Chapter 3: Pertemuan

156 21 1
                                    

Bunyi alarm yang telah ditetapkan mrmbuatkan Yeon Hee terjaga dari tidurnya. Dia segera menuju ke bilik air lalu membersihkan dirinya.

Dia memilih untuk memakai baju sweat shirt berwarna ungu cair dan seluar jeans pendek. Yeon Hee segera turun ke bawah dan menuju ke dapur.

"Mak.... Mak...." Panggil Yeon Hee namun tiada sahutan dari si emak.

"Hish... Mana mak ni? Selalunya dia dah ada kat dapur buat sarapan time time macam ni.. Mana dia dah pergi?"

"Ke, dia dalam bilik?" Kata Yeon Hee lagi lalu menuju ke bilik emaknya.

Yeon Hee membuka pintu bilik emaknya, namun tiada siapa di situ. Kelihatan katilnya kemas seperti tiada orang yang menggunakannya. Dia tidak berputus asa lalu menuju pula ke bilik adiknya dan jawapannya hanya sama. Tiada sesiapa disana.

"Mana diorang ni... Dahlah aku lapar ni?"

"Takpalah... Aku masak sorang-sorang je lah.." Kata Yeon Hee lalu menuju ke peti sejuk.

"Eh, ni nota apa pulak?"

Yeon Hee mengambil kertas kecil berwarna kuning cair tersebut lalu membaca isi kandungan yang ditulis pada kertas itu.

"What!? Diorang pergi tengok nenek tanpa aku?! Okey... Ini agak melampau..." Kata Yeon Hee dengan protes.

"Tapi baik jugak... Bolehlah aku buat apa yang aku suka... Lagipun mak cakap dia akan balik bila nenek dah sembuhkan..." Tanpa membuang masa Yeon Hee segera menyiapkan sarapannya.

"Ouh ye, semalam aku belum kemas lagi rumah tu... Jap lagi aku pergi kemaslah..." Katanya sambil menikmati sarapannya iaitu roti yang disapu dengan mentega.
.
.
.
.
.

Seusai bersarapan, Yeon Hee segera mencapai telefonnya lalu menuju ke rumah yang harus dikemaskan.

Pintu rumah dibuka dan Yeon Hee segera melangkah ke dalam tanpa memeriksa. Dicapai kain yang menutupi semua perabot yang berada di rumah itu.

"Baiklah jom mulakan kerja...." Kata Yeon Hee lalu membuka lagu dari artis kegemarannya iaitu BTS.

Situasi BTS

Jin segera membuka matanya sebaik sahaja jam locengnya berbunyi. Dia merenggangkan ototnya lalu membuat keputusan untuk mengejutkan ahli yang lain setelah mandi.

Sewaktu pintu biliknya dibuka, dia terdengar lagu mereka yang berjudul 'Spring Day' dimainkan.

"Eh... Ni lagu 'Spring Day', siapa yang ada kat bawah? Nam Joon ke?" Tanya Jin pada dirinya.

"Hyung... Siapa yang buka lagu 'Spring Day' pepagi buta ni? Bising betullah.." Kata Nam Joon yang baru sahaja keluar dari biliknya.

"Entahlah.. Mungkin Manager Kim kot?" Balas Jin

"Jin hyung... Dah lupa ke, kan semalam Manager terpaksa balik awal sebab ada urusan?" Kata V yang baru muncul bersama Suga, Jimin dan J-Hope.

"Iyalah.. Kenapa hyung boleh lupa..."

> Flashback <

"Kalau macam tu, pergilah masuk bilik kamu masing-masing. Dan kalau perlukan apa-apa, saya ada di bilik bawah... Hanya ketuk pintu saja... Esok saya akan balik ke Seoul.."

"Baik... Selamat malam semua...." Kata Jungkook lalu mereka semua menuju ke bilik masing-masing dengan keletihan.

Baru sahaja Manager Kim mahu melangkah ke biliknya, telefonnya berdering.

"Hello, Joo Eun... Ni saya Pd Bang... Maaflah ganggu kamu lewat malam macam ni..." Kata si pemanggil.

"Kenapa ni Pd Bang?" Tanya Manager Kim.

BTS NEXT DOORWhere stories live. Discover now