"Alex, wake up!!" kedengaran ketukan bertalu-talu dari luar berserta jeritan nyaring ibunya.
"5 minutes" jawab Alex mamai sambil menarik selimutnya menutupi muka.
"Alex, wake up now or you gonna late." Puan Dianne melangkah masuk ke dalam bilik Alex. Alex yang masih terbongkang di atas katil dituju. Tangan kirinya menepuk kaki Alex kuat sementara sebelah lagi menarik selimut yang menyelubungi badan Alex.
"Bangun sekarang sebelum mummy simbah kamu dengan air." Ugut Puan Dianne.
Alex bangun sebaik sahaja mendengar ugutan mummy nya. Alex menguap sambil menyisir rambutnya menggunakan jari.
"Cepat sikit bersiap. Nanti tak sempat breakfast pula," pesan Puan Dianne sebelum berlalu keluar dari bilik Alex.
Alex menggosok matanya yang masih mengantuk itu. Kemudian langkah diorak ke arah bilik mandi.
Itu lah, semalam main game sampai 4 pagi, tak ingat yang harini first day untuk semester baru.
Selesai sahaja menyiapkan diri, Alex menuju ke arah mummy nya yang sedang sibuk menghidangkan sarapan di atas meja makan. Tubuh wanita itu dipeluk dari belakang.
"Good morning mummy" ucap Alex kepada Puan Dianne sebelum mengucup mesra pipi wanita itu.
"Morning baby" balas Puan Dianne. Tangannya lincah menuang susu ke dalam gelas.
Alex mencapai sekeping roti bakar sebelum menyumbatnya ke dalam mulut. Air susu di dalam gelas diteguk.
"Bye mummy. Alex gerak dulu" Alex bangkit dari duduk kemudian mengucup pipi Puan Dianne sekali lagi.
"Okey baby. Hati-hati." Pesan Puan Dianne. Tubuh Alex dipeluk seketika sebelum mengucup kedua belah pipi Alex.
Jangan hairan, Alex ni memang manja dengan mummy dia. Bak kata orang, anak mak.
Alex melangkah ke arah superbike miliknya. Jaket yang tersarung di tubuh tinggi lampainya, di zip. Helmet hitam bercorak tengkorak disarung ke kepala. Pedal minyak dipulas sebelum memecut laju menuju ke Royal Private College.
Alex membetulkan rambut dark brownnya yang serabai itu dengan jari. Mata khusyuk menatap jadual kelasnya yang terpapar di dada phone tanpa perasan akan manusia yang berjalan dari arah bertentangan.
Tiba-tiba badannya dirempuh sesuatu dari depan. Badan Alex terundur ke belakang. Phone ditangannya terjatuh ke lantai.
Alex tunduk mengutip phone sebelum memandang ke arah gerangan manusia yang melanggarnya.
Terlihat kelibat sekumpulan jejaka di depannya. Salah seorang daripada mereka tengah menggosok bahu. Dia lah gerangan yang melanggar Alex tadi.
"Hey bro, lain kali jalan tengok depan. Bukan tengok phone" tegur salah seorang dari jejaka tersebut dengan nada kasar.
"Sorry" ucap Alex sepatah dengan riak kosong kemudian berlalu dari situ. Phone dia tangan dibelek-belek cermat. Nasib baik tiada yang rosak. Kalau tak, mahu kena maki dengan mummy sebab dalam bulan ni sudah 2 phone dia rosakkan.
"Woi bro-" lelaki yang menegur Alex tadi cuba menggapai bahu Alex yang berlalu dari situ sebelum di halang oleh satu suara.
"Stop it Eric." Tegur lelaki yang tengah menggosok bahu tadi, Hayden.
Hayden hanya memandang pemergian Alex dengan senyum di bibir.
Alex melangkah masuk ke dalam dewan kuliah yang sudah agak padat dengan pelajar yang lain. Matanya memandang sekeliling buat seketika sebelum langkahnya dituju ke arah tempat duduk yang terletak agak belakang. Mata-mata pelajar yang sedang memerhatikannya diabaikan.
YOU ARE READING
OG | HE OR SHE?
RomanceCover by @Fiya_san ALEX Kehidupannya berubah selepas kemalangan yang meragut nyawa ayahnya, Encik Edwin. Amanah yang diberikan oleh Encik Edwin cuba digalas sebaik mungkin dan satu rahsia besar cuba disimpan demi keluarganya dan juga DAVIES. HAYDEN...