dw | crazy

493 66 6
                                    

+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+

B

unyi derapan kaki diluar bilik menyentakkan aku daripada lamunanku yang jauh. Aku hanya memerhati pintu bilik ini akan terbuka atau tidak.

Klek!

Sangkaan aku tepat. Mereka memang menuju ke bilik aku. Haih, apalah syaitan syaitan ini mahu lagi? Aku penat, dah berapa kali aku asyik keluar dari bilik ini dan masuk lagi.

" apa kau nak? " soalku dingin.

Terdapat 3 orang lelaki berada didalam bilik aku. Seorang memegang fail dan seorang lagi memegang satu alat. Manakala lagi seorang tidak memegang apa apa malah menghampiri aku dan duduk bercangkung.

" kau beri kerjasama, aku pun akan beri kerjasama. Okay? " pipiku dicubit lembut.

Segera aku menepis kasar tangannya. Dia ingat aku perempuan atau apa? Suka hati main pegang pegang, cubit cubit.

" ergh.. " dia mengetap bibir.

" just straight to the point, dude. " aku menjelingnya sekilas.

Kaki aku menjadi sasaran untuk dia sepak. Agak terasa sakit juga, tetapi aku hanya mampu menahan dengan mengetap gigi dengan kuat.

" nama kau, umur, dan semua maklumat tentang kau. " jawabnya menaikkan dagu aku.

Aku membalas dengan gelengan. Maklumat aku tak semurah yang kau sangka. Senang senang nak bagi, maaflah, itu bukan aku.

" aku tak suka guna cara kasar tapi kalau itu yang kau nak so yeah. " dia memandang rakannya yang memegang satu alat dan memberi isyarat kepalanya.

Rakannya mengangguk. Dia mendekati aku dan mula mendekatkan alat itu dikepala aku. Aku cuba untuk menggerakkan kepala kekiri dan kekanan supaya dia sukar untuk memasang alat itu pada kepalaku.

" pergi lah sial! Guna cara kotor, memang korang-- " aku terdiam apabila alat itu berjaya dipasang dikepala aku.

Tanpa sempat aku berbuat apa apa, suis yang entah dibahagian mana pada alat ini ditekan. Kepala aku jadi berdenyut.

Sakit kepala datang secara tiba tiba. Seperti ada gelombang yang membuat kepala aku seperti bergegar didalam. Mataku dipejam rapat bagi menghilangkan apa yang aku rasa. Tetapi, sejauh mana aku mencuba, ia tetap masih terasa.

Aku cuba untuk gerakkan tangan tapi tak boleh. Seakan akan tangan aku lumpuh. Memang saat ini, aku tak dapat rasakan seluruh anggota tubuhkan.

" ARGHHH! SAKIT! Tolong lepaskan alat ni! " rayu aku meminta tolong daripada mereka.

Walaupun aku tahu rayuan aku tidak mereka hiraukan. Ah, diorang memang kiparat. Langsung tak ada sifat berperikemanusiaan.

Tiba tiba aku terasa seperti kosong. Kosong yang aku maksudkan adalah aku tak dapat merasakan apa apa. Aku jadi.. buntu.

Darkweb | btsWhere stories live. Discover now