" TAK SANGKA JISOO NI CANTIK ORANGNYA . " untuk pertama kali aku dengar mak aku puji orang , sebelum ni kutuk je lebih . almaklumlah mak aku ni ketua makcik-makcik bawang .
dengar saja pujian mak aku , Kim Jisoo dah tersipu malu manakala mak mengusap rambutnya .
" eh mana ada , makcik . " katanya sopan . " eh janganlah makcik makcik , panggil mak . " aku membulatkan mata memandang mak . ok gais , aku bolehlah terima juga Jisoo ni tinggal dekat rumah aku tapi janganlah sampai mak aku pun dia nak rampas . tapikan gais-aku meroyan juga bila dapat tahu Jisoo ni tinggal rumah aku .
macamni .
" ini Kim Jisoo , dia tinggal dengan kita . " aku terkedu , aku memandang Taeyong Shah yang sudah tersengih . mak memegang bahuku , dia mengangguk .
" berbaiklah dengan Jisoo . " kata mak , aku masih tak percaya . " MAKK HANTAR JE LA MINAH NI BALIK KOREA ! " kataku tegas . mak memandangku tanpa riak .
" mak dah janji dengan Pak Cik Kim . " kata mak lalu beredar . Taeyong yang sedang menggigit kuku itu memandangku . " akhirnya aku dapat tengok perempuan yang cantik dalam rumah ni . " kata Taeyong Shah .
aku menjelingnya .
dah tu aku tak cantik ke ?
hm .
" Lisa , ambilkan air untuk Jisoo . " arah mak . aku membuat muka , dah tinggal rumah orang pergilah ambil air sendiri . aku cuma mampu merungut dalam hati , langkah aku ke dapur dan mengambil air untuk Princess Jisoo .
selepas aku bagi dia air , aku masuk ke dalam bilik . cakap pasal bilik , tadi aku balik rumah tahu tahu dah ada dua katil . aku tanya mak , kenapa bilik aku tambah lagi satu katil . katanya Jisoo kongsi bilik dengan aku .
bilik tetamu mak dah penuhkan dengan barang-barang :')
betapa sedihnya aku sebab lepasni aku tak boleh clubbing dalam bilik lagi . aku mengeluh lalu menghempaskan badan ke katil .
Ting !
notification dari Instagram .
1000 likes 20 comments
farhanyukhei._ ; date dengan abe kachucks 💋💯tak apa tak apa , hari ini awak date dengan abe kachucks lain kali awak date dengan saya . ha giteww .
sebelum aku berangan lebih jauh , Jisoo masuk ke bilik lalu duduk di birai katilnya . " tengok apa tu ? " tanya Jisoo . aku sekadar tersenyum palsu .
" tengok telefonlah , takkan tengok tv kot . " kataku . Jisoo ketawa , " awak ni lawaklah ! " dan dia tak berhenti ketawa .
" hahahaha hm sorry sorry . ehem ! saya nak buat homework , jom buat sekali ? " ajaknya . aku menggeleng . " tak apa , aku dah siap . " kataku . siap apanya , buku pun aku tinggal dekat bawah meja . hehe , macam korang tak pernah buat kan ?
Jisoo pergi ke meja belajarku dan dia siapkan tugasan yang Cikgu Bulan bagi .
" awak tak ada boyfriend ke ? " tanya Jisoo tiba-tiba . aku tersedak air liur sendiri . " hm hm tak . " balasku .
Jisoo mengangguk .
" saya pun . " katanya .
aku abaikan dia dan pandang telefon aku semula . lagu Kick It NCT127 berbunyi dari telefon aku . aku berdiri dan joget atas katil aku dan Jisoo cuba fokus dengan homework . ah lantak dia lah , siapa suruh tinggal dekat rumah aku .
" saya rasa saya suka lelaki yang tolong saya tadi . Farhan Yukhei . " serentak itu aku terjatuh dan kaki aku terseliuh .
GENK-
JISOO SUKA FARHAN YUKHEI AKU !
" awak rasa dia sesuai tak dengan saya ? " tanya Jisoo , dia tak sedar ke kaki aku seliuh ni . macammana nak jalan esok ?
" Ji-jisoo . kaki aku weh . " aduku , Jisoo menoleh dan dia terkejut . dia terus panggil Taeyong dan mak aku .
" KO NI MENYUSAHKAN JE KERJA ! " marah Taeyong .
sob sob .
" lagi tiga jam aku bawa kau pergi klinik . " kata Taeyong .
aku pandang dia dan dia pandang aku .
dia senyum sinis serentak itu dia pukul kaki aku .
" KUCENK LU TAEYONG ! "
YOU ARE READING
✓ school | lucas + lisa
Fanficgais , nak tahu tak . crush kejam . sebab bila nampak dia , kita berdebar dan tak tentu arah . ha kejam kan ? belum lagi dia senyum . fuh diabetes singgah siap lambai lagi beb . macam itu lah apa yang lisa rasa bila si crush dia ada di depan mata...