dw | experiment

567 68 11
                                    

+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+

A

ku terasa badan dan kepala aku lenguh. Tambahan pula, kepala aku masih sakit dan rasa berdenyut-denyut. Aku cuba untuk membuka mata walaupun keadaan aku sangat lemah.

" kita kena tunggu budak ni bangun, baru lah boleh aktifkan alat ni. " kata lelaki itu yang sedang duduk.

Dua orang lelaki yang sedang berdiri itu pula hanya diam mendengarkan apa yang dikatakannya. Mereka hanya akur dengan arahan itu.

" a-apa maksud kau orang...? " dengan mata yang masih tertutup rapat, aku gagahkan jua untuk dibuka.

Aku dapat rasakan yang aku sekarang berada di atas katil. Mata aku kembali tertutup apabila cahaya yang sangat terang menusuk masuk kedalam anak mata. Lenganku menjadi penghalang cahaya itu daripada terus mencucuk mataku.

" budak ni dah bangun. Apa lagi? Aktifkanlah alat tu. " kata salah seorang daripada dua orang yang berdiri itu.

Lelaki yang sedang duduk itu mencapai satu alat kawalan yang bersaiz kecil. Terdapat dua butang iaitu merah dan hijau.

Fungsi butang berwarna hijau adalah untuk mengaktifkan dan butang merah pula untuk menghentikannya.

" cuba kau tengok seluruh badan kau sekarang, budak. " katanya dengan nada mengejek.

Dengarkan itu, aku terus meniliti seluruh badan aku. Mataku terus membuntang taktala melihat satu badan aku penuh dengan wayar yang sudah dipasang.

" apa yang kau cuba nak buat?! Buang wayar ni sekarang! " aku meronta-ronta sehinggalah pipi aku ditampar kasar.

Air mata bergenang ditubir mata akibat sakit disebabkan oleh tamparan neraka darinya.

" kau memang durja- "

Dia menggulingkan biji matanya ke atas dan tanpa melengahkan masa mendengar apa yang aku cuba untuk katakan, butang berwarna hijau ditekan.

Zsk zskk zskkk.

Elektrik yang tersalur itu menusuk masuk kedalam badan aku. Secara automatik, badan aku terangkat kerana elektrik yang shock itu.

" ARGHHHHH! SI-SIAL! "

Badanku menjadi lembik. Seperti tiada roh kerana elektrik yang tersalur di badan aku seperti menyerap seluruh tenaga aku membuatkan aku lemah longlai.

Mungkin ini adalah penyeksaan terakhir. Mungkin ini ujian terakhir mereka sebelum aku dilepaskan. Aku berharap aku mati kalau terus begini.

" belum lagi, budak. "

Seakan faham apa yang aku fikirkan, dia menjawab dengan senyuman. Dia yang sedang duduk memetik jarinya ke arah dua orang lelaki itu.

Mereka mengangguk dan mengambil posisi masing-masing. Seorang berada di belah kanan dan sorang lagi di belah kiri. Satu tali yang agak panjang tergantung dihadapan mereka itu ditarik ke bawah.

Kain hitam besar yang tidak aku perasan dari tadi terbuka ke atas apabila mereka menarik sahaja tali itu.

Apa yang aku nampak adalah sesuatu yang besar seperti balang kaca berbentuk pil atau mungkin juga balang kaca eksperimen.

Aku pernah tengok di kaca televisyen tentang benda ini. Aku dapat agak apa yang akan jadi pada diri aku sekarang.

" ini masanya. " ujarnya dihadapan aku.

Pandanganku yang reda memandang tajam kearahnya. Selang beberapa saat, aku memandang kiri dan kanan aku apabila terasa lenganku disentuh.

" kau nak apa hah dua orang jantan?! " tengking aku sambil meronta-ronta.

Mereka tanpa menjawab terus menarik lengan aku sampailah aku terbangun daripada terus berbaring dikatil.

Dengan tarikan yang kasar, badan aku ditolak pula masuk ke dalam balang kaca berbentuk pil yang besar itu. Balang kaca yang lutsinar membuatkan aku boleh nampak keadaan diluar.

" tolonglah... aku dah penat. Aku tak mampu! " aku cuba mengetuk balang kaca meminta perhatian daripada mereka tapi itu semua hanyalah sekadar mimpi bodoh.

" baiklah. Kau jangan risau sebab ini adalah seksaan terakhir kau. Lepasni kau ada 'misi' pula. " jawabnya sinis diikuti dengan dua orang lelaki tak guna itu juga.

Gila! Makin lama aku disini, makin naik gila aku jadinya. Aku tak faham walau satu pun. Apa maksudnya misi? Misi bodoh apa lagi?

Tit.

Aku memandang ke arahnya kembali. Nampaknya, dia menekan sesuatu pada satu alat kawalan lain. Tapi aku tak tahu apa yang akan jadi apabila dia menekan suis tersebut.

Kedua-dua lengan yang elok sahaja terlekap di balang kaca itu dicengkam dengan sesuatu. Mungkin ini apa yang terjadi kesan dari suis yang ditekan lelaki durjana tersebut.

Belum sempat aku menoleh kebelakang, kepala aku ditahan oleh sesuatu. Leher aku menjadi tempat dia mencengkam. Apa yang aku mampu buat adalah mengerling cuba untuk melihat 'sesuatu' tersebut.

Tch.

Tiga tangan robot yang besar. Itulah sesuatu yang mencengkam lengan dan kepala aku. Ah, semua tu tak penting. Nyawa aku lagi penting daripada terus fikirkan benda gila macamni.

" berhentilah! " rayu aku dengan tidak ikhlas.

Dia tersenyum senget dan mengangguk.

" kan aku dah cakap. Ini yang terakhir. Lepasni, kau akan jadi 'tikus makmal' pula. " seraya itu dia memetik jari memberi arahan kepada dua orang lelaki itu pula.

Mereka akur dan hanya diam tanda faham. Mereka mendekati balang kaca yang aku duduki sekarang. Satu suis yang berada di luar balang kaca ditekan. Secara automatik, keluarlah teknologi hologram.

Mereka berdua menekan-nekan papan kekunci yang terdapat pada teknologi hologram tersebut. Aku tak faham tapi aku tahu benda ni.

Atau, mereka sedang 'settings'?

Secara tiba-tiba, keluar satu hologram yang menampakkan ada satu badan manusia.

 dan aku yakin, imej yang dipaparkan oleh hologram itu,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

... dan aku yakin, imej yang dipaparkan oleh hologram itu,

ialah aku.

Darkweb | btsWhere stories live. Discover now