dw | mystery box

2.2K 210 27
                                    

Tangan aku ralit menaip di laptop kepunyaanku. Seperti biasa, tidak kira malam mahupun siang, aku akan tetap menghadap laptop untuk membuka satu laman sesawang yang dikenali sebagai darkweb.

" Jungkook, " sapa omma aku yang berdiri di luar bilik aku.

Disebabkan aku tak kunci pintu, jadi omma tak ketuk.

" hm? "

" kawan kawan kamu datang. Ada tu dekat ruang tamu. " kata omma sambil menjenguk jenguk ruang tamu dari atas disebabkan rumah ni 2 tingkat.

Aku masih lagi ralit dengan laptop aku. Aku pandang omma aku sekilas dan kembali menumpukan pandangan aku pada laptop.

" omma tolong panggilkan diorang masuk. " pinta aku.

Aku dengar omma aku mengeluh disebabkan aku selalu berperangai begini.

" tolong eh omma, hehe. " aku pandang omma yang masih lagi tidak berganjak itu sambil tersengih.

" yelah yelah. " omma terus melangkah pergi.

Aku letakkan laptop di tepi aku dan menunggu kawan kawan aku masuk.

" Jungkook! " panggil Hoseok teruja dan melabuhkan punggung disebelah aku.

Aku menepuk bahunya lembut dan hanya membalas dengan gelakan kecil. Aku tengok kawan kawan yang lain juga melabuhkan punggung.

" kau buat apa Jungkook? " tanya Taehyung sambil kepalanya mencuri tengok apa yang terpapar di screen laptop milik aku.

Aku yang melihat Taehyung melakukan demikian, terus aku ambil laptop dan letak di tengah tengah supaya semua kawan aku boleh tengok sama.

" agak dah. Ada apa apa yang baru ke? " kini Jimin pula bertanya manakala Taehyung hanya angguk apabila soalannya sudah terbalas.

Aku mengangguk laju dengan pertanyaan Jimin.

" banyak gila! " jawab aku dan aku nampak mata kawan kawan aku semua dah bersinar.

Namjoon mendekati laptop dan aku hanya memerhatikan apa yang dia cuba lakukan.

" woo gila gempak! " kata Namjoon teruja sambil tunjuk tunjuk apa yang dia buat pada laptop aku tadi.

Aku dan yang lain pandang apa yang ditunjukkan Namjoon. Rupanya apa yang dia buat pada laptop aku tadi cuma buka apa yang baru di darkweb.

" sumpah yang ni paling gempak! " Jimin masih tidak berkelip memandang.

Dia ni memang paling teruja kalau bab bab benda baru ni.

" harga pun gempak. " jawab Yoongi selamba yang tengah duduk di atas katil aku.

Aku lupa pasal harga begitu juga dengan yang lain. Kami semua terus memandang harga tersebut.

" harga dia macam hari esok tak ada je. " Taehyung menggelengkan kepala.

Mereka, begitu juga aku mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan Taehyung.

" boleh beli 2 biji iPhone wehh. " celah aku bersungguh sungguh.

Dalam darkweb ni memang jual barang mahal mahal. Padahal ianya benda biasa dan tak menarik sangat pun. Yang sebenarnya menjadi tarikan itu disebabkan ianya adalah sebuah kotak misteri yang terdapat barang secara random yang diletakkan dalam kotak tersebut oleh penjual daripada darkweb.

Dan sejujurnya, aku tak pernah lagi beli apa apa barang atau benda pun dekat darkweb ni. Aku buka darkweb pun hanya untuk tengok video. Ya, video. Dalam darkweb ni, orang bukannya post video biasa seperti hiburan. Tapi ianya adalah video kejam seperti pemujaan syaitan, penculikan, pembunuhan dan banyak lagi.

Nak diringkaskan lagi, darkweb merupakan mereka yang berperangai syaitan punya ' tempat '. Aku rasa kalau aku tak terangkan pun mesti korang tahu dah apa tu darkweb, kan?

" aku rasa, "

" kalini aku nak beli. " setelah lama aku berdiam diri semasa mereka semua sedang bersembang, akhirnya aku bersuara.

Mereka semua memandang aku dengan pandangan yang tidak percaya.

" k-kau nak beli barang daripada darkweb, Jungkook? " tanya Hoseok dengan nada suara yang takut takut.

Selalunya dia lah yang paling ceria.

" kau takut, Hoseok hyung? " tanya aku menjongketkan sebelah kening.

Dia menggeleng kepala laju.

" aku cuma tak sangka. Akhirnya kau beli juga! Yahooo! " kini nadanya kedengaran teruja yang amat.

" kau nak beli yang mana? dan apa yang kau nak beli, Jungkook? " tanya Taehyung.

Mereka semua pula memandang aku menantikan jawapan daripada aku untuk persoalan Taehyung.

Aku pandang screen laptop yang terpapar barang barang yang dijual.

" tak ada apa yang menarik selain kotak misteri. " jawab aku sambil mata tidak lepas daripada memandang skrin laptop.

Mereka semua juga melakukan hal yang sama macam aku.

" banyak tau kotak misteri, kau nak beli yang mana satu? " tanya Jimin pula.

Aku membuat simbol ' kejap '. Aku ambil laptop dan letak di atas riba aku dan mencari kotak misteri yang akan aku beli.

Selepas pencarian selama 2 minit, akhirnya aku jumpa pilihan yang tepat.

" ini rasanya. Yang kedua mahal. " jawab aku sambil menunjukkan di skrin kotak misteri tersebut.

Mereka tengok apa yang aku tunjuk dan membulatkan mata.

" what the duck?! Mahal gila bodoh. " aku tengok Namjoon sepertinya agak terkejut dengan pilihan yang aku buat.

Aku hanya menggulingkan mata. Kemon lah aku kaya kot.

" halah setakat 800000 won lebih apalah sangat, Namjoon hyung. " jawab aku selamba.

Disebabkan aku dari keluarga yang senang, jadi apa yang aku nak mesti akan dapat punya. Dengan duit kita boleh buat apa saja kan?

" budak ni kena sampuk. " kepala aku ditunjal dengan Yoongi.

Walaupun hanya menggunakan tangan, ianya cukup buat aku rasa nak maki.

" yang kena sampuk ni juga kau join. " jawab aku membuatkan Yoongi hanya diam supaya gurauan tidak menjadi serius.

" ha jadi, bila kau nak beli? Aku pun tak sabar ni. " aku pandang Jimin yang mengutarakan soalan yang bagus.

Aku mengukirkan senyuman kepada Jimin dan juga mereka yang lain.

" sekarang. "

Darkweb | btsWhere stories live. Discover now