dw | hint

674 92 2
                                    

+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+

Pintu rumah diketuk bertalu talu. Entah apa yang buatkan orang rumah ni tak dengar.

" ish, tak bukaklah. Aku give up. " Taehyung mengangkat kedua dua tangannya tanda give up.

Jimin mengetuk kepala Taehyung. Dia menggelengkan kepalanya berkali kali dengan sikap putus asa Taehyung.

" meh sini aku pulak. Sorang tolong call Jungkook. " Jimin mengarahkan mereka dan sambung mengetuk pintu rumah.

Hoseok menawarkan diri untuk call Jungkook. Manakala ketukan Jimin sama seperti Taehyung. Tiada sahutan daripada dalam.

Hoseok pula masih berusaha membuat panggilan. Pandangan mereka semua hanya kepada Hoseok untuk menunggu balasan lelaki itu.

" dia tak angkat. " Hoseok menggelengkan kepala dan menunduk ke bawah tanda kecewa.

Mereka semua sekadar mengeluh. Jaranglah keluarga Jeon ni tak ada kat rumah. Paling paling pun mesti ada omma dan appa Jungkook.

Baru saja mereka berura ura untuk pulang. Mereka terhenti apabila omma dan appa Jungkook berjalan menghampiri mereka.

" kamu semua.. cari Jungkook, kan? " soal Puan Jeon dengan wajahnya yang memaparkan riak sedih.

Mereka saling berpandangan dan perlahan lahan anggukkan kepala.

" kami baru balik dari balai, buat report polis. Sebab.. Jungkook hilang. " terang Puan Jeon apabila melihat reaksi kami seperti tertanya tanya dengan keadaannya.

Membulat mata mereka semua. Seakan tak percaya apa yang baru saja mereka dengar apa yang Puan Jeon sampaikan.

" a-apa.. ? " Jimin menggelengkan kepala cuba menidakkan kenyataan itu.

Mereka semua kecewa dengan berita yang buat mereka terasa kehilangan.

" ya.. itulah kenyataannya. " kali ini Tuan Jeon mencelah kerana melihat Puan Jeon seperti hendak menangis apabila mengenangkan nasib anak mereka yang tidak diketahui itu.

" maksudnya, dah cukup 24 jam? " soal Yoongi meminta kepastian.

Kedua dua ibubapa Jungkook menganggukkan kepala mereka.

" kan aku dah agak. Sebab semalam aku memang tak sedap hati! Tak tahu kenapa tapi ni rupanya.. " rumah mewah itu ditatap lama oleh Taehyung.

Dia rasa sungguh kecewa dengan sikap tidak ambil tahunya. Sepatutnya dia perlu buat sesuatu pada waktu itu.

" bukan salah kau. " Seokjin mengusap belakang badan Taehyung untuk membuatkan dia tenang dan tidak menyalahkan dirinya.

Taehyung hanya sekadar diam manakala yang lain mengeluh. Buntu apa yang patut mereka buat sekarang. Bagi mereka, walaupun report polis dah dibuat, tak semestinya mereka harus berdiam.

Tidak kesahlah jika pihak polis mahu menghalang mereka untuk masuk campur kes ini. Jungkook kawan mereka, mana mungkin tergamak mereka biarkan begitu saja.

" jemput masuk dulu.. " pelawa Puan Jeon sambil menahan tangisnya daripada terhambur.

Mereka semua tidak membantah sebaliknya mengangguk.

" mari. " ajak Tuan Jeon pula apabila pintu rumah sudah dibuka dengan kunci oleh Puan Jeon.

Mereka semua masuk ke dalam rumah. Pintu ditarik oleh Tuan Jeon.

" uhm.. kitorang naik bilik Jungkook kejap boleh? " soal Jimin meminta izin terlebih dahulu.

Puan Jeon sekadar mengangguk kecil dan berlalu pergi bersama Tuan Jeon. Mungkin ke ruang tamu.

" kau nak buat apa dekat bilik Jungkook? " soal Namjoon yang hairan dengan Jimin.

" mana tahu kita dapat petunjuk yang ada dalam bilik Jungkook? " balas Jimin sambil berjalan menuju ke bilik Jungkook diikuti yang lain.

Setibanya mereka di bilik Jungkook, pintu dikuak oleh Jimin. Mereka masuk ke dalam dan membiarkan pintu terbuka sempit.

" korang cuba cek setiap benda dalam bilik ni. Siapa tahu Jungkook tinggalkan nota? " arah Jimin sambil tangannya ligat mencari cari sesuatu yang mungkin boleh jadi petunjuk di meja Jungkook itu.

" Jungkook hilang. Bukannya lari rumah. " Seokjin menggelengkan kepala dengan tindakan melulu yang tak waras Jimin itu.

" sekurang kurangnya aku prihatin. " Jimin memandang Seokjin dengan pandangan kecewa.

Seokjin hanya diam. Tak mahu membalas kerana takut emosi Jimin terganggu ketika ini.

Manakala arahan Jimin itu dibalas dengan anggukan. Maka, mereka pun mencarilah petunjuk yang tak pasti ada ataupun tidak.

Yoongi memegang kotak yang berkunci tempoh hari. Namun sekarang, ianya tidak lagi berkunci. Otaknya ligat memikirkan apa agaknya isi dalam kotak ni?

Dan, isinya ada kena mengena atau tidak dengan kehilangan Jungkook?

Dia pun tak pasti. Yang tahu semua benda ni cuma Jungkook. Kotak yang dipegangnya pun dibuka oleh Jungkook semasa ketiadaan mereka.

Plan yang mereka rancang untuk beritahu isi kotak ini hanya sekadar rancangan.

" Yoongi hyung, kau jumpa sesuatu ke? " soal Taehyung menghampiri Yoongi yang masih memegang kotak itu dan menatapnya lama.

Yoongi tidak membalas soalan itu sebaliknya dia asyik berfikir daripada tadi.

" aku rasa.. " Yoongi masih memandang kotak itu.

Selepas beberapa saat, dia kembali memandang Taehyung yang setia menunggu jawapan Yoongi.

" ah, aku tak jumpa. " jawab Yoongi lalu meletakkan kembali kotak itu ditempat mana ianya berada.

Baginya, dia terlalu memikirkan pasal isi kotak tu. Mungkin perasaan negatif yang mengatakan isi kotak itu ada kena mengena dengan Jungkook membuatkan dia keliru.

Tapi, perasaan negatif itu ditolak jauh jauh. Ianya mungkin juga tiada kena mengena dengan kes tersebut.

Apabila Taehyung menyoalnya sebegitu tadi, dia sekadar memberi respon tidak pada Taehyung. Dia tak mahu kawan kawannya itu berfikiran negatif sepertinya tadi.

" oh uhm. Takpelah, aku sambung cari lagi. " kata Taehyung selepas menerima jawapan daripada Yoongi.

Yoongi perlahan lahan angguk dan melihat kawan kawannya yang berusaha mencari petunjuk kehilangan Jungkook.

" manalah kau pergi, Jungkook. "

Darkweb | btsWhere stories live. Discover now