"Baiklah kitorang faham... Nanti saya akan bagitau diorang...." Kata Nam Joon lalu menamatkan panggilannya.
Jin yang dari tadi menjadi pendengar dan pemerhati setia mula mengerutkan dahinya.
"Siapa yang telefon dan kenapa?" Tanya Jin.
"Manager telefon..."
"Ha?! Manager?! Kenapa manager call?" Tanya Jin lagi.
"Manager cakap kita kena balik lusa.... Jadual kita tiba-tiba berubah pula..."
"Aik... Bukan ke kita ada lagi 4 hari lagi kat sini?"
"Tulah... Mana aku tahu... Kau tanyalah manager sendiri..."
Mereka berdua mengeluh. Dalam fikiran mereka sekarang sedang bermain satu soalan yang sama iaitu bagaimana nak beritahu member yang lain.
"So... Macam mana sekarang ni?" Tanya Nam Joon setelah berdiam diri selama seminit.
"Macam mana apa? Kita patut decide siapa yang nak beritahu member-menber yang lain..." Kata Jin.
"Aku rasa hyung yang kena bagitau diorang sebab hyung yang paling tua kat sini..." Kata Nam Joon.
"Asal aku pula... Kau la yang bagitau... Kau kan leader BTS..." Kata Jin sedikit marah.
"Bagitau apa hyung?" Tanya Suga yang tiba-tiba muncul.
"Eh... Bila kau ada kat sini?" Tanya Jin pelik apabila melihat Suga berada di ruang tamu.
"Baru je... Aku ingat nak tengok tv... Pastu aku dengar hyung dengan si Rap Mons tu bertekak.... Macam tulah..." Terang Suga.
Jin memandang ke arah Nam Joon. Nam Joon melepaskan satu lagi keluhan lalu menarik Suga duduk bersebelahannya.
"Okey... Macam ni citer dia... Tadi manager ada call aku... Dia cakap kita kena balik lusa ni sebab ada perubahan kat jadual kita...." Kata Nam Joon.
"Okey... So what's the problem?" Tanya Suga.
"Kita ada lagi 4 hari kat sini... So aku yakin member yang lain confirm nak spend lagi time kat sini..."
"Masalahnya.... Kitorang tak tahu nak bagitau diorang macam mana!!" Kata Jin.
"Ouh... Macam tu ke... Aku rasa diorang akan faham... Lagipun kita tak expect pun benda ni nak jadikan...." Kata Suga.
"So, siapa yang nak bagitau diorang ni?" Tanya Jin lagi.
"Aku akan bagitau diorang... Hyung jangan risaulah..."
"Korang!!! Turun sini jap!!" Jerit Suga dari ruang tamu.
"Kau serius ark nak bagitau sekarang?" Tanya Nam Joon.
"Yelah.. Habis tu nak tunggu sampai bila lagi?"
Kelihatan J-Hope, V, Jimin dan Jungkook segera turun ke ruang tamu.
"Kenapa ni hyung?" Tanya V.
"Tulah... Kacau je aku nak main game dengan Jimin..." Kata J-Hope.
"Aku ada benda nak bagitau korang semua..."
Mereka semua mengambil tempat duduk dan menanti perkara yang ingin disampaikan oleh Suga dengan penuh sabar.
"Sebenarnya tadi manager ada call Rap Mons..." Kata Suga.
"Manager call? Kenapa?" Tanya V lagi.
"Manager cakap kita balik Seoul lusa... Ada perubahan pada jadual kita yang baru tu..." Terang Suga lagi.
"Alah... Maksudnya, kita dah tak boleh nak habiskan cuti yang tinggal 4 hari lagi?" Kata V sedikit kecewa.
YOU ARE READING
BTS NEXT DOOR
Teen FictionApabila sekumpulan artis lelaki iaitu BTS berpindah ke sebuah kawasan perumahan yang baru selama satu bulan dan ditemani oleh seorang pembantu rumah wanita, apa yang bakal berlaku? Begitulah kehidupan Park Yeon Hee iaitu seorang gadis yang berusia 2...