+
Kotak yang terakhir dibuka oleh aku. Mereka semua berkumpul mengelilingi aku untuk melihat isinya. Bila aku buka kotak ni, isinya membuatkan kami buntu sama ada nak gelak ataupun sedih.
Isinya adalah kotak yang sama tapi saiznya kecil sedikit daripada kotak tadi supaya muat diletakkan dalam kotak.
" keluarkan kotak tu. Jangan buang masa. " Namjoon mengarahkan aku dengan sedikit geram nadanya.
Mungkin kerana tiada apa yang menarik. Aku hanya turuti permintaannya. Aku keluarkan kotak kayu itu daripada kotak tadi dan membukanya.
" fuck off. " carut Yoongi apabila isinya sama seperti tadi, ianya kotak.
Aku terus buka lagi kotak itu dan ya masih sama. Nampaknya ianya kotak dalam kotak dan akan berulang sehinggalah kotak kecil yang terakhir.
" malas aku nak bukak. Macam bodoh je. " marah aku dan mencampakkan kotak kayu ketepi.
Yoongi tunjal kepala aku lembut dan mengambil semula kotak kayu yang aku campak tadi.
" sabarlah bodoh. Mana tahu ada lagi. Rileks okay rileks. " Yoongi bersuara membuatkan aku dan yang lain hanya diam dan melihat Yoongi.
Dia sambung usaha aku tadi untuk membuka kotak dalam kotak.
" kotak yang ni dikunci. Rasanya ni adalah kotak yang terakhir. " kata Yoongi sambil memegang kotak kayu yang kecil itu.
Seperti faham apa yang dikatakan Yoongi. Aku terus ambil kunci yang aku dapat tadi di atas meja dan beri pada dia. Dia mengambilnya.
" mungkin kita buka nanti. " katanya dan Yoongi meletakkan kotak kayu dan kunci itu di atas katil aku.
Aku hanya diam saja begitu juga yang lain.
" uhm, mana pendrive tadi? " soal Yoongi menghulurkan tangannya.
Aku ambil pendrive dan berikan padanya.
" kau nak buat apa, Yoongi? " soal Hoseok.
Tapi Yoongi tidak menjawab, dia seperti memikirkan sesuatu. Dia membelek belek pendrive yang sudah kotor itu.
" apa kata kita tengok apa yang ada dalam pendrive ni? " cadang Yoongi kepada kami.
Lama kami mendiamkan diri kerana berfikir yang ianya akan selamat atau tidak?
" kita hanya tengok. " sambung Yoongi seperti dapat membaca fikiran kami.
Aku angguk perlahan acuh tak acuh.
" okaylah. " jawab Jimin pendek.
" jadi, Jungkook mana laptop kau? " soal Yoongi kepada aku.
Aku tanpa menjawab terus mengambil laptop di atas meja. Aku keluarkan laptop daripada sarungnya. Bukannya apa, cuma takut laptop berhabuk kalau biarkan tanpa sarung.
" nah. " aku bagi laptop pada Yoongi.
Yoongi ambil laptop daripada tangan aku dan letakkan di tengah tengah. Kami duduk di atas karpet berbulu mendekati Yoongi bersama laptop.
Yoongi mengelap pendrive yang sedikit kotor itu dengan tisu dan mencucuknya di laptop. Dia menekan file dan menekan pula file yang disimpan dalam pendrive tersebut.
" file dalam pendrive ni ada beberapa video. " Yoongi menunjukkan video yang berada di dalam file itu.
Aku dan yang lain lihat video video didalam file yang ditunjukkan Yoongi. Sesekali aku menjongketkan kening, hairan.
" video apa ni, hyung? " soal aku kepadanya.
Dia hanya mengangkat bahu tidak tahu. Aku dengan yang lain pun hanya diam.
" aku akan buka satu satu. " Yoongi mula membuka video yang pertama.
Video pertama memaparkan suasana yang gelap. Skrin aku pun turut gelap disebabkan video tu.
" macam tak ada pape je. " Yoongi mula ingin menutup video tersebut dan aku segera menghalangnya.
" jangan. Haritu aku tengok video dekat darkweb pun kena tunggu dulu. Jadi, sabar okay. " dia akhirnya akur dengan arahan aku.
Lama juga kami tunggu. Akhirnya skrin dan video yang gelap makin terang.
Ianya memaparkan seseorang yang berpakaian jubah hitam dan topi daripada jubah tersebut menutupi hampir keseluruhan mukanya.
Aku tak berapa pasti tapi ianya juga seperti dia sedang bomoh kerana dia mengangkat separuh mukanya dan hanya nampak bahagian mulutnya yang terkumat kamit membaca sesuatu.
Dihadapannya atau lebih tepat di lantai tersebut ada lukisan yang diconteng dengan apa apa seperti kapur yang berbentuk bintang dan bulatan. Disetiap penjuru pula ada lilin yang sudah dinyalakan api.
Sangkaan aku salah. Apa yang dia lakukan bukannya bomoh tapi,
ianya adalah ritual.
YOU ARE READING
Darkweb | bts
FanficSemuanya bermula daripada Darkweb. Kalau aku tahu beginilah jadinya, memang aku tak akan buka atau beli apa apa barang daripada Darkweb. - ❝ The next scream you hear may be your own. ❞ - s t o r y l i n e by @lyastory_ - s t a r t ; 07112019 e n...