dw | address

958 126 12
                                    

+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+

Sedang leka kami bersembang selepas selesai saja tengok video tersebut, kedengaran seseorang mengetuk pintu bilik. Mungkin omma sebab siapa lagi yang ada di rumah selain omma? Nak kata appa aku, dia kerja.

" Jungkook? " sapa omma tanpa membuka pintu bilik.

Ya, omma jenis yang memahami dan sangat sopan. Dia bukanlah macam orang lain yang main terjah je bilik.

" eh omma kau tu. Pergilah. " arah Namjoon sambil menjuihkan bibirnya ke arah pintu.

Aku sekadar mengangguk dan terus bangun menuju ke pintu bilik. Aku buka pintu dengan sempit.

" omma, kenapa? " soal aku kepada omma dengan nada yang halus.

" ajak kawan kawan minum petang. Omma dah sediakan biskut dan minuman tu. " balas omma sambil menjenguk sedikit kepalanya melihat kawan kawan aku yang berada di dalam bilik.

Reaksi kawan kawan aku pula macam biasalah, ada yang senyum, ada yang tersengih. Macam macam reaksi diorang berikan. Biasalah, nak dikatakan memang agak rapat juga lah diorang dengan omma aku. Kami berkawan sejak sekolah rendah lagi. Dan masa tu jugalah diorang datang rumah aku dan aku datang rumah diorang.

Masing masing dah kenal ibu bapa masing masing. Ha gituuu.

" okay omma. Terima kasih! " aku berbisik separuh menjerit.

Omma menggeleng dengan gelagat aku dan terus berlalu pergi. Aku pula membuka pintu dengan luas.

" jom. Omma aku sediakan minum petang. " ajak aku tersenyum bangga kepada mereka.

Gila kau tak bangga. Aku rasa aku baik gila walaupun sebenarnya omma yang siapkan semua tu.

" rezeki jangan ditolak! " bersemangat Taehyung berdiri sambil membuat muka acah kacak.

" tapi Jungkook kita tolak! " kini Jimin pula menyambung membuatkan mata aku membesar.

Tak sempat aku nak lari keluar dari bilik, badan aku ditolak mereka dan diorang semua terus berlari menuruni anak tangga. Laju saja langkah mereka menuju ke dapur.

" apalah nasib ada kawan menyedihkan macamni. " aku mengesat air mata palsu seraya berdiri.

Aku juga turut menuruni anak tangga dan menuju ke arah mereka yang sedang berada di dapur.

" kita makan kat ruang tamu jom. Boleh tengok tv sekali. " cadang Hoseok sambil mengambil pinggan yang berisi biskut.

" okay juga. Jomlah. " aku mengambil gelas yang sudah diisi air coklat hangat oleh omma.

Mereka juga ambil gelas masing masing yang sudah diisi air dan berjalan ke ruang tamu. Masing masing meletakkan minuman di atas meja kaca bulat di depan tv.

" Jungkook, nah. Aku takut air aku tumpah pulak. " Hoseok menghulurkan pinggan yang berisi biskut dalam masa yang sama memegang gelas.

Aku kesian tengok dia bersusah payah nak letak pinggan dan berkata begitu terus aku angguk. Aku capai pinggan tersebut dan letakkan atas meja. Kami semua duduk di atas karpet berbulu.

Darkweb | btsWhere stories live. Discover now