> Yeon Hee P.O.V <
You got the best of me ~
You got the best of me ~
So please just don't leave me~
You got the best of me ~Bibirnya bergerak mengikut setiap lirik dari lagu BTS yang didengari. Rambut disisir rapi diikat ekor kuda.
Yeon Hee tersenyum sendirian apabila memandang ke arah cermin.
Kalender yang digantung bersebelahan meja soleknya itu dikerling."Finally... Hari ni tiba pun!! " Kata Yeon Hee teruja.
"Dah... Jom kita pergi rumah jiran yang dah tak berapa nak baru pindah tu..."
Sepanjang perjalanan, Yeon Hee menyanyi kecil beberapa lagu dari kumpulan BTS. Senyuman tidak pernah meninggalkan wajahnya.
Tut~ Tut~
"Yeon Hee jangan lupa beli barang-barang yang kita listkan semalam tu..." - JM
Langkah Yeon Hee terhenti apabila dia membaca mesej dari Jimin. Dia segera menukar laluannya lalu menuju ke kedai seberneka yang terdekat.
.
.
.
.
.> Jungkook P.O.V <
Kedengaran lagu Mic Drop berkumandang kuat di dalam bilik Jungkook. Dia masih lagi terbaring di atas katil dengan tuala yang menutupi wajahnya.
"Hmm... Mengantuknya!!" Rungut Jungkook.
"Jungkook!!! Sarapan!! Cepat turun!!" Kedengaran suara Nam Joon memanggil si maknae dari bawah.
"Ye hyung... Kejap..." Balas Jungkook lalu segera menuju ke arah bilik mandi.
Seusai mandi, Jungkook turun ke bawah dan mereka bertujuh menikmati sarapan yang dimasak oleh Suga dengan penuh gelak ketawa.
[ Time Skip ]
Setelah selesai bersarapan, mereka semua melakukan hal masing-masing. Jin masih lagi sibuk mencuci pinggan mangkuk menyanyikan beberapa lagu.
Jungkook segera mendekati Jin tanpa disedarinya. Senyuman yang lebar menampakkan sedikit gigi arnabnya itu tidak lekang dari wajahnya.
"Hyung..." Panggil Jungkook.
"Warhgg!!" Jin terjerit kecil apabila mendengar suara seseorang memanggilnya.
"Hehe... Sorry sebab buat hyung terkejut..." Kata Jungkook.
"It's okey... Ha, Kook nak apa? " Tanya Jin.
"Hmm... Hyung... Kook nak tanya sikit boleh?" Tanya Jungkook dengan senyuman.
"Boleh... Tanyalah..."
"Hyung... Hyung ingat tak hari ni hari apa?"
"Hari ni? Ingat... Kenapa tanya?"
"Kalau hyung ingat... Cuba bagitau Kook hari ni hari apa?"
"Hari ni... Hari ni... Yelah, hari ni hyung kena pergi beli barang dapur... Thanks Kook sebab ingatkan hyung..."
"Ouh... Sama-sama hyung..." Kata Jungkook yang sedikit kecewa lalu meninggalkan Jin sendirian.
"Hmm.. Maybe Rap Mons hyung ingat hari ni hari apa... Hyung kan tak pernah lupa...." Gumam Jungkook lalu segera mencari Nam Joon.
Selepas Jungkook meninggalkan dirinya, sebuah senyuman terbit di bibir Jin. Dia menggelengkan kepalanya apabila melihat wajah sedih Jungkook.
Jungkook segera mencari Nam Joon namun dia tetap kecewa selepas mendapati Nam Joon, Suga, J-Hope dan V keluar.
YOU ARE READING
BTS NEXT DOOR
Teen FictionApabila sekumpulan artis lelaki iaitu BTS berpindah ke sebuah kawasan perumahan yang baru selama satu bulan dan ditemani oleh seorang pembantu rumah wanita, apa yang bakal berlaku? Begitulah kehidupan Park Yeon Hee iaitu seorang gadis yang berusia 2...