+
Aku memandangnya dengan pandangan tajam dan penuh benci. Mukanya yang putih kemerah merahan itu aku perhati.
" what do u mean.. unknown place?! " soal aku dengan nada yang tinggi.
Dia menyilangkan kedua dua tangannya ke dada. Dia memandang aku atas bawah.
" can you just shut up your mouth? " dia menjeling aku sekilas sebelum mengeluarkan sesuatu daripada poketnya.
Ianya telefon! Ah, macam mana aku tak terfikir benda ni dari tadi? Aku ada telefon. Aku pasti akan bebas dari tempat neraka ni.
Aku lihat dulu gerak geri James sebelum aku mengeluarkan telefon milik aku. Dia memusingkan badannya daripada menghadap aku.
Entah apa yang dia nak buat. Mungkin membuat panggilan?
Dengan peluang keemasan ini, dapatlah aku keluarkan telefon dari poket aku dan menghantar mesej ringkas beserta lokasi keberadaan aku sekarang.
Aku tersenyum senget. Aku cuba meraba raba poket aku. Waktu ini, barulah aku perasan kedua dua tangan dan kaki aku diikat. Patutlah daripada tadi aku rasa lenguh pada bahagian kaki dan tangan.
Dengan semangat yang ada, aku cuba lagi untuk menyentuh poket seluar. Aku raba kedua dua poket, belah kiri dan kanan.
" aik? Tak ada.. ? " berkerut dahi aku dengan situasi sekarang.
Aku tak berputus asa. Aku cuba pula cari telefon aku di poket belakang seluar. Itulah satu satunya harapan terakhir aku.
Malangnya, ianya tak ada.
" laknat ni curi telefon aku? " aku memandang James yang membelakangi aku sambil menunggu panggilan di telefon.
Belum sempat aku membuka mulut untuk bertanya, dia bersuara. Mungkin bercakap dengan seseorang dalam panggilan tersebut.
" Hi, you're Korean right? I want to hand over my job to you since you are Korean and this idiot is also Korean, I'll take over the other job, will you? " panjang lebar dia bercakap dengan orang didalam panggilan tersebut.
Aku hanya sekadar mendengar dan cuba faham apa yang dia cuba sampaikan. Ambil alih?
" okay, thank you. I'm waiting for you to come. Bye. " terus saja dia mematikan panggilan.
Telefonnya dimasukkan ke dalam poketnya semula. Dia kembali memusingkan badan menghadap aku yang terpinga pinga.
" hey, idiot. Someone else will handle you. " katanya tersenyum sinis.
Aku hanya diam dan berdecit. Situasi antara kami sekadar tiada apa apa yang berlaku. Masing masing diam.
Selepas beberapa minit, bunyi ketukan pintu menyentakkan kami. Kami saling berpandangan sebelum matanya beralih pada pintu.
YOU ARE READING
Darkweb | bts
FanfictionSemuanya bermula daripada Darkweb. Kalau aku tahu beginilah jadinya, memang aku tak akan buka atau beli apa apa barang daripada Darkweb. - ❝ The next scream you hear may be your own. ❞ - s t o r y l i n e by @lyastory_ - s t a r t ; 07112019 e n...