" SAH ? "
" sah ! "
" sah ! "
" Alhamdulillah . "
gais , bukan aku yang kahwin . lambet lagi . memandangkan mak bercadang nak kahwin dengan appa Jisoo lepas kitorang habis spm , jadi hari ini seminggu selepas spm tamat mak sudahpun sah buat appa Jisoo .
hamboi ! mak bukan kemain ceria . aku tersengih melihat mak yang malu-malu kucing bersalam dengan appa baru aku . Taeyong Shah pula mula berselfie . begitu juga Aiman Jeno .
Nurul Jisoo ?
dia mestilah berada di sisi aku . aku dengan dia baru mula berbaik . hubungannya dengan Jaemin Kamal masih kekal . Farhan Yukhei pun dah move on .
bak kata Yukhei .
' cari gelpren lepas habis spm je lah . maleh lah eden . '
maknanya , dia tengah cari girlfriend lah sekarang ni . ha , cakap pasal Yukhei . mana dia ?
semalam dia cakap dia nak datang .
hm .
aku perhati sekeliling .
Fayyad Kun ada .
Amirul Winwin pun ada dengan Chenra .
Lutfi Xiaojun ada .
Imran Yangyang ada , berkepit dengan Syafuwu .
Asyraf Hendery ada , dia tengah ngorat tetamu .
Ryan Ten pula sedang berselfie dengan Tenten .
mana Farhan Yukhei ?
tiba-tiba seorang lelaki berbaju melayu putih muncul di hadapan pintu rumah . dia memandang tepat pada wajahku .
dia nak aku dengan dia akad nikah harini ke ? dengan baju melayu putih aku pula dengan baju kurung putih .
" eh ? Farhan Yukhei ! " sapa mak . Yukhei mendekati mak dan appa . " tahniah mak . " katanya .
mak ?
MAK ?
aku fikir Yukhei tak setuju nak panggil mak aku ' mak ' .
" terima kasih . kacak Yukhei harini . nak akad nikah sekali ke dengan si Lisa tu ? mak on je , asalkan Yukhei menantu mak . " kata mak sambil menjeling padaku . sejujurnya aku menyesal mengaku dekat mak haritu yang aku ada perasaan pada Yukhei .
aku mengaku bukan sebab apa gais .
mak aku jumpa polaroid Yukhei dalam laci aku . bukan dua ke tiga keping . banyakkkk !
macamni .
aku bukan psiko .
tapi Jisoo nak buang gambar Yukhei haritu , lepastu aku tak bagi . aku kata aku nak . Jisoo pun bagi je lah memandangkan dia tahu aku suka lelaki tu dan dia pun memang dah tak ada apa apa perasaan . taklah buang duit dia sebab buat polaroid banyak banyak .
pasal gelaran ' mak ' tu pula .
lepas je aku beritahu mak .
mak terus call Farhan Yukhei , dia minta Yukhei panggil dia mak . katanya Yukhei menantu pilihan dia . Yukhei mula-mula pelik jugak , tapi tak sangka harini dia datang lepastu panggil ' mak ' !
" eh tak lah mak . belum lagi , kalau Yukhei ada kerja barulah Yukhei jadi menantu mak . baru boleh tanggung anak kandung mak tu . " kata Yukhei . pfft-
YOU ARE READING
✓ school | lucas + lisa
Fanfictiongais , nak tahu tak . crush kejam . sebab bila nampak dia , kita berdebar dan tak tentu arah . ha kejam kan ? belum lagi dia senyum . fuh diabetes singgah siap lambai lagi beb . macam itu lah apa yang lisa rasa bila si crush dia ada di depan mata...