dw | airplane

876 113 35
                                    

+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+

A

ku mundar mandir dalam bilik. Sebijik macam orang hilang akal. Aku tengah struggle berfikir patut tak aku pergi ke alamat tu? Bukan masalahnya sebab aku takut tapi, aku tak pernah tahu pula dengan alamat yang diberi tu. Nak dikatakan, rasanya alamat tu tak pernah aku lihat.

Cuma alamat tu berdekatan sini. Selebihnya aku tak tahu dan memang aku rasa takkan tahu. Mungkin aku patut tanya orang?

Aku ambil telefon yang berada di atas meja dan masukkannya ke dalam poket. Sekeliling bilik aku pandang sebelum menghembuskan nafas.

" kau tak perlu risaukan apa apa Jeon Jungkook. Kau berani. Fighting! " aku cuba memberikan kata kata semangat pada diri aku sendiri.

Aku buka pintu bilik dan keluar menuruni tangga dengan berhati hati. Dalan fikiran dah macam macam timbul. Risau, takut dan entahlah semuanya ada. Tapi, aku ketepikan semua perasaan tu.

" omma tak habis lagi tengok rancangan memasak tu? " aku pandang omma yang masih lagi dengan rancangan kegemarannya.

Omma mengalihkan pandangan memandang aku yang baru saja menuruni anak tangga yang terakhir.

" ish, omma kan nak belajar masak resepi baru tu. Kena la tengok dengan tekun! " balas omma aku sambil meletakkan tangannya ke dada dan memejam mata.

Acewah omma ni suka buat macam macam gaya.

" eleh, omma cakap je lebih. Last last, tak buat pun. " aku tergelak kerana sudah berjaya menyakat omma.

Omma memberikan jelingan maut yang boleh membuatkan aku rasa gementar.

" hah kalau kamu pandai masak, buat lah buat. " balasnya dengan nada merajuk.

Aku tergelak kecil dan berlari ke arahya. Kedua dua bahunya aku picit lembut sambil mencium pipinya.

" eleh nak pujuk konon. Haktuihh. " dia membuat gaya pura pura meludahkan air liur.

Aku terus berhenti daripada terus memicit bahunya. Lengannya aku cubit manja.

" yelah omma. Ni Jungkook nak keluar kejap tau? Ada hal. " lepas meminta izin dan menerima anggukan daripada omma, aku terus mengorak langkah keluar daripada rumah dan menutup pintu.

Rak kasut yang berada di luar aku buka dan ambil kasut converse berwarna merah milik aku dan pakai. Kertas yang beralamat ditangan aku itu dipandang lama.

Darkweb | btsWhere stories live. Discover now