup matanya dan menarik nafas dalam-dalam. Dia kemudian merapatkan wajahnya ke tapak kaki Dato' Razali yang terangkat sebelum menjilat bersih sisa nasi yang melekat dicelah jari kaki dan tapak kaki lelaki itu. Luqman menahan diri dari muntah dengan mengalihkan fikirannya pada perkara-perkara yang menenangkan. Dia berperang dengan emosi sendiri. Setelah bersih, Dato' Razali membenarkan Luqman menghabiskan makanan dalam bekas itu dan Luqman pun makan seperti anjing kelaparan. 

"Good boy" kata Dato' Razali sambil mengusap kepala Luqman


Bersambung..

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now