dw | needle

604 78 10
                                    

+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+

Mereka berpandangan antara satu sama lain, masing masing agak terkilan. Semua yang ada disini buatkan otak mereka mahu meletup untuk memprosesnya.

" kalau kita bukan di Korea, jadi kita dimana? " Seokjin mengetap bibirnya.

Wajah Yoongi yang seakan gusar itu dipandang, kemudian perhatiannya kembali sepenuhnya ke arah papan itu.

Unknown place.

Secara tiba tiba, Yoongi menarik tangan Seokjin dan bersembunyi di sebalik kotak kotak yang banyak. Seokjin yang sememangnya tidak faham akan perbuatan itu hanya menjungkitkan sebelah keningnya.

" shh, ada orang. " bisik Yoongi sambil mengintai disebalik kotak tersebut.

Seokjin hanya akur dengan arahan itu. Dia cuba untuk mencari orang yang dikatakan Yoongi itu. Sekali cari, dia terus dapat menangkap susuk tubuh seseorang yang keluar daripada celah celah salah satu kapal terbang disitu.

Nampaknya, orang itu sedang bercakap dengan seseorang ditelefon. Perbualan mereka sayup sayup kedengaran. Jadi, mereka tidak dapat menangkap dengan jelas apa yang cuba dibicarakannya.

" hah? Ada yang masuk ke dalam kapal terbang tu? Tak mungkin! " dia bersuara agak kasar dan tinggi.

Wajahnya mula menunjukkan tanda sedang marah. Merah padam pada wajahnya yang teramat dahsyat membuktikan segalanya.

Seperti perbualan itu belum sempat diakhiri dengan ucapan yang sepatutnya, lelaki itu terus mematikannya dan telefon itu segera dimasukkan ke dalam poket.

" ergh bodoh! Aku akan rugi berjuta juta hanya untuk satu kapal terbang! "

Lelaki itu berjalan menghampiri kotak kotak itu dimana Seokjin dan Yoongi berada. Mereka yang hanya diam kaku disitu terus cuak. Peluh mula menitik nitik. Semakin lelaki itu menghampiri, mata Yoongi yang tajam dapat menangkap sepucuk pistol dikocek seluarnya.

Pandangan terus beralih ke arah Seokjin. Dia menunjukkan isyarat itu, apa yang dia nampak dan segalanya. Seokjin hanya mengangguk faham.

" tolong jangan datang sini.. " ucap Seokjin perlahan dan menggenggam kedua dua belah tangannya dengan erat.

" KAPTEN! " satu panggilan yang kuat kedengaran tidak jauh dari sini.

Lelaki yang cuba menghampiri kotak kotak itu terus terhenti. Dia memusingkan kepalanya kebelakang untuk melihat gerangan yang memanggilnya.

" kapal ter-- "

Lelaki yang digelar kapten itu mengangkat sebelah tangannya yang menunjukkan tanda 'stop'.

" aku dah tahu. Kita tak boleh buat apa apa. Kita dah rugi besar. " ujarnya.

Dia terus berjalan meninggalkan kawasan itu membuatkan Seokjin dan Yoongi menghelakan nafas yang lega.

" jadi, sekarang apa kita nak buat? " soal Seokjin bingung.

Yoongi yang dua kali ganda bingung itu meliarkan mata mencari tempat yang membolehkan mereka keluar dari sini.

" ikut aku. Tapi, hati hati. " pesan Yoongi.

Seokjin hanya akur. Yoongi mula bergerak pergi ke arah 'sesuatu' itu yang menarik perhatiannya. Seokjin pula dibelakangnya membuntuti Yoongi.

Setelah sampai, mereka berdua memastikan tiada sesiapa yang sedang melihat. Mereka tidak mahu ditangkap, jadi langkah berhati hati itu mesti diutamakan.

" ni apa? " soalnya hairan.

Seokjin mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" kau yang suruh ke sini. Manalah aku tahu. " keluhan dilepaskan tetapi matanya tetap memerhati kawasan sekeliling.

