+
Bau hanyir itu makin menjadi jadi apabila dia makin mendekati aku dengan cara merangkak. Aku pula makin berundur sehinggalah tiada jalan lagi.
Badanku sudah menyentuh pintu. Pada waktu ini, aku hanya berdoa didalam hati agar makhluk yang entah manusia atau sebaliknya ini tidak mengganggu aku.
Dia mendekatkan mukanya sehinggakan dapat aku rasa hembusan nafas kasarnya di mukaku. Aku memejamkan mata dengan rapat dan memalingkan muka ke tepi.
Hembusan nafas yang menyapa hangat di mukaku itu semakin tidakku rasa. Perlahan lahan aku membuka mata dan memandangnya.
Nampaknya, dia makin berundur sedikit tapi masih kekal setia berada di hadapan aku sambil memandang aku.
" pergi! Aku tak ganggu kau! Jadi, kau tak perlu ganggu aku! " ujar aku menghalau makhluk ini.
Apa yang dia buat adalah makin mendekat. Makin menggigil aku dibuatnya. Aku cepat cepat mencari akal untuk menghalau makhluk ini daripada terus mendekati atau mencederakan aku.
Aku memandang ke setiap tempat untuk mencari alat yang boleh dijadikan sebagai senjata.
Kayu.
Itulah satu satunya benda yang aku nampak, kayu. Dengan cepat aku mengesot ke arah kayu tersebut. Lutut aku terlalu lemah untuk berjalan mahupun berlari.
Tidak mahu melengahkan masa lagi, terus aku capai sebatang kayu itu. Aku mengemaskan pegangan tangan pada kayu tersebut.
Dengan sedaya upaya aku mengumpul tenaga didalam diri ini yang masih lagi tersisa. Aku dengan pantas bergerak ke arah pintu.
" hyung! Buka pintu ni! " teriak aku sambil memulas mulas pintu yang terkunci itu.
Kawalan disini sangat ketat. Mempunyai pintu yang automatik terkunci sendiri daripada dalam memang menyusahkan aku.
Nasib baiklah bilik aku tidak begini. Mungkin kerana aku diikat dan makhluk ini pula tidak? Tapi mereka tetap bodoh kan?
Seperti yang aku jangka, tiada respon daripadanya. Mana pula dia pergi disaat aku dalam kesusahan?
Aku kembali memandang makhluk itu kalau kalau dia tidak lagi berada dihadapan aku. Tapi tidak, dia masih ada lagi.
" tolonglah pergi.. " rayu aku sambil memeluk lutut dan menyembamkan muka.
Aku fikir dia memang tidak akan jawab apa saja yang aku cuba bicara dengannya tapi aku silap apabila dia membuka mulut.
" tolong aku.. "
Dengan suara sayunya itu membuatkan kata katanya memang seperti inginkan bantuan yang memang diharapkan olehnya.
Aku memandangnya dengan riak wajah yang agak terkilan. Dalam masa yang sama, tiba tiba saja pintu yang sedang aku bersandar itu seperti ditolak paksa oleg seseorang untuk membuka pintu.
YOU ARE READING
Darkweb | bts
FanfictionSemuanya bermula daripada Darkweb. Kalau aku tahu beginilah jadinya, memang aku tak akan buka atau beli apa apa barang daripada Darkweb. - ❝ The next scream you hear may be your own. ❞ - s t o r y l i n e by @lyastory_ - s t a r t ; 07112019 e n...