30 | Tersepit

3.2K 63 81
                                    

"Achuuuuuu!" Luqman bersih dengan kuat dan hidungnya mula merah.

Tiba-tiba tubuhnya terasa tidak seperti bermaya, panas dan kepalanya sakit. Mungkin dia sudah diserang demam dan selsema. Dia masih tidak berpakaian dan duduk di lantai hotel sebelum bajunya dicampak oleh Dato' Razali dengan kasar.

"Nah baju! kau boleh balik sekarang" arah Dato Razali

Luqman bangkit perlahan-lahan dengan lebam dan darah kering di tubuhnya. Bukan saja luaran, tapi dalaman Luqman juga sakit. Dia benar-benar keliru kenapa Dato' Razali sanggup perlakukan dia sedemikian, setahu dia Dato' Rina yang benarkan dia pulang bukannya dia yang menolak untuk bersama. Tapi kenapa perkara ini seolah-olah salah dia?

Dato' Razali masuk ke bilik air dan bunyi air pancuran kedengaran dari luar bilik di mana Luqman sedang cuba menyarung pakaiannya dalam keadaan sakit. Semalam dia langsung tidak dapat tidur kerana terlalu sejuk sehingga dia terpaksa menggunakan alas kaki bilik air untuk menutup sedikit tubuhnya kerana tidak tahan.

Namun itu tidak cukup kerana dia masih mengigil sehingga menganggunya dari tidur. Entah bila Luqman akhirnya terlelap sebelum ditendang kasar oleh Dato' Razali dengan tujuan membangunkan dia. Tipulah kalau Luqman tidak marah, bahkan hatinya panas dan penuh dendam pada orang tua itu. Tapi dia memikirkan keselamatan keluarga, oleh itu Luqman hanya berdiam diri sedangkan jika diberi peluang, sudah lama orang tua itu mati di tangannya.

Setelah selesai mengenakan pakaian, Luqman perlahan-lahan berdiri dan membuka pintu bilik dan meninggalkan Dato' Razali. Dia turun ke lobi hotel dan bertemu dengan salah seorang pemandu Dato' Razali.

"Hari ni Dato' kata kau balik sendiri. Dia suruh aku jangan hantar kau pulang" kata pemandu itu seolah-olah tahu Luqman ingin meminta bantuan untuk membawanya pulang ke rumah.

"Macam mana aku nak balik? aku bukannya ada duit" balas Luqman 

"Bukan masalah aku. Aku cuma ikut arahan Dato' saja" balas pemandu itu lagi

Luqman tidak membuang masa dan terus beredar. Tiada gunanya dia menunggu di situ kerana dia yakin Dato' Razali tidak akan mengubah fikirannya. Lagipun layanan Dato' Razali sebentar tadi juga menunjukkan bahawa dia tidak sukakan Luqman. Mungkin inilah rasanya dibuang oleh seseorang. Dengan tenaga yang ada Luqman mengatur langkah kembali ke rumah. Sekurang-kurangnya ada anak dan isteri yang menunggu kepulangan Luqman.

Bukan mudah untuk pulang ke rumah berjalan kaki hampir satu jam dengan sakit dan lebam. Luqman cuba untuk mengelak dari bertemu dengan orang ramai agar tidak berlaku salah faham. Dia hanya mahu pulang dan berehat namun sangkaannya meleset pabila tiba di rumah, dia dihujani soalan demi soalan dari isteri tercinta. Mulut Rahimah tidak berhenti membebel melihat lebam yang ada pada tubuh suaminya. 

Pelbagai tuduhan dilemparkan, antaranya Luqman mabuk dengan perempuan lain lalu terlibat dalam pergaduhan, Luqman malas hendak bertekak dan hanya memasang telinga. Dia tahu Rahimah sedang panas hati, begitu juga dengan dia, tapi jika dia membalas maka tercetuslah pergaduhan dan Luqman tahu pergaduhan akan membawa kepada kehancuran rumahtangga mereka. Masih segar dalam ingatannya ketika Rahimah dan Fayyad sudah bertolak ke Limbang dan meninggalkan dia sendiri. Sungguh dia tidak mahu perkara sama berulang. Dia serik.

***

Beberapa hari berlalu dan tiada lagi khabar dari Dato' Razali. Hati Luqman lega pabila memikirkan dia tidak perlu terlibat dengan aktiviti sumbang Dato' Razali lagi. Mungkin dia telah bebas. Dia kini fokus untuk mencari kerja yang baik untuk menampung keluarga dan rezekinya mudah pabila dia diterima untuk bekerja sebagai pekerja am di sebuah kedai menjual alat ganti motorsikal. Pengalamannya bekerja membaiki motorsikal di bengkel Abang Awang ketika remaja banyak membantu untuk diterima kerja di kedai tersebut. 

MR. OTOT : MEMORI (Siri 3.1)Where stories live. Discover now