Yoongi berdecit perlahan. Dihadapannya terdapat sesuatu seperti lif. Hairan baginya, bagaimana boleh ada satu lif dikawasan seperti ini?

Dia menghampiri lif itu, secara tiba tiba pintu lif itu terbuka. Seokjin yang melihat itu terus terkedu terutama sekali Yoongi yang sememangnya berada betul betul dihadapan lif.

" mungkin kita boleh cuba nasib? " teka Yoongi sambil tersengih dan menggaru kepalanya.

Seokjin berfikir panjang, agaknya sudah berbelas belas kali dia cuba untuk berfikiran positif. Akhirnya, dia hanya mengikut saja apa yang Yoongi cuba untuk buat.

Yoongi menggenggam erat lengan Seokjin dan menariknya sekali untuk masuk dengan serentak bersama sama.

Terdapat satu butang sahaja di dalam lif, hal itu menimbulkan sedikit kecurigaan didalam hati mereka. Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum Seokjin menekan butang itu selepas mendapat anggukan daripada Yoongi.

Pintu lif mula tertutup. Maka, lif yang tidak tahu kemana terhentinya itu juga mula menjalankaj kerjanya. Tetapi, bukan seperti yang biasanya.

Lif itu tidak bergerak langsung. Hanya ada lampu berwarna biru berkedipan menyakitkan mata mereka berdua.

" ah! Buka lif ni Seokjin! " jerit Yoongi menyuruh Seokjin membantunya untuk membuka lif yang sudahpun tertutup rapat.

Sedaya upaya mereka cuba tetapi malangnya sedikit pun pintu lif itu tidak bergerak.

Lampu yang berkedipan itu mula menjadi normal. Serta merta perbuatan mereka terhenti. Pintu lif itu juga terbuka sikit demi sedikit.

Mereka berundur. Kedua duanya kaku tanpa suara. Mereka tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Semua yang berlaku seakan sekelip mata sahaja.

Dengan fikiran yang buntu, mereka keluar dari lif tanpa memikirkan sebarang risiko pun waktu itu. Yang mereka fikir sekarang adalah ketakutan. Jadi, keselamatan itu pun diketepikan. Otak mereka tidak berfungsi waktu ini.

" argh! " jerit Seokjin.

Yoongi yang sedang asyik memerhati dihadapannya kerana reka bentuk tempat ini yang cantik laju sahaja menoleh semula ke arah Seokjin.

" Seokjin! Siapa kau ni bodoh?! LEPASKAN DIA! " teriak Yoongi dan bertindak untuk menarik Seokjin daripada terus dipegang oleh seorang lelaki yang bertopeng putih.

Yoongi dapat menangkap anak mata Seokjin yang seperti sedang melihat sesuatu dibelakangnya. Seokjin menggeleng beberapa kali cuba untuk menghalang Yoongi daripada menolongnya.

Belum sempat Yoongi berpaling ke belakang untuk melihat apa yang dipandang Seokjin itu, dia terlebih dahulu ditangkap oleh seorang lagi lelaki yang bertopeng juga.

Rupanya apa yang Seokjin cuba beritahu adalah supaya dia lari daripada ditangkap seperti dirinya sekarang. Tetapi malang, nasib tidak menyebelahi mereka berdua.

" tolong lepaskan kami! Apa kau berdua nak hah?! " kini Seokjin bersuara dengan agak tinggi sambil meronta ronta untuk dilepaskan.

" tak reti bahasa ke bodoh?! " Yoongi bertindak untuk menendang lelaki yang memegangnya itu tetapi kepalanya ditunjal ganas.

Tiba tiba, dia terasa seperti ada sesuatu yang tajam masuk ke dalam belakang lehernya. Dunianya seakan berputar taktala penglihatannya mula kabur. Dia sempat menoleh ke belakang untuk melihat.

Jarum.

" uh.. " akhirnya dia pengsan.





* * *

GUYSSS TYYY UNTUKKK 8K UHUKSSS TERHARUUU GILAAA! 😭❤️

BTW STAYSAFEEE SAYANG SAYANG SEKALIANNNNN! ❤️❤️❤️

Darkweb | btsWhere stories live. Discover now