+
D
engan bantuan flash dari telefon pintar mereka, ianya akan lebih memudahkan mereka untuk mencari sesuatu yang boleh membantu mereka untuk turun ke bawah.
" urm, tayar taknak? " soal Taehyung yang memegang tayar kereta.
Hoseok memandang Taehyung dan menggeleng perlahan lalu meneruskan pencarian.
" oh okay. " tayar kereta diletakkan kembali di tempat asal.
Taehyung nampaknya seperti putus asa. Dia berjalan menghampiri Namjoon yang masih mencari.
" apa kata kita pijak dan jatuh je? " kata Taehyung membuatkan Namjoon laju memangnya.
Bahu Taehyung dipegang dan diusapnya. Perlahan lahan kepalanya digeleng.
" kita tak tahu apa nasib mereka lepas mereka jatuh. Cubalah kalau buat sesuatu kerja tu dengan berhati hati. " pesan Namjoon lalu mengusap rambut Taehyung lembut.
Taehyung sekadar mengeluh kecil dan mengangguk perlahan. Dia berjalan pula pergi ke arah Hoseok.
" kau perasan tak tempat ni lain macam? Macam mana diorang boleh jatuh sedangkan diorang bukannya pijak lubang? " soal Taehyung sambil menyandar pada pagar dawai.
Hoseok tidak memandangnya, malah masih sibuk dengan mencari tetapi soalan itu tetap dibalasnya.
" entah. "
" entah? Kau kenapa nampak tak kesah tentang benda pelik ni? " soal Taehyung lagi tidak berpuas hati.
Namjoon yang mendengar perbualan itu menghampiri mereka. Tangannya dimasukkan didalam poket.
" tak perlu tahu. " celah Namjoon dengan reaksi tenang.
Sikap Namjoon itu membuatkan Taehyung berasa pelik tetapi bukan pada Hoseok.
" apa? Tak perlu tahu? Maksudnya kau tahulah kenapa? " laju Taehyung menyoal soalan yang ingin dia tahu jawapannya.
Dengan tenang, Namjoon menggeleng perlahan.
" aku tahu apa? Aku tak tahu apa apa pun. Kau bagitahu benda pelik yang kau cakap tu tapi apa kita boleh buat? Tak ada apa. " terang Namjoon dan diterima anggukan daripada Hoseok kerana setuju.
Baru saja Taehyung ingin membuka mulut, Hoseok menyampuk.
" apa kata kita teruskan cari dan jangan soal lagi? Kita tak akan dapat jawapannya. " kata Hoseok sambil mengalihkan barang barang yang dibuang ditempat itu ketepi.
Akhirnya, Taehyung diam juga. Dia hanya memandang Namjoon dan Hoseok silih berganti dan seterusnya memandang ke arah tempat dimana Yoongi dan Seokjin jatuh tadi.
" jangan risau. Aku pun ada fikiran yang sama macam kau, Taehyung. " kata Jimin sambil merangkul leher Taehyung.
Rambut Taehyung dikusutkan sedikit membuatkan dia tergelak kecil. Sengaja Jimin tidak mahu Taehyung kecil hati dengan kata kata Namjoon dan Hoseok.
YOU ARE READING
Darkweb | bts
FanfictionSemuanya bermula daripada Darkweb. Kalau aku tahu beginilah jadinya, memang aku tak akan buka atau beli apa apa barang daripada Darkweb. - ❝ The next scream you hear may be your own. ❞ - s t o r y l i n e by @lyastory_ - s t a r t ; 07112019 e n...