Chapter 6: Operasi

129 11 0
                                    

=> Keesokkan Harinya <=

Yeon Hee sedang mengemas untuk
pulang ke rumah. Dicapai beg galasnya lalu menuju ke pintu utama.

Kesemua members BTS sedang menonton rancangan tv bersama diruang tamu. Perhatian mereka mula teralih apabila melihat Yeon Hee sedang menuju ke luar.

"Yeon Hee-ssi, awak nak pergi mana?" Tanya J-Hope dengan pelik sebaik sahaja melihat Yeon Hee.

"Saya nak balik rumahlah.. Mana lagi saya nak pergi?"

"Aik... Bukan awak tinggal satu rumah dengan kami ke?" Tanya Nam Joon.

"Ha'ah.. Bukan ke awak kena tinggal dengan kitorang kat sini..." Kata Suga yang masih lagi memeluk sebuah kusyen kecil.

"Majseu.. Saya kena tinggal sini, tapi tak eloklah kan bila gadis macam saya ni kena tinggal sini... Lagipun siapa nak tengokkan rumah saya tu?" Kata Yeon Hee lagi.

"Kalau macam tu, biar salah seorang dari kita teman awak balik rumah... Macam dah lewat ni.. Takut jadi apa-apa nanti kan susah..." Kata Jin dengan panjang lebar.

"Ha'ah.. Kalau macam tu, biar saya temankan awak..." Kata Jimin dengan sukarela.

"Mana boleh.. Akulah yang kena teman dia... Kau tu kan penakut... Dah lah pendek..." Kata V sambil membuat muka menyampah.

"Biarlah... Aku nak temankan Yeon Hee..."

"Korang berdua tak yahlah gaduh... Saya boleh balik sendiri.... Lagipin tak jauh pun rumah saya tu..." Kata Yeon Hee kerana tidak mahu mereka bergaduh.

"Tak... Salah seorang dari kitorang akan temankan awak balik..." Kata V dan Jimin serentak.

"Tapi.. Rumah saya tak jauh pun.. Janganlah risau..."

"Tak...Saya yang akan temankan awak..." Kata Jimin.

"Tak.... Aku yang patut pergi..."

"No... Aku yang nak pergi..."

Kelihatan kilat mula memancar-mancar dari mata kedua-dua maknae itu. Jimin dan V mula bertengkar hanya kerana ingin menghantar. Jin berdehem kuat apabila melihat pertengkaran itu belum menjadi lebih teruk.

"Disebabkan aku hyung paling tua kat sini, jadi aku arahkan Jungkook yang temankan Yeon Hee balik..." Kata Jin.

"Alah tapi hyung, aku...." Jimin ingin membantah tapi terlebih dahulu dipintas oleh Jin.

"Keputusan aku muktamad.. Aku kata Jungkook yang temankan dia..." Kata Jin sambil memberi 'death glarenya' pada mereka berdua.

(amik ko bila Jin buat keputusan..)

"Tapi hyung... Kenapa Kook?" Jungkook mula mempersoalkan mengapa dirinya yang terpilih.

"Sebab hyung yang nak... And lagipun hyung tak percaya kat doiorang berdua ni..."

"Tapi diorang berduakan nak sangat temankan kita punya pembantu rumah tu..."

"No... Hyung takkan ubah keputusan hyung... Hyung nak Kook jugak yang teman Yeon Hee balik..."

"Tapi hyung...."

"No tapi tapi.. Pergi sekarang.." Arah Jin.

Tanpa sebarang bantahan, Jungkook pun melangkah ke arah pintu dengan penuh paksaan. Jimin dan V hanya saling berpandangan antara satu sama lain.

"Saya balik dulu... Esok saya akan daang lagi..." Kata Yeon Hee lalu menutup pintu rumah itu.

Setelah pintu ditutup, kesemua mereka mendiamkan diri. Keadaan mula tenang. V dan Jimin juga tidak lagi bertengkar.

BTS NEXT DOORWhere stories live. Discover now