Yeon Hee meneruskan kerjanya pada hari pertama dengan memasak makan tengah hari. Kesemua members BTS sedang melakukan perkara sendiri.
Telefonnya masih lagi memainkan lagu dari bts iaitu 'Boy With Luv'. Yeon Hee memasak sambil menyanyi. Badannya juga turut menari mengikut rentak lagu tersebut.
Tanpa disedarinya Nam Joon, Jin, Jimin dan Suga sedang menuju ke arahnya..
"'Sedap juga suara dia ni..." Kata Nam Joon sambil memerhatikan gadis itu.
"Tulah.. Sayangnya... Kan bagus kalau dia tu lelaki..." Kata J-Hope yang datang entah dari mana.
"Eh.. Kau dari mana ni J-Hope?" Tanya Suga lalu memandang ke arah J-Hope.
"Dari bilik la.. Haus ni.." Balas J-Hope lalu meninggalkan mereka berempat di sebalik pintu dapur itu.
J-Hope melangkah ke arah Yeon Hee sambil bersiul kecil. Yeon Hee yang sedang memasak segera menoleh ke arah bunyi siulan tersebut.
"J-Hope-ssi... Apa yang awak buat kat sini?" Tanya Yeon Hee pelik apabila melihat J-Hope berada di situ.
"Tak ada apa pun.. Saya cuma dahaga..." Kata J-Hope lalu duduk di meja makan.
"Awak nak air? Saya boleh buatkan.. Awak nak air apa?"
"Hmmm... Saya nak jus oren lah..."
"Okey.. Kejap eh..."
Ketika Yeon Hee sibuk membuat jus oren, J-Hope mengambil telefon milik gadis itu lalu dibuka. Dia sedikit tersenyum apabila melihat gambar mereka bertujuh menjadi skrin wallpaper.
"Awak ni ARMY eh?" Tanya J-Hope lalu meletakkan semula telefon Yeon Hee.
"Haha... Ya, saya salah seorang ARMY.. Tapi jangan risau, saya takkan bocorkan maklumat yang awak semua kat sini..." Kata Yeon Hee lalu meletakkan segelas jus oren segar di hadapan J-Hope.
"Antara kami bertujuh, siapa bias and bias wrecker awak?"
Kini mereka berempat memasang telinga apabila J-Hope menanyakan soalan itu kepada Yeon Hee.
Sudah lama mereka menyimpan hasrat untuk menanya soalan itu, namun tiada di antara mereka berani untuk bersuara.
"Bagus... Finally boleh jugak kita tahu siapa bias dia diantara kita bertujuh..." Kata Jimin dengan semangat.
"Tulah.. Hyung dah lama nak tanya tapi tulah.. Hyung tak berani..." Kata Jin.
"Aku rasa akulah bias dia.. Sebab aku kan swag... " Kata Suga sambil membuat muka bangga.
"Banyaklah hyung.. Aku rasa dia suka akulah.... Yelah.. Siapa pon tak boleh Jimin yang comel plus handsome ni..." Kata Jimin dengan membuat gaya comel.
"Nak muntah aku bila dengar kau cakap macam tu..." Balas Jin sambil membuat muka jijik.
"Humph... Jeles lah tu aku lagi comel dari hyung..." Balas Jimin lalu mengembungkan kedua-dua belah pipinya.
Yeon Hee masih lagi mendiamkan dirinya apabila mendengar soalan tersebut. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Rasa bersalah mula timbul dalam hatinya.
"Janganlah risau... Saya takkan bagitau siapa-siapa pun.. Geogjeongma..." Kata J-Hope lalu memberi sebuah senyuman yang manis kepada Yeon Hee.
"Comellah J-Hope bila dia senyum... " Kata Yeon Hee di dalam hati lalu tersenyum sendirian.
"Ehem... Jadi siapa bias and your bias wrecker?" Tanya J-Hope lagi.
"Bias and bias wrecker saya.... Biarlah saya seorang je yang tahu.. Bimil..." Kata Yeon Hee lalu meletakkan hidangan yang dimasaknya di atas meja.
"Alah... Beritahu jelah... Saya janji takkan bagitau orang punya..." Kata J-Hope dengan bersungguh-sungguh namum tidak diendahkan oleh gadis itu.
YOU ARE READING
BTS NEXT DOOR
Teen FictionApabila sekumpulan artis lelaki iaitu BTS berpindah ke sebuah kawasan perumahan yang baru selama satu bulan dan ditemani oleh seorang pembantu rumah wanita, apa yang bakal berlaku? Begitulah kehidupan Park Yeon Hee iaitu seorang gadis yang berusia 2...