+
Mereka semua duduk berehat didalam bilik Jungkook setelah sejam berusaha mencari petunjuk yang kiranya ada. Tapi sia sia saja usaha mereka, tiada satu pun yang mereka jumpai.
Keluhan satu persatu dilepaskan oleh mereka. Satu satu masalah datang menimpa mereka. Tak pernah lagi dalam hidup mereka ada masalah sebesar ini. Kehilangan sahabat baik mereka, Jeon Jungkook adalah satu masalah yang sangat besar untuk mereka pikul.
" aku kesal. Aku ni macam kawan yang tak berguna.. kan? " Jimin meraup mukanya kasar.
Jimin terlalu rapat dengan Jungkook. Disebabkan itulah dia paling beremosi apabila berita buruk tentang Jungkook itu diberitahu kepada mereka oleh Puan Jeon.
" dahlah. Ni bukan masanya untuk kau terus beremosi. Sekarang ni, fikir. Fikir! " Yoongi meninggikan suaranya disebabkan emosi Jimin terlalu melampau sehinggakan fikirannya juga bertambah kusut.
Jimin hanya diam tidak mahu membalas kata kata Yoongi yang amat pedas itu. Lebih baik dirinya diam daripada emosi yang mengawal. Takut takut Yoongi akan mengeluarkan kata kata pedasnya buat kedua kalinya. Lagipun salah dirinya juga terlalu beremosi, sepatutnya dia berfikir cara lain untuk menjejaki Jungkook.
" ada sesiapa yang boleh berfikir sekarang ni? Fikiran aku kosong. Otak aku tak berfungsi. " Namjoon memicit micit kepalanya.
Tiba tiba, Taehyung bangun daripada duduknya dan seperti tercari cari sesuatu. Sekejap dia tarik laci meja, sekejap pula dia cari sesuatu di atas katil. Yang lain dah mengerutkan dahi melihat Taehyung.
" kau cari apa? " soal Hoseok menghampiri Taehyung.
Bahu Taehyung disentuh lembut. Sentuhan itu sedikit sebanyak mengejutkan Taehyung. Mungkin daripada tadi lagi dia terlalu leka mencari sesuatu sehinggakan Hoseok yang menyentuhnya pun boleh membuatkan dia terkejut.
" ah, Hoseok hyung. Terkejut aku. " Taehyung berhenti daripada terus mencari cari sesuatu itu dan memandang Hoseok.
Taehyung menarik tangan Hoseok menghampiri rakan yang lain.
" Jungkook bawa telefon, kan? Aku cari telefon dia tak ada. " Taehyung menyoal mereka dengan mukanya yang agak serius.
Mereka terdiam sebentar. Cuba menghadam sesuatu. Rupanya, apa yang Taehyung cari tadi adalah telefon milik Jungkook. Mereka semua meliarkan mata mencari cari telefon Jungkook juga, sama seperti Taehyung tadi.
" kan? " soal Taehyung sekali lagi.
Lambat lambat mereka angguk setelah memastikan yang telefon Jungkook betul betul tiada didalam bilik. Taehyung tersenyum nipis dan mengangguk.
" bagus. Aku ada cara lain untuk cari dia. " semua memandang ke arah Taehyung dengan pandangan yang tertanya tanya.
Mereka saling berpandangan silih berganti. Masing masing mengangkat bahu tanda tidak tahu apa maksud Taehyung.
YOU ARE READING
Darkweb | bts
FanficSemuanya bermula daripada Darkweb. Kalau aku tahu beginilah jadinya, memang aku tak akan buka atau beli apa apa barang daripada Darkweb. - ❝ The next scream you hear may be your own. ❞ - s t o r y l i n e by @lyastory_ - s t a r t ; 07112019 e n